Tutorial: Memasang blockquote di blogspot

 

coding_image

Ini adalah tutorial pertama yang aku bakal buat. Tutorial ni dibuat berdasarkan beberapa rujukan tutorial yang aku pakai semasa aku sendiri nak pasang blockquote dekat dalam entri aku dulu..tapi tak pernah aku pakai..hahaha..sebab nak tengok effect blockqoute aku ni masih jadi ke tak.. aku pun cubalah membuat tutorial bagi menampakkan kegunaan blockqoute.

First Step – step ini adalah untuk backup template lama anda sekiranya ada sebarang masalah di hadapi kemudian nanti.

blogger account ----> dashboard ---->design ----> edit HTML ----> download full template.

Second Step – setelah selesai save template anda, pergi ke tempat yang sama dan tick pada kotak expand widget di sudut kanan code template anda.

dashboard ---->design ----> edit HTML ----> tick pada kotak expand widget templates.

Third Steplangkap ini adalah untuk memudahkan anda mecari coding semasa proses mengedit atau mengubahsuai template anda.

Tekan keyboard korang Ctrl-f  dan cari code ini .post blockquote {  dan kemudian select atau boldkan semua coding di bawah ini :

.post blockquote {
margin:1em 20px;
}

Seterusnya gantikan semua code di atas dengan coding ini:

.post blockquote {
background: #FFFFFF;
-moz-border-radius-topleft:10px;
-moz-border-radius-topright:10px;
-moz-border-radius-bottomleft:10px;
-moz-border-radius-bottomright:10px;

padding: 6px;
Border: 2px solid #990033;
margin:1em 20px;

Sudahkah?

Ok kalau sudah,sekarang mari kita ke langkah seterusnya,

Fourth Step – langkah ke-empat adalah untuk meng-edit code agar menepati cita rasa anda. dekat sini kalau faham coding memang kacang lah nak edit, petik jari je.. tapi tak paham takpa, kita slow-slow belajar k… jangan putus as ;p

Kalau tadi kita dah gantikan coding asal itu, pasti kita nak tahu apa yang kita gantikan itu dan kenapa kita gantikan coding itu bukan.. ok sekarang , aku akan explain sikit pasal coding ni, so that nanti korang semua boleh edit mengikut citarasa korang k..

kalau korang lihat dekat coding last yang aku bagi tu, ade yang aku bold certain perkataan kan? Perkara yang aku bold ni lah yang korang boleh main dengan codingnya untuk dapatkan blockqoute citarasa korang sendiri ok.

background- #FFFFFF ; merupakan coding yang aku pakai iaitu warna putih. Korang ubahlah ikut warna yang korang nak. Oh ya, kalau korang nak background yang bergambar, korang boleh juga letakkan tetapi codingnya berbeza sedikit. Itu mungkin aku terangkan dalam tutorial akan datang. Untuk tutorial kali ini biar aku bagi basic steps untuk buat blockqoute yang simple dahulu ya.

seterusnya…

-moz-border-radius-topleft:10px;
-moz-border-radius-topright:10px;
-moz-border-radius-bottomleft:10px;
-moz-border-radius-bottomright:10px;

ini adalah coding untuk membuatkan border anda menjadi berbucu bulat seperti ini:

bucubulat TETAPI sedikit peringatan disini, jika anda menggunakan browser google chrome ataupun IE effect bucu bulat ini tidak akan dapat anda lihat.. tetapi jika anda menggunakan firefox anda akan nampak effect bucu bulat seperti gambar diatas.. gambar itu merupakan view salah satu sidebar aku menggunakan firefox  dan bukan google chrome. Kalau anda pakai google chrome akan jadi bucu tajam ya. Coding 10px itu adalah untuk berapa bulat anda nak bucu anda.

Border: 2px solid #990033;

2px itu boleh anda edit untuk menebalkan line border anda atau menipiskannya, no kecil mewakili kenipisan border itu.

Manakala perkatan solid itu adalah untuk menunjukkan jenis line border untuk blockqoute anda, jika anda mahu garisan:

………….. => gantikan solid dengan ---> dotted
- - - - - - - => gantikan solid dengan ----> dashed

Manakala seperti background tadi, anda boleh ubah warna border anda, code yang saya pakai adalah warna maroon.

Macam mana? sudah puas edit?

ok sila save template anda sekarang..

Selepas sudah save template anda, cuba buat satu entri dan taipkan beberapa patah ayat dan kemudian select semua dan tekan butang ini:

kalau anda menggunakan windows live writerWLW_BQ

Jika anda menggunakan blogspot editor qoute_blogspot

 Jika anda menggunakan windows live writer jangan lupa untuk update theme anda ya!

Ok try publish or preview? amacam jadi tak? hehehhe..

Selamat mencuba!

p/s: jika ada silap atau apa-apa jangan segan-segan tegur ;p

Continue Reading

new breath for ‘just a dream-nelly’ by sam tsui & christina grimmie.

Ever heard of Sam Tsui? wow you should listen to his voice! its amazing ;p

Picture of sam and kurt

sam tsui

I think so far his the best you tube singer well beside Justin Bieber of course.. i do wonder sometimes why peole like Sam Tsui, Christina and KurtHugo Schneider is didnt hit the market yet.. They have a lot of talents..

looking at a bright sight its a good thing though if you are a youtube singer instead of the one with a record company.. they are more close to their fan..hmm i guess.. not sure though..

but anyway guys..thanks for being so creative and so superb! love to listen and watch your work piece.. keep up!

 

This is the video that they did and try it guys.. its good!

p/s: been sharing this on facebook! really wanted to share in blog. well this is my first attempt to embed a video in my post.. i really2 hope it works!

cheers~

Continue Reading

layout baru sempena tahun baru?

Capture inilah wajah blogku =)

Ok hari ini aku telah berjaya meng-edit blog aku yang sering aku tinggalkan ini.

Almaklumlah, sayang anak tangan2kan, sayang bini suami tinggal-tinggalkan...bukan begitu? Hehhe..

Kiranya blog rexienerra’s ni sering aku tinggal-tinggalkan dek kerana sayang yang teramat sangat la ;p..

Poodahhhh!

Ok sudah, berbalik kepada tajuk asal,

Sudah lama kiranya aku ingin membuat layout baru dan header segala bagai ni, tetapi terlalu sibuk sangat jadual aku sehari-harian.. tapi kali ini, sementara aku ada cuti yang masih berbaki lagi beberapa hari ini setelah sibuk di lab untuk mulakan projek atau research final year ku sewaktu cuti sebelumnya itu aku ambil lah beberapa jam untuk membelai blog aku ni.. hahahahaha..

Sedang aku tengah mencari idea, tiba-tiba aku terbukak blog member.. terkejut aku dengan perubahan blog beliau..perghhh...bagus betul..rajin betul budak ilhamliyana ni.. so aku pun usher la blog dia, tengok-tengok dia siap share lagi link-link blog yang dia rujuk for tutorial..

Alhamdulillah, berguna yang amat sangat la.. tetapi soalnya aku tidak kreatif..dan malas benar mahu fikr sangat design header...so aku pun cam try la ala-ala si ilham punye header..i mean the konsep..

Tak reti aku nak wat secantik header dia..hahahaha ;p

Anyway berbekalkan tutorial yang ilham share linknya itu, berjaya la aku membuat header, body layout, dan footer untuk blog rexienerra ni...hahahha ..

Aku ingat malas nak pakai layout baru ni, since dia takde setting readmore..

Aku tak suke entri aku meleleh dalam blog aku..suke biar duk tersorok..kemas skit..

Layout lama aku, memang dah siap setting dah..so senang je keje aku..

Tapi kali ni, bila buat layout baru sure tak dapat dah setting readmore..

Dalam pada aku tengah on the way nak upload balik template lama, tiba-tiba encik google tunjuk satu link interesting untuk aku pasang function readmore automatic..

Aku malas nak cuba,sebab dulu berpuluh aku cuba tak dapat buat... tapi entah kenape tergerak hati nak cuba la for last time sebelum ubah balik gi layout lama..

WAHHHHHHH

Jadi beb!

Hahaahaaaa...

Ape lagi.. readmore dah boleh, aku sambung lak wat hiddenshoutmix..

So Alhamdulillah setakat ni aku Berjaya buat banyak la dekat blog aku ni dalam masa beberapa jam sahaja..

Tanpa tutorial dekat blog-blog yang sangat baik hati share tu sure aku tak malas nak fikir...hahaha

Tapi ucapan terima kasih aku nak berikan dekat ilhamliyana sebab dia buat aku rasa nak tukar gak layout aku tak kira apa jua ...muahahahha ;p;p

p/s:

nanti ada masa aku buat mende lain...aku bz gila sebenarnya ni, xx + xy aku tak sambung-sambung lagi...huwaaaaa!

Continue Reading

ujian apakah ini?

ohohoii.

Dahulu selepas Matrikulasi aku telah mendapat tempat di Universiti Malaysia Sabah untuk Jurusan Ijazah Sains Marin. Aku meloncat gembira jugak, kerana oh this is fun! besides, UMS cantek bangat!! hehe but then aku tidak pergi oleh kerana beberapa sebab:

  1. Ayah aku kata jauh sangat
  2. Peluang kerja tak banyak sangat dekat Malaysia

Oh benar juga apa yang ayah aku katakan, aku pun ada cuba mencari apa pelang peerjaan yang boleh aku dapat. Ada itu ada, tapi jaminan untuk dapat kurang. Bab jauh itu tidak sedikit pun aku heran, lagi jauh lagi aku suka ;p oh tidak aku bukanlah anak yang terlalu nakal, aku masih tahu menjaga nama baik keluarga, cuma aku suka merantau ;p

Akhirnya aku masuk ke Management & Science Universiti di Shah Alam untuk mengambil jurusan medical sciece. Tidak sampai 2 minggu di sana tiba-tiba aku menerima panggilan dari Dr.Norhayati. Dr Norhayati ini merupakan  bekas lecturer di Universiti Sains Malaysia dan merupakan ketua jabatan farmasi di Kolej Teknologi Pulau atau Island College Technology (ICT). Beliau bertanya kepadaku, adakah aku berminat untuk mengikuti kursus pengajian ijazah farmasi (USM) di Island College Technology (ICT). Oh external degree barangkali. Aku pun ke Penang dan mendaftar dengan satu harapan, Ijazah USM. Bukan kerana course farmasi atau apa.Hanya semata-mata kerana Ijazah USM.

Aku tidaklah sesuke hati pergi, aku teringat akan satu peristiwa sewaktu matrik di mana aku ke  Pusat Pengajian Sains Farmasi USM mengikuti rombongan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). Di saat itu aku teringat bagaimana dekan di USM bercerita mengenai ICT ini dan peluang pelajar lain untuk memasuki bidang farmasi dan menyumbang untuk negara. Ahli Farmasi tatkala itu amat diperlukan dihospital-hospital kerana kekurangan farmasi. USM merupakan universiti pertama dan tertua dalam mewujudkan jurusan Farmasi jadi ini merupakan misi USM . Mereka kata jika mengharapkan kouta kemasukan ke USM yang terhad, susah bagi mereka meramaikan ahli farmasi terutama dikalangan melayu kita. USM mementingkan kualiti dari kuantiti.Itulah kata mereka kepada kami.

Maka berbekalkan kata-kata ini aku yakin bahawa ada jaminan akan ijazah ini dibawah USM.

Memasuki ICT bukanlah semudah apa yang orang ramai sangka, mungkin ada yang berfikir kami yang di ICT ini hanya bayar untuk belajar. Almaklum sahaja lah, kami ini pelajar dari kolej swasta walaupun ijazah ini di pantau USM. Untuk pengetahuan kalian, tidak semudah itu, USM screening kami sebelum accept kami. Sebagai contoh semasa awal kemasukan batch kami, ada seorang ini tidak lulus syarat-syarat kemasukan dan tidak boleh meneruskan pengajian di ICT, selain itu interview juga telah diwujudkan.

Oh tidak mengapalah, mungkin benar pointer kami semasa matrik tidak sehebat mana tidak lah 3.9 atau 4.0 seperti pelajar yang berada di USM itu sendiri. Tetapi itu tidak melunturkan semangat kami. Terpulang kepada orang ramai untuk beranggapan bagaimana.

Selama berada di ICT, banyak yang kami lalui. Hanya orang tertentu dan tuhan sahaja tahu bagaimana kami survive. Anda bayangkanlah, soalan exam lecturer di USM yang sediakan, sama sahaja, sebijik sebuntat dengan pelajar jurusan yang sama di USM. Lecturer kami di ICT bukanlah penggumbal soalan, dan mereka jugak bukan orang yang menyediakan silibus. Kadangkala itu tidak cukup apa yang kami di ajar berdasarkan silibus. Jadi kami baca dua nota, satu nota ICT, satu nota USM. Nota USM tu mana yang adalah sahaja kami baca, mana yang kami dapat sahaja. Tetapi tidak mengapa, kami masih bertahan dan sentiasa ceria. Semangat kekawanan antara boleh dibanggakan jugalah. bersuka ria pasti bersama-sama walaupun sebenarnya banyak masalah yang perlu kami hadapi. Ada suatu ketika subjek statistik, kami tidak mempunyai lecturer yang proper. Nasib jugalah ada lecturer management yang mengajar statistik.Tetapi kerana kami jurusan farmasi setakat mana sahaja dapat lecterer itu bantu kami dalam memahami statistik farmasi. Tetapi terima kasih jugalah kepada beliau sudi juga mengajar kami. Jadi pandai-pandai sendirilah nak usaha macam mana agar subjek ini boleh kami lepas. Terdapat juga lagi beberapa isu, tetapi terlalu sensitif pula jika disebut disini. Kami hanya berharap segala situasi ini dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

Namun segala-galanya berubah sekitar May-June 2010.Sewaktu itu kami sedang cuti semester, dan ura-ura untuk kami pindah ke USM sudah mula tersebar. Macam-macam berita yang kami terima. Tetapi kami masih tidak kisah kerana mungkin khabar angin. Pihak USM mahupun ICT tidak memaklumkan kami apa-apa. Selain itu memang mengarutlah kami di absorb masuk ke USM. is there such thing as that? but it is.

Sekitar July-Ogos 2010, inilah waktu getir kami, kami sudah mula semester baru, namun situasi di ICT semakin membimbangkan, kuliah ada setengah tidak mula, ada yang tiada lecturer, USM visit tidak ada. Selalunya USM akan satang pada awal sem dan hujung sem. Selain itu, merekalah akan update silibus kami. Mereka juga akan jadi counterpart kepada lecterer kami di ICT. Besides that, mereka juga akan datang mengajar kami subjek yang tiada lecturer pada hujung minggu. Itulah selalunya kami lalui setiap semester sebelumnya. Namun semester kali ini, semuanya berubah. USM sudah tidak datang. Kami semakin bimbang. Kami seolah-olah hilang arah pada waktu itu. Kami bertanya kepada ICT dan USM apakah situasinya. Tapi sudah menjadi adat dunia mungkin, apabila due orang bertikam lidah pasti ada yang tersepit ditengah. Kami menjadi mangsa dalam segala keadaan. Kami yang sekadar ingin menuntut ilmu dan meneruskan pelajaran di landa pelbagai masalah.

Dalam hati ku, biarlah terus berada di ICT, dan USM datang sahajalah seperti sedia kala dan selesaikan masalah ini secara diplomatik. Namun, entahlah mengapa dengan dua ekor gajah ini (USM dan ICT). Masing-masing tidak mahu mengalah pada pandangan ku. Ya aku paham situasi USM , ada juga rasa marah kepada ICT, mungkiin juga kerana kami. Tapi bila di teliti dan siasat, ini adalah permainan bisness dua institusi ini dan kami..kami mangsa. Terasa diperbodohkan tatkala itu.

Ada yang kata kami terlalu baik dengan ICT sehingga kami masih berada di ICT padahal sepatutnya berada di USM. Tetapi adakah anda sedar bahawa, bukan lah kami terlalu baik atau apa. Tetapi perkara ini di rahsiakan dari pengetahuan kami. Apabila kami bertanya kepada ICT, salah di letakkan di atas USM dan kami sendiri, apabila tanya kepada pihak USM, ICT pula di persalahkah. Apakah semua ini?

ahhh apapun, kami sudah mula retak, ada yang mahu ke USM dan benci sungguh kepada ICT, ada yang lebih selesa di ICT, ada juga yang tidak kisah.

Aku?

bagi aku, aku selesa di ICT, masuk ke USM bukanlah semudah itu, mental, fizikal perlu di gagahkan untuk masuk ke USM. aku tahu jika berpindah ke tempat baru, pasti ramai yang prejudis. Namun, aku terfikir, jika masih berada di ICT tanpa pengawasan USM, masa depan kami pula yang akan terjejas. Degree kami akan mula dipersoalkan. Haih. apalah yang harus aku lakukan. Lalu aku terfikir, tidak bolehkah USM dan ICT berdamai. Aku bertanya kepada dekan di USM, tidak bolehkah USM datang ke ICT seperti biasa seperti awal semester dan hujung semesta? Namun dekan kata, perkara ini telah di bawa ke peringkat kementerian pengajian tinggi untuk di bincangkan.

USM sememangnya tidak akan ke ICT untuk visit dan sepatutnya kami sebagai pelajar harus berbuat sesuatu dan sepatutnya kami telah berada di USM. Oh benarkah begitu?

Jadi kami bertanya kepada pihak ICT, tidak bolehkah, sementara anda semua meeting membuat keputusan, kelas kami berjalan seperti biasa. Malangnya hanya certain kelas yang boleh bermula, junior ku ada due tiga subjek tanpa lecturer, dan USM masih tidak datang.

Mungkin tiada cara lain..pindah ke USM adalah jalan terbaek, namun berat gila hati ini, jadi kami sepakat memberi ICT masa seminggu untuk menyelesaikan masalah ini. Tetapi, dalam kami memberi masa, tiba-tiba kami mendapat berita pihak atasan (kementerian dan USM mungkin) telah mengarahkan kami berpindah ke USM.

Proses untuk pindah juga makan masa seminggu jika aku tak sila. Hendak pindah juga bukan mudah. Kami tidak boleh pindah selagi USM tidak menyediakan asrama. Kami juga terpaksa menempah lori untuk memindahkan barang-barang kami. Sementara itu kuliah masih berjalan di USM. Kami pergi ke kuliah mana yang mampu, kerana jarak antara USM dan balikpulau adalah dalam 20 minit mungkin. bukan semua pelajar ada kenderaan untuk ke kuliah.Ada yang sewa van, ada yang minta van ICT tolong bawa, sepertiku, tumpang kereta housemate ku ke kuliah.TIdak tahu lah apa saja yang masuk kedalam kepala, tengah sibuk nak pindah, nak fikir belajar, kuliah pula sudah jauh kedepan dan banyak yang kami tetinggal. Ada pula kuliah malam. Ahhh ini betul-betul ujian bagi kami.

Sehari selepas berpindah secara rasmi an mendaftar di USM, bulan Ramadhan pula tiba. Tanpa kami sedar, sudah masuk bulan ramadhan tatkala itu.

Ramadhan kali itu amat lah menguji keimanan dan kesabaran kami. Almaklum, badan sudah penat dengan pindah-pindah dan punggah barng, duit sudah banyak habis, fikiran sudah penat memikirakan masalah dan catch up belajar, Emosi pula asyik diuji dengan pelbagai fitnah ng dilemparkan kepada kami.

Ada yang mengatakan kami rasuah untuk masuk ke USM.

Ada juga yang mengatakan kami lansung tidak layak untuk masuk jurusan farmasi.

Ada juga yang mengatakan tidak adil dan kedatangan kami ini mengganggu dan membebankan.

Ada juga perlian sini yang dilemparkan ..

aku masih ingat sampai sekarang kata-kata ini,

“In USM we are not paid a lot to teach, so the student need to find other way to get things not like in ICT”

tidak ingat sangat exactly kata-kata itu, tapi maksudnya seperti itulah,

kononnya di ICT kami bayar banyak jadi kami tak berusaha. (WTH)

hahahha..marah sunggu aku dengan kata-kata itu.

Sabar sahajalah..

kalau pelajar-pelajar USM yang tidak tahu apa sebenarnya terjadi itu aku paham lah, kenapa mereka rasa tidak selesa.Al maklumlah, mereka ni top scorer di matrik, pastinya mereka rasa tidak adil, mereka susah payah nak masuk farmasi USM, tiba-tiba ada budak kolej swasta masuk ke tempat mereka. Aku faham ramai yang tidak tahu situasi kami yang sebenar. Malah ada juga tidak tahu bahawa kami franchise USM di ICT. padahal mereka tidak tahu, lab manual,silibus, kertas exam, semua USM yang punya dan apa-apa segalanya dipantau USM. USM yang tidak memaklumkan kepada mereka mengenai situasi ini.

tidak mengapalah, biasalah baru-baru lagi.. cuma ayat yang atas tadi tu, memang jatuh semangat juga lah.. mahu tidaknya, kata-kata itu keluar dari orang yang kami rasa seharusnya paham situasi kami.

haih.. the scar is still there walaupun dah sembuh ye wahai orang yang melemparkan ayat itu pada kami..kamu bernasih baik ramai juga budak ICT yang tak dengar dan sedar sangat apa kamu sampaikan itu. Tetapi ada yang dengar dan lupakan, tapi aku.. aku tak mungkin lupa.. akan aku buktikan pada kau nanti betapa kau salah… banyak lagi sebenarnya, tapi biarlah ia menjadi rahsia hati.

Kini sudah hampir 3 bulan kami berada di USM, semesta yang memenatkan itu pun sudah tamat.Cuti pun sudah hampir ke penghujungnya. Kini semesta baru akan bermula, tapi ada isu yang masih belum selesai seperti yuran. Masih ada prejudis namun tidak sebanyak awal-awal. Ada yang sudah menerima ada yang masih belum boleh menerima kedatangan kami di USM.

apapun, aku harap, hari esok lebih baik dari hari ini..Aku harap segala yang terjadi pasti ada hikmah nya..

Semesta baru yang bakal menjelma 27 december ini, aku harap isu yang masih belum selesai akan selesai dan kam boleh mula menumpukan balik kepada apa yang kami harus tumpu dan tdak lagi perlu memikirkan masalah yuran atau apa-apa. Tentang pandangan orang ramai itu, tak boleh aku nak ubah , biarlah ia hilang bila tiba masanya..

yang penting, kami akan ignore dan study seperti biasa dan selesaikan apa yang patut.

sekian.

tumblr_lbtwfnL6aq1qbpwzeo1_500

p/s: dulu ingat takmau buat entri..tapi..aku dah tak larat kot nak ngadap dan fikir mende ni ..biarlah aku luah kt sini ;p

 

 

Continue Reading

cara setelkan masalah dengan berkesan.

manusia tidak pernah lari dari kesilapan.Sudah nama pun manusia bukan. sudah pasti kadang kala kita tertanya-tanya bagaimana mahu mengatasi segala masalah yang menimpa diri kita. seringkali kita lihat keyword google search yang selalu saja mempunya phrases untuk manusia mencari jalan untuk menyelesaikan pelbagai jenis masalah atau problem yang dihadapi sehari-harian dalam kehidupan masing-masing.Entri ini akan membongkarkan satu rahsia bagaimana untuk menyelesaikan masalah anda yang kian meruncing ;p

teruskan membaca ;p….

lihat gambar dibawah:

150524_1501798428209_1331659977_31127746_1814112_n sumber: facebook rajsharma

ikutlah langkah-langkah yang ditunjukkan dalam rajah di atas.. pasti anda  akan berkata ;

NO PROBLEM.KAHKAHKAH ;P

p/s: serious aku tak berhenti gelak bila tengok diagram ni..hahahahha ;p

Continue Reading

cuti yang amat bermakna =)

hahahha..ok2..aku nak update sikit..nak share sebenarnya, aku tengah cuti semester sekarang, tapinya aku stayback kat USM ni untuk buat research as my final year project. Actually ni subjek elektif, dari 160 orang ada la dalam 10 orang kot amek elektif ni, masing-masing ada topik masing-masing untuk dikaji..huhu.. most of them banyak pakai SPSS since diorang buat survey, tapi aku base on lab work…cam ala-ala saintis kot..korang ingat senang ke? banyak perkara yang mempengaruhi eksperimen..kalau eksperimen dekat lab selama ni takpela nak tipu-tipu edit-edit result since alaa nak hantar dekat lecturer je pun..setakat nak dapat markah course work hahaha..kantoi sudah ;p

Oklah aku nak cerita panjang-panjang pun aku bz, tapinya gatal gak nak share dekat blog aku yang semakin bersawang..kesian blog ni habis madu sepah dibuang, nak makan madu cari balik blog ni..hahaha ;p

anyway, overall AKU TAK MENYESAL LANSUNG SPENT TIME CUTI AKU DENGAN BERADA DI LAB!

mula-mula dulu ye rasa gak berat hati, ye la orang lain seronok cuti , tengok harry potter la, meronggeng bersama rakan-rakan la..macam-macam la.. tapinya bila first day aku jejak kaki dekat lab prof yuen tu..mak aih.. aku dah tak ingat nak cuti, stay back sampai 1,2 pagi pun aku still tak rasa cam nyesal, malas or apa-apa.. sebenarnya sebelum ni aku sangat la malas nak buat kerja-kerja lab ni,,biasanya aku prepare report je..tapi aku rasa aku tau kenapa aku malas..sebab aku tak paham hahahahha.. tapi ni lab ni, kita rangka..kita buat so sure-sure la paham kan..nama pun nak buat research..

research aku pasal satu ubat ni nama clopidogrel, keh2..kalau dekat lab untuk subjek2 farmasi..boleh je nak tipu-tipu bukan nak publish pun report lab bodo2 aku tu, tapi yang ini sure mahu publish dekat website yang publish journal-journal so tak boleh la nak main-main. lagipun research ni pasal ubat ni penting untuk orang sakit jantung. tak mahu aku tanggung dosa bagi maklumat salah pastu boleh libat nyawa orang ni.. jadinya dekat sini timbul kesedaran betapa pentingnya kita jujur dan tidak selfish ;p

eceyh!..dah-dah..ni la antara aktiviti aku dekat lab, tak boleh nak tangkap gambar banyak sangat..sebab aku sibuk nak buat kerja..ni pun aku amek sebab nanti kene masuk dalam presentation..ades..


 

 


 

sekian sudah gambar-gambar di lab, patut aku ambik gambar time test sample darah dekat general hospital penang hari tu.. besT! hehehe

p/s: nak cerita panjang tapi masa tak mengizinkan and lagipun kalau aku cerita karang cam sukar je nak difahami oleh orang lain..cam korang cerita pasal C++ kat aku la..satu haram pun aku tak paham ;p

 

 

Continue Reading

tired but ok.

DSC_0049

gambar: pergh ni ter-grad awal ;p, padahal pinjam akak senior punye untuk buat gila ;p 

well nothing much, arrived dekat Penang pukul 5.30 pagi tadi. Kinda pelik la, since hari tu aku balik kul 10pm smpai 7.30am. ni aku balik pukul 9pm sampai pukul 5.30am.. dulu-dulu pun macam ni gak smpainya dalam 5.30 pagi..cume heran lah..tak silap aku dah 3 kali la smpai kul 7 lebih..hmm..pelik2 bas ni..ok malas nak mengarot dekat hal bas tu..depends on driver la kot. anyway, penat dowh travelling ni. hahaha.. tak dapat nak tido sangat since kesejukan tahap dewa, mahu taknya dah lah aircond konsortium memang sejuk ditambah lah pulak dengan hari hujan.. memang macam dekat over the sea lah aku cakap sejuk nye yaw..haih..apepun naseb sampai tu tak mati kesejukan..kahkahkah..

kul 9 dah ready nak pergi lab, so kemas kini data semua, lengkapkan ilmu ape yang patut dekat dada untuk bertemu professor idola aku iaitu prof yuen dengan akak postgrad yang seriusly banyak bantu aku iaitu kak yanti..ngeh3x. so basically aku akan adopt research kak yanti tengah buat, well untuk level master komfem-konfem la dia punya lagi detail, so aku punye level ni stakat amek satu part dari research dia je. Ingat nak buat research memang totally independent tapinya akibat kekangan masa dan banyak procedure so aku akan bantu kak yanti la pendek katenye. Prof yuen kata untuk research exercise ni nak expose kita dekat research untuk degree level, dah masuk master nanti baru la gila detail. trust me to do research dekat area-area clinical, technology bukanlah satu perkara yang mudah.kalau nak compare dengan social administration. Social admin developed questionnaire tapi bila bab-bab clinical, tech ngan mende2 ade logy dekat blakang contoh pharmacology, pathophysiology .. pergh leceh.. banyak lab..ngee..

oh aku bukan budak lab, tidak dilahirkan untuk menjadi saintis pun. tapi kalau jadi mmg miracle la ;p hehhe ;p nak cerite panjang pasal ni.tapi tengok la nanti kalau ada masa terluang.. ngeh ;p

dalam 3 minggu ni sure bz gila.. agak tak terkejar tapi takpe slow2 kayuh.. ;p

susah-susah dahulu , senang-senang kemudian ye anak-anak ;p

p/s:

lepas ni aku akan ada dekat lab dari kul 9am or 10 am hinggalah 6pm. kalau time kene buat analysis rasanya lebih lewat pada 6pm menurut kak yanti ;p

oh ya, sabtu ahad pun ada lab ngahaha ;p ok gak, duk sorang2 dekat usm buat ape hujung minggu, ade kereta lain cerita an..so basically mengisi masa lapang dengan faedah berganda la ni ;p

Continue Reading

i had a bad day.

clip_image001

“Sometimes the system goes on the blink..

And the whole thing turns out wrong..

You might not make it back and you know..

That you could be well oh that strong and I'm not wrong, ahhh...

So where is the passion when you need it the most ?

Oh, you and I, you kick up the leaves and the magic is lost..”

that was just some verse in the song ‘Bad Day by Danial Powter.

Kind off having a bad day today, I’m damn tired though. Maybe coz i just arrived; Kuantan this morning around 7.20am. Its a long journey from Penang from 10pm last night. Well its semester break now for a month but it wont be just a holiday.hmm..

But above of such a lousy, lame and unbearable day which i would consider a very very bad day, I’m glad that i manage to finish reading up some research articles for my research project. (basically doing some literature review to plan my research for final year which going to start soon which is next week). This going to caused me hell lots of work but i don’t mind. I need this for my future. I’m so going to make this work out.Of course there’s a price to pay but it for the better, i mean for the future ;p

“susah-susah dahulu, senang-senang kemudian”

Next semester going to be so damn hectic. I’m starting to feel the heat now. With National Pharmacy Sports Carnival is coming up this January lots of work need to be done for the preparation. My research project, some personal issues that need to be think of which kind off bothering me lately. I thought i wont get distracted by it. I feel bad but i keep asking why should i need to think about it at such critical moments in my life. well that’s life all about. We plan but God know better about the plan.

oowh yeah..when i say ‘personal stuffs’ ..please don’t think it has something to do with lovey dovey stuffs. Lots of people keep thinking ‘personal’ means love. ooh c’mon, there are more to life than just being in love. At this rate i don’t think I’m gonna think about it just yet. Well to be frank,it would be nice to have someone but it wont be fair cause i will be damn bz which will make me becoming more selfish and i don’t want that to happen.Being stuck up with lots of things. I thought it would be just fine…

I’m kind off tired of planning things but it just wont go the way i want it. Always got something that need me to change the plan. Owh Its tiring just thinking about it. Its not that i don’t want to change my plan according to the situation, but there’s another part of my life that needs me to stick to the plan what ever it is in the way. Don’t mean to be selfish but … arghhh see? i’m so stressed up with this whole thing. I feel really bad..i do.. but emm haih.. nevermind..not enough to just that, today was a CRAP! i just wanna lock my self shut in a far far away land… sigh..

I was suppose to fix my schedule for blogging (i told you i want to upgrade it and continue xx + xy), Research, NPSC2011, study, ICT-USM, IPSA and holiday and i already set it up perfectly but now i just don't know whether i can cope with everything. No more holidays i guess and i’m broke anyway. haih.

I plan it so perfectly which i know i can manage it accordingly but when things that is not suppose to be happening, just seems to happen, i just feel so bad, tired, so pissed off with the whole thing especially myself and i am very very frustrated.

Oh shit. I’m dragging the matter..oh.. I just.. hmm..yeah.. IT IS A BAD DAY!

p/s:

I thought i can do things peacefully but hell no. My life just wont give me a break.Its just crazy how some things never work out.Well its going to work out, its not like I’m going to give up. Its just i need think and work more than I’s supposed to.

Got to go.

saya akan cari masa untuk update, not in the mood to karang xx + xy 18..huhu..

Continue Reading

great teacher onizuka (GTO).

exam1

Sebenarnya tiada kaitan pun apa aku nak luah dekat sini dengan tajuk.. kahkahkah ;p

Sebenarnya aku ada lagi dua paper, esok (isnin) dan hari keesokannya (selasa).. Esok, paper 3 kredit.. selasa pulak paper 4 kredit..hadui2..bagaimana ni sih..esok aku ada paper..tapinyee…. arghhhhhhhhhhhh… malas gila nak study ni.. adoi3x.. Sepatutnya mood cuti ni tidak boleh sama sekali ada buat masa yang sangat genting ini.. subjek selasa tu 4 KREDIT ……. berat aku cakap kau..nota tebal cam apa je..and itu je la satu2nya subjek aku tak sentuh-sentuh lagi dan aku memang tak tau sempat tak nak habis dalam masa satu hari untuk study nak-nak dengan mood aku yang dah kearah cuti-cutian..haih..unbelievable (T__T)..

subjek esok, actually berjaya aku habis study sebelum start exam hari tu..tapikan..tapikan.. AKU TAK INGAT APA-APA PON yang aku dah study tu.. aduii ayomaaa.. nak kene ulang balik satu persatu ni..ya Allah..sangat malas kot.. haiyo.. bagaimana ini..bagaimana..

ok sudah el.stop it!

pergi study sekarang..

oh sebenarnya aku baru lepas habis tengok GTO..kahkahkah..sgt malas weii..patut ada masa hujung minggu study ni tak..cam bese la..name pon elyana yazmin kan.. bile aku gi bilik sebelah cakap …wehh apesal aku malas gile ni.. nak tau diorang jawab ape???

“bila masa yang kau rajin?”

kahkahkaha..FINE!

bila lah aku nak jadi serajin budak-budak F4? kehkehkeh ;p

Continue Reading

pencinta kucing bukan pencinta wanita oleh irwansyah.

cat

Pada tanggal 11 november 2010, aku telah menyaksikan satu perkara yang sangatlah membuatkan aku ter-wah-wah dekat dalam kereta. Sebelum aku cerita apa perkara yang aku nak cerita, izinkan aku cerita pasal situasi traffic dekat Penang terlebih dahulu. Traffic dekat Penang ini sememangnya sangat sibuk nak-nak kalau dah dekat timing orang balik kerja or pergi kerja or budak balik sekolah dan weekend. Ape ingat Kay-L je bz? ha hokey, pemandu pulak paham-pahamlah banyak ragam, antaranya…

  1. bajet otai.
  2. bajet best.
  3. kurang kesabaran oh mungkin tiada kesabaran lebih tepat.
  4. Kurang aplikasi dalam pembelajaran, bukan kurang ajar, sebab dah pergi kelas memandu ambil lesenkan.
  5. Gila hon, orang lain gila harta dia gila hon, pelik aku. ishk.
  6. Gila kelajuan , nak kejar apa aku tak tahu, padahal lampu traffic merah dekat depan..relaks le.haisyh.

dah, malas aku nak senarai, korang pun sure paham je kan and pernah alami, actually aku pun kadang ada buat, kahkahkah, tapi aku tak berani hon ..serius,,aku tak pernah hon lagi setakat pengalaman aku memandu kereta. bawak laju dan kadang marah tu pernah la, tapi takde la bajet otai, bajet best or kurang ajar lagi kan.kahkahkah.

Ok kembali ke pangkal jalan cerita ;p

So, ceritanya bermula bila aku, rumet dan rakanku on the way nak cari carwash dan kami baru balik study + lepak dekat Jco Donut..perghhh study tu..gile hebat aku.kahkahkah. Traffic light dekat depan merah, so STOP la kan, takkan nak terjah, tapi line agak panjang la since time orang balik kerja. Sekitar 6.30 petang la jugak. Mase dekat-dekat nak stop tu, aku nampak seekor anak kucing hitam putih –super-duper-cute macam tengah sesat dekat atas jalan raya tu. Jantung aku berdebar-debar jugaklah takutnya kucing tu kena langgar. Tapi tak tau nak buat apa kan, so duk perati je la dengan rakan-rakan aku, nak turun ambil, tiada siapa berani. Try jugaklah kami jerit halau kucing tu, tapi kucing tu agak di depan jugaklah pada kami. aduii… kami doa je la kan..

Tiba-tiba, ada satu kereta berhenti EMERGENCY secara mengejut dekat lane sebelah! alamakkk!!!!!Hazard light terpasang. huisyh kenapakan? rosak? langgar?

eh2 terlanggar kucing tadi ke? hehehe takdelah, nyaris-nyaris je, owner kereta putih tu turun carik kucing tu, tapi kusing tu pergi nyorok atas tayar pulak dah, masa tu lampu merah lagi, so takde hal la, tapi bila line baru je bertukar hijau, which line panjang., tapi orang yang belakang kereta putih tu duk hon-hon macam orang gila. sabar la sat tak boleh ka? tak nampak ke abang tu tengah tolong kucing tu, hiyshh geram betul aku masa tu.

Kami dalam kereta buka tingkap cakap dekat abang tu, takpe bang perlahan-lahan, jangan layan orang belakang. keh3x. Akhirnya kucing tu blah jugak dari kereta tu. Alhamdulillah, selamat nyawa kucing tu, tapi aku risau jugak, still dekat tepi jalan, kalau dia cross balik jalan tu memang dah ajal kau la kucing..ishk.

Ape pun, abang tu memang ak tabik spring la! bagus betul kot, kalau orang lain sure dah tak hirau dan langgar je kucing tu, nak-nak pemandu-pemandu tengin yang asyik duk hon-hon tu. Aku pun harap, lepas ni pun aku berani macam abang tu jugak ;p

Apepun, aku harap lebih ramai rakyat malaysia seperti itu. kahkahkah, cakap macam perdana menteri pulak aku rasa..  ;p

ok chow, aku ada due paper esok. cam tengin jep..arghhhh!! wish me luck bebeh =)

Continue Reading

final exam sudah tiba.

malas nak cerita banyak..

aku tengah kelam kabut nak cover syllybus nak study.. ;p

tu le awal2 tak study elok2..;p

nah tengok la jadual exam aku yang gila syaitooonnnn!!! hahaha

exam 

oklah..ni ucapan aku untuk semua budak2 yang tengah exam dan akan exam:

“KITA REMPUH SAJA TEMBOK ITU!!!” ;P

GOODLUCK SEMUA =)

yang dah habis exam: tak payah nak happy sangat la.. karang kuar result masing kecut perut jugak kan?? keh3x..

p/s: gambar itu hanya hiasan..aku takdelah serajen itu..itu gambar time kwn aku mintak jadi model student stress study untuk artikel mascom die..keh3x ;p

Continue Reading