SHAKLEE’S TRIP: SUPERSTAR LIBRA CRUISE 2017 (PART 1)

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Sebelum segala kenangan indah ini semakin samar dari ingatan, El nak abadikan ia di blog ni supaya jadi tatapan El di hari tua nanti.

Alhamdulillah pada 22hb - 26hb November 2017 baru baru ini El berpelang menikmati percutian percuma tajaan sepenuhnya oleh Shaklee.




Sejujurnya tak sangka business yang El buat sekadar cuba cuba & suka suka mampu membawa El ketahap ini. Percutian tajaan shaklee merupakan impian semua Shaklee Indipendent Distributor (SID).

Almaklumlah percutian tajaan shaklee dengar katanya bukan biasa biasa dan lebih pada 5 bintang. Kalau sebelum ni El hanya dengan kisah mentor El ke trip shaklee, tapi Alhamdulillah kini El dapat rasakan sendiri.

Sungguhlah memang lebih pada 5 bintang!

Allahuakbar, syukur Alhamdulillah.

Serious percutian bersama shaklee menairi Superstar Libra Cruise adalah antara moment terindah dalam hidup El.

Tak sangka ada orang nak bagi cuti percuma dah tua tua ni, Alhamdulillah.

Hard work really pays off tau bila join trip nih, plus ini adalah antara kayu ukur kejayaan perjalanan business El dengan shaklee.

InsyaAllah akan terus pastikan diri layak untuk join trip trip tajaan shaklee seterusnya seperti trip international & umrah.

So kisahnya bermula apabila those yang qualified untuk trip di panggil untuk briefing session di branch. Eventhough El tak dapat join tetapi Alhamdulillah ada team mates yang dapat pergi.

Paling best before trip lagi Shaklee dah suprise kami dengan gifts antaranya;

✔️ Beg Karrimor!



Diorang kata bag ni mahal, jenama elok. I have no idea tapi beg ni bila pakai travel selesa gila! Sangat practical untuk those yang nak travel 😊

✔️ Travel Booklet!



Travel booklet ni Shaklee sediakan khas untuk kami so that kami tahu every single activities and things we must know for our trip. Seriously sangst helpful, tak payah semak otak fikir jadual sebab booklet ni sangat lengkap. Thumbs up Shaklee!

✔️ Baju Shaklee!



Selain pada bag & travel booklet kami dapat jugak satu tshirt exclusive from Shaklee! Ya Allah baik betul hati Shaklee kami bagi macam macam. Ini belum mula travel lagi dah di berimacam macam. Alhamdulillah! Rasa macam VVIP pulak 😆

So ini baru teaser je tau trip Shaklee nih, nanti El continue with part part seterusnya.

InsyaAllah El akan review day by day trip shaklee yang El dah pergi ni.

Enjoy & stay tuned!...
Continue Reading

DREAM COME TRUE

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Lama rasanya tak update blog kesayangan nih, selalu on off. Malam malam ni tiba tiba mood menulis mai. So alang alang mood menulis dah datang, El nak share mengenai status terkini El di alam realiti.

Alhamdulillah pejam celik dah almost 7 years kot blog ni wujud (correct me if I'm wrong), dari zaman geli geli remaja now El dah pun berkahwin & dikurniakan 2 cahaya mata. 

Zaman blog ni mula mula diwujudkan masa tu El sedang dalam fasa belajar jurusan Farmasi dan Alhamdulillah dah 5 tahun bergelar Pharmacist. 4 tahun lebih berkhidmat di sektor kerajaan iaitu setahun di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru & 3 tahun lebih di Pejabat Kesihatan Daerah Segamat.

Recap kehidupan El selepas Graduate;

El bekerja part time sebagai Research Asssistant di USM sebelum dipanggil untuk lapor diri Housemanship (PRP) di HSAJB sekitar Dec 2012.

Setelah houseman setahun akhirnya El di arahkan untuk sambung perkhidmatan di Pejabat Kesihatan Daerah Segamat pada hujung tahun 2013.

Tetibe teman tapi mesra ajak kahwin, kelam kabut El kumpul duit sebab eh ingat nak kahwin lambat lagi, jadi ku joli beria ahahhaha.




Alhamdulillah long story cut short, kami selamat diijabkabulkan pads 15 November 2014, Alhamdulillah November 2017 baru ni genap usia perkahwinan kami 3 tahun.

Dalam 3 tahun tu dah banyak yang terjadi antaranya;

Feb 2015 - 
Dapat tahu hamil anak sulung 2 minggu ke berapa entah. Waktu ni masih PJJ and husband tak dapat pindah ke Johor. Aturan Allah somehow El terlibat dengan accident yang teruk semasa hamilkan Naim which in turn bagi reason kukuh untuk pihak KKM approve pertukaran husband ke Johor pada Ogos 2015.

October 2015-



Putera sulung kami yang diberi nama Muhammad Rayyan Naim bin Muhammad Fahmi selamat dilahirkan pada 8hb secara emergency czer. Satu pengalaman yang tak mungkin El lupakan sampai bila bila. Selepas 2 tahun masih segar terpahat dalam ingatan detik detik kelahiran Muhammad Rayyan Naim bin Muhammad Fahmi.

Jun hingga July 2016-



El syak El dah mula hamil anak kedua, suatu berita mengejutkan buat kami kerana jauh tersimpang perancangan kami. Apatah lagi jarak kehamilan yang rapat selepas bersalinkan Muhammad Rayyan Naim secara Czer. Namun kuasa Allah, bila 12 Julai buat pemeriksaan dan tengok degupan jantung janin di dalam perut sendiri, luar biasa apa yang El rasa. Dari perasaan takut, sedih, tak bersedia automatik JATUH SAYANG yang amat sangat kepada bayi yang dikandungkan. Lupa segala kerisauan dan ketakutan.

Alhamdulillah it was a smooth Pregnancy journey compared to the first one.

Feb 2017-



Puteri sulung merangkap anak kedua kami selamat dilahirkan juga secara emergency czer. Pengalaman pertama banyak membuatkan pengalaman kedua ini lebih indah. Banyak jugak yang terjadi tapi Alhamdulillah in the end semuanya baik baik aja.

Banyak yang berubah dari zaman student sehingga kini dah jadi mak kepada anak dua.
Terlalu banyak perkara terjadi yang mendewasakan diri ini.

Bila jadi ibu ni segala apa yang kita lakukan adalah demi anak kita.

Antara keputusan terbesar El buat dalam hidup adalah bilamana pada ;

Januari 2016, El buat keputusan untuk fokus kepada satu part time business untuk memastikan El sentiasa ada duit untuk belanje demi anak sulung. Almaklumlah anak sulung, excited dan segala mende nak beli yang terbaik and branded kononnya.

Bila dah jadi mak mak ni baru faham why dulu bila houseman selalu tengok ada senior pharmacist yang ada anak selalu cuti. Dulu tak pertikaikan pon sebab faham tapi not as faham as bila rasa sendiri. Masa ni jiwa dan hati rasa ya allah kenapa perlu aku rasa bersalah antara anak & kerjaya.

I need to do something, i said to myself.
Mana cita cita nak resign and sambung belajar?
Mana cita cita taknak stay government?
Apa dah jadi?

I was clueless at first till i look into my son's eyes dan from there El mula kembali berimpian.



From the business secara part-time somehow El nampak ada sinar harapan untuk El resign dari kerja hakiki.

Masa ni (2 years ago) apa yang El visualize for my future is that,

El mampu resign from kerja hakiki as government hospital and jadi work from home mom/work from self owned pharmacy mom.
El impikan kebebasan masa, tak perlu berebut cuti.
El impikan untuk tidak rasa bersalah setiap kali anak sakit tapi nak kena mintak cuti.
El impikan untuk tidak rasa bersalah kepada anak sebab terpaksa bawak diorang ke farmasi yang bukannya farmasi sendiri yang boleh sediakan selesa accomodationnya.

Allahuakbar! itu belum fikir savings.

Sejak pada itu El fokus dengan business part time El.
How i give my 100% to my work as pharmacist macam tu jugaklah El treat my business.

Alhamdulillah after 2 years of struggling now El dah resign from government sector & sedang usahakan proses pembukaan kedai farmasi kami.




InsyaAllah it will be ready soon.

Jujur , tulus ikhlas dari hati..

I won't be here today tanpa izin Allah, obviously.
I might not be here today berani resign from kerja makan gaji kalau tidal kerana business part time yang El buat.

El tak sangka business yang El buat secara part time mampu buat El capai impian El.

Terima Kasih Shaklee.
Sungguh cantik dan kena masa Allah aturkan segalanya.

InsyaAllah akan terus setia bersamamu.

To be continued...
Continue Reading

SHAKLEE SKINCARE: NUTRIWHITE

NUTRIWHITE NATURAL SKINCARE


 


For a healthy & a perfect looking skin semestinya Nutriwhite Skincare from Shaklee works its wonders.


.

With PROPER & CONSISTENT application mampu menjadikan;

.

🌸 Tona Kulit lebih cerah sekata

🌸 Kulit lebih lembut, halus & gebu 

🌸 Kulit lebih berseri, glowing & flawless

🌸 Kulit tidak mudah sunburn

🌸 Kulit lebih bersih dan segar

🌸 Kulit bebas whiteheads & blackheads 

🌸 Kulit bebas jerawat

🌸 Pori muka mengecil dan lebih flawless


Apa yang available in this set is;


1• Gentle Action Makeup Remover (bila perlu)

2• Gentle Deep Foaming Cleanser

3• Soothing Radiance Whitening Softener

4• Daily Defense Whitening Essence 

5• UltimateUltimate Protection Whitening Lotion

6• Overnight Renewal Whitening Cream

7• Spot Whitening Treatment


.

Memang antara the best skincare yang El pernah try. Paling penting serasi dengan kulit El. Serik dah hoii peristiwa problem dengan skincare masa dekat HUSM dulu. Yang ni NATURAL and SAFE ❤️


.

So khusus untuk anda yang mencari skincare terbaik dan mempunyai budget yang lebih sedikit, El highly recommend untuk you all cuba sendiri Set Nutriwhite Shaklee.


For more info, consultation & orders boleh wassap El by simply clicking this link:

 📲 www.wasap.my/60193378706


.

Elyana Yazmin @wellnessbyel

0193378706

Your Health & Beauty Consultant


#nutriwhite

#nutriwhiteshaklee

#kulitcantik #kulitflawless

#shakleemuar #shakleekuantan #shakleeuitm #shakleebrunei #shakleesingapore #shakleesegamat #shakleepromo #enfuselle #kulitsensitif #jerawat #jeragat #shakleeampang #shakleemalaysia 


Continue Reading

SHAKLEE SKINCARE : NUTRIWHITE VS ENFUSELLE


 


Ramai sebenarnya yang ingat Shaklee hanya ada supplements dan tidak tahu yang actually Shaklee juga ada SKINCARE yang berkualiti & natural.


.

Shaklee sebenarnya mempunyai dua jenis set skincare iaitu: NUTRIWHITE & ENFUSELLE. So apa beza dua series skin care ni? How to choose?


.

Semestinya semua bergantung kepada jenis kulit anda. Jenis & masalah kulit sebenarnya akan menentukan which skincare series yang sesuai untuk anda.


.

Secara ringkasnya jika anda mempunyai masalah JERAWAT & KULIT SENSITIF yang  mild to serious ENFUSELLE adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Next what you need to know adalah your skin types sama ada BERMINYAK atau KERING kerana ENFUSELLE jauh lebih spesifik mengatasi masalah mengikut jenis kulit berbanding NUTRIWHITE.


.

ENFUSELLE available untuk;

👉🏻 Normal to Oily Skin

👉🏻 Normal to Dry Skin


.

So if you all tiada masalah JERAWAT, KULIT SENSITIF, BERMINYAK atau KERING yang serious you all boleh consider untuk NUTRIWHITE. Skincare series Nutriwhite lebih menekankan kepada rawatan mencerah,  tona kulit tidak sekata & kusam. 


.

Namun ada jugak yang menggunakan kombinasi dua skincare series ini. As i said it depends on your skin hence amat penting untuk you all dapatkan konsultadi sebelum membeli.


.

Both skincare series nih memang dirumus khas untuk wanita Asia. The most important thing is ianya natural dari extract tumbuhan dan have no dangerous chemicals in it.


.

El sendiri gunakan SET NUTRIWHITE sejak setahun yang lalu. Alhamdulillah i totally love the effects on my skin. Paling penting ianya serasi dan tidak memberikan masalah kulit pada El. Sejujurnya dah serik bila jadi jerawat dasat akibat pemakaian skincare yang salah.


.

So if you are looking for a skincare yang suitable for you, El boleh bantu you all untuk buat pilihan.


.

For more info, consultation & orders boleh wassap El by simply clicking this link:

 📲 www.wasap.my/60193378706


.

Elyana Yazmin @wellnessbyel

0193378706

Your Health & Beauty Consultant


#nutriwhite

#nutriwhiteshaklee

#kulitcantik #kulitflawless

#shakleemuar #shakleekuantan #shakleeuitm #shakleebrunei #shakleesingapore #shakleesegamat #shakleepromo #enfuselle #kulitsensitif #jerawat #jeragat #shakleeampang #shakleemalaysia 



Continue Reading

PART 1 | SUPPLEMENTS VS TANPA SUPPLEMENTS


 

 


Badan kita sebenarnya boleh dapatkan nutrisi yang diperlukan melalui pemakanan.


-

Disebabkan pernyataan di atas, El anggap supplements dipasaran seperti multivitamins, calcium, fish oil & macam-macam lagi adalah sejenis propaganda setiap pharmaceutical companies yang menjualnya. Apatah lagi kalau company tu bukan pharmaceutical based 😂


-

Sebab tu El sedikit pun tak heran andai ada masih merasakan supplements ni mengarut. Tapi hari ni El nak share bagaimana daripada seorang yang sangat skeptikal terhadap supplements kini El menjalani kehidupan seharian El dengan supplements.


-

El nak mulakan dengan kisah terbaru. You see, i forgot to bring my supplements along with me back to Muar. El pregnant dah nak masuk 38minggu, i had no serious problems/pain/tiredness all this while compared to my last pregnancy.


-

So, semalam akhirnya Elyana Yazmin yang guna tagline "mighty mommy" nih kecundang jugak setelah 3 hari tanpa supplements. I felt tired, i felt sleepy, i felt exhausted, im in pain. El mula rasa sakit belakang, sakit badan, rasa penat dan mengah, rasa tidak bermaya. Hari pertama  tanpa supplements im ok, kedua the pain mula kicking in, semalam akhirnya El tidur dalam keadaan sangat penat, pagi ni pun El masih sakit badan and terlalu penat.


🔹My HB mungkin semakin turun hence oksigen macam payah nau nak sampai otak tu rasa penat je.

🔹My vitamins & minerals semakin berkurang.


-

Allah cipta manusia cukup sempurna, badan kita akan automatik go into sleeping mode untuk minimize usage nutrients. Hence tu nak tido je rasa.


-

Paling El bimbang adalah nutrisi El sepanjang tiga hari ni tidak cukup untuk Baby, atau baby dah absorb most of my nutrients dan disebabkan itu im tired. So if i were myself back then, mesti El akan cakap merepek je supplements makan je la elok-elok dan BANYAK!


-

El nak tanya you all sejujurnya, bila you ambil makanan pagi ni, tengahari ni, malam ni jenguk tenunggg pinggan makanan awak, awak rasa;


🎯 Pemakanan awak seimbang tak macam pyramid makanan tu?

🎯Air yang awak minum cukup tak?

🎯High cholestrol tak?

🎯 High sugar, salt tak?

🎯 Banyak trans fat tak?


Jujurlah ye, El tak pernah rasa pemakanan yang El ambil is a well balance diet malah kadang merepek. Sebab tu orang kata punca penyakit tu kebanyakan dari perut😂


-

Now back to being pregnant, awak tau tak bila dah pregnant semestinya segala keperluan nutrisi awak meningkat especially,


Folic Acid

Iron

Omega

Calcium


Termasuk la nutrisi lain, tapi adakah itu bermaksud makan dengan kuantiti banyakkkk mampu lengkapkan nutrisi you all?


-

Salah! Makanan seimbang dan bijak adalah kuncinya. Namun ramai yang salah konsep. Akibatnya berat naik mendadak ataupun GDM. So inilah salah satu  sebab wujudnya SUPPLEMENTS.


-

Even vitamins prenatal yang awak duk ambil dekat KKIA itu adalah supplements. Agak-agak doktor suka-suka je ke prescribe awak supplements tu? Propaganda ke?😂


-

As for me im fully on Shaklee Prenatal Set, and since my most important supplements being pregnant si Vitalea with Iron Formula tertinggal, malam tadi pi farmasi beli Sangobion 4 biji sebab dah mula risau HB drop cause i didnt bring my Vitalea along.


-

Cant wait to go back home and get my supplements back on track!


-

Seksa! Even now my eyes is half open..


To be continued...



ELYANA YAZMIN
Whatsapp : 0193378706
(Pharmacist by Profession)
Senior Supervisor & 
Founder of Magnificent Empire
Your Most Wanted
Shaklee Independent Distributor
Continue Reading

MY PREGNANCY JOURNEY: First Pregnancy

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

   Since now El dah pun nak bersalinkan anak kedua terasa nak abadikan saat pertama kali El mengandungkan anak pertama; Muhammad Rayyan Naim bin Muhammad Fahmi.

 

  El mengikat tali perkahwinan dengan husband pada15 November 2014. Seperti pasangan lain mestilah kalau boleh lepas kahwin terus dapat baby. Apatah lagi El ni memang suka budak. Tapi itulah disaat nak sangat takde rezeki kami, tapi Alhamdulillah Allah jawab doa kami tak lama lepas tu dengan berita yang memang kami nanti-nantikan.

  Lebih kurang bulan Februari 2015 El & husband masih PJJ. Husband di Pekan, Pahang dan El di Segamat, Johor. Masa tu El sorang dekat Segamat and terasa nak check UPT. Actually dah jadi rutin sejak kahwin lewat sehari pun nak check. Excited nak sangat kononnya. Few times berendam air mata tapi finally Alhamdulillah macam good news but sangat tak kukuh sebab double line tu dull (tak clear).

 

  Excited nak bagitahu husband tapi takut jugak ialah baru sangat lagi & awal-awal ni anything could happen. Tapi Alhamdulillah confirm and both me & husband haruslah happy. So while pregnant my PJJ status with husband maintain the same. Around february jugaklah El involved in an accident yang kira teruk jugak but Alhamdulillah nothing serious, just bruises and swollen hand and face, paling penting baby all ok.

    Masa tu la husband reapply and hantar rayuan untuk pindah from Pahang to Johor. He only got the transfer masa El dah 8 months pregnant if not mistaken. So from 1st to 8th months tu it was not easy. First trimester memang wellknown dengan morning sickness, for me its not only morning but malam-malam tengah tidur pun boleh berlari ke bilik air muntah muntah & pening. 

 
   
   Seriously rasa serikkk nak prengnant lagi siap i cakap to my self this is the first and the last! Tak sanggup dah nak melepekkk camni. I was always tired, penat, EXHAUSTED! Masa tu duduk rumah bujang je kot tapi balik kerja tidur, malam2 bangun muntah, pagi bangun dengan penat etc. Seksa betul rasanya. Baru rasa nak lega kaki awal-awal dah bengkak, pinggang sakit, buku lali sakit & pinggul sakit. Almost everynight nangis kena simpul biawak or cramp. Jalan sikit tak larat dan sentiasa tercungap-cungap.

    Dah la PJJ and this symptoms continue towards the end of pregnancy tau. Seriously ya Allah serik! Ahahaha even husband dah ada pun masa 8 months tu dengan El, you all boleh tanya dia how in pain and tired i am. Kesian dia, kena layan bini dia yang memanjang tak larat dah lahhh baru je dapat duduk sama. Thank you abang sebab tolong ease my pain masa tu. Bersyukur jugaklah finally dia ada, sepanjang kami PJJ, i thanked my friend and housemate la sebab selalu tolong tapaukan makan semua. 

   Untill 39weeks pregnant finally i dah betul-betul tak tahan. Rasa nak keluarkan je baby dari perut ni and get it over with. Rasa berat betul nak bawak diri yang dah cecah 70.9kg masa tu, dengan sakit pinggang, pinggul, kaki, bengkak. Astaghfirullahalazim😭

   Finally i said i need supplements, so since i was reading on RESVERTROL and masa nak cari sumber resveratrol reliable in Malaysia i came across Shaklee from a post posted by one of my senior in the facebook. I wanted to try resveratrol masa tu but however im not convinced to buy VIVIX while im pregnant. So instead i tried OSTEMATRIX dahulu. Alhamdulillah at first dose of 4 caplets of OSTEMATRIX i feel better, no more cramps that night, simpul biawak takde, dah tak sembelit & i wake up feeling fresh.

 

   Still i am tired through out the day, not long after that i studies about ESP  and after giving a lonng thought, i decided to grab free shaklee membership by purchasing FULL SET POSTANAL & Few canister of ESP!

 

    To my amazed semua supplements tu serasi for me and it does ease my final days before bersalin. I felt more energetic, no longer in pain except of course restless sebab baby tak keluar lagi😂

    So thats when i started to believe in SUPPLEMENTS! It helps me alot going through my exhausting pregnancy journey. For a very active person like me to be chain down with exhaustion and pain it does takes toll on me. I felt helpless, so with the supplements i get myself back❤

Thank you my supplements!

ELYANA YAZMIN
Whatsapp : 0193378706
(Pharmacist by Profession)
Senior Supervisor & 
Founder of Magnificent Empire
Your Most Wanted
Shaklee Independent Distributor




  
Continue Reading

KEPERLUAN NUTRISI DAN ‘SUPPLEMENTS’ VS UBAT-UBATAN


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..

InshaAllah hari ni El akan kupaskan mengenai topik Keperluan Nutrisi, Supplements & Ubat-ubatan. Sebenarnya sebagai seorang yang mempunyai latar belakang kesihatan atau spesifiknya Ahli Farmasi semestinya saya lebih mahir mengenai ubat, pengetahuan saya tidak mendalam seperti Ahli Nutrisi (Nutritionist) mahupun Ahli Dietetik (Dietition).

Namun kita semua sedia maklum secara umumnya nutrisi yang lengkap adalah penting untuk kesihatan badan secara menyeluruh. Bahkan terdapat satu jurusan khas yang dikenali sebagai ‘Nutritional Immunology’ mengkaji tentang perkaitan antara nutrisi & sistem pertahanan badan. Apabila badan kita kekurangan sesetengah nutrisi, sistem imunisasi badan kita akan menjadi lemah. Oleh yang demikian badan kita memerlukan constant supplies of nutrition.

Seperti kita sedia maklum, semua kehidupan di dunia ini memerlukan nutrisi yang lengkap, tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air serta garam mineral. Manakala haiwan memerlukan makanan & air malahan kita manusia juga memerlukan zat yang mencukupi dan lengkap. Ini merupakan kepentingan nutrisi, kerana nutrisi yang lengkap mengukuhkan sistem imunisasi badan kita dan juga memastikan tubuh kita berfungsi pada tahap yang optima.

Bagaimana untuk kita dapatkan nutrisi untuk keperluan badan kita?

               

Sebenarnya kita boleh memperolehi nutrisi daripada pemakanan seharian kita seperti keperluan karbohidrat, protein, vitamin & mineral. Namun demikian ada terdapat banyak faktor yang menyebabkan kita kekurangan sesetengah nutrisi dalam badan kita ataupun melebihi paras keperluan normal badan kita.

Bolehkah anda ingat bila kali terakhir anda makan makanan yang seimbang dari segi zat dan nutrisi? Atau bolehkan anda dengan yakin mengatakan anda selalu mengelak daripada mengambil makanan yang berminyak, tinggi kolestrol & tinggi alkohol?

Kebanyakan daripada kita hanya mengamalkan pemakanan sihat & seimbang apabila kita jatuh sakit seperti demam atau penyakit lain. Setuju?

Kebanyakan dan majoriti kini semakin ramai yang mengamalkan pemakanan tidak seimbang , tinggi gula, garam & lemak. Saya tidak katakana semua namun majoriti tidak mampu mengawal pemakanan mereka dan saya juga tidak terkecuali. Ini juga sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Pemakanan yang tinggi kandungan gula, lemak & garam kini menjadi the ‘leading factors’ atau punca utama peratusan penyakit kronik meningkat dikalangan orang muda. Jikalau dahulu penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi & jantung dikaitkan dengan sakit tua kini tidak lagi. Ini belum kita masuk mengenai obesity & penyakit kanser yang semakin meningkat peratusannya.

Erti kata mudahnya, keseimbangan nutrisi menyokong penyataan ‘PREVENTION IS BETTER THAN CURE’ atau Mencegah itu lebih baik daripada merawat.


Kenapa kita perlukan pemakanan tambahan atau ‘SUPPLEMENTS’ ?

Jikalau dahulu dengan latar belakang saya sebagai ahli kesihatan atau lebih spesifik sebagai Ahli Farmasi menyebabkan saya buta atau bodoh sombong untuk ambil tahu mengenai keperluan ‘supplements’. Oleh kerana background saya sebagai Pharmacist jugalah saya rasa tiada keperluan supplements ini kerana saya merasakan cukup dengan pemakanan. Malangnya saya masih tidak menjaga keseimbangan pemakanan saya, apatah lagi untuk ambil kisah pemakanan pesakit. Itulah yang saya kata bodoh sombong tadi.

Bila Mama saya sendiri ambil supplements saya merasakan satu pembaziran. Bila pesakit tanya jawapan saya mesti berbunyi begini;

“Tak payah makcik, minum je susu banyak, tak payah bazir duit beli supplements”

“Tak perlu pun supplements ni, propaganda sahaja”

Senang cerita saya tak faham fungsi supplements itu sendiri, sehinggakan saya menolak mentah-mentah supplements tanpa usul periksa atau mengkaji mengenainya.

Sehinggalah pada suatu masa saya mengkaji mengenai penyakit Alzheimer yang menemukan saya kepada kepentingan Vitamin E, Omega-3 & Resveratrol. Namun ketika itu saya masih percaya hanya dengan makan buah anggur saya boleh dapat kesan anti-alzheimer itu.

Alhamdulillah ketika terlibat secara tidak lansung dan melihat sendiri Kajian Klinikal Vitamin E  (Ekstrak Kelapa Sawit) untuk Stroke & Diabetes oleh prof saya , saya mula percaya tentang kepentingan supplements. Di situ minat saya terhadap supplements lebih kepada Vitamin E. Itu jugalah supplements pertama saya ambil untuk mengelakkan early onset of Alzheimer kerana saya punyai strong family background of Alzheimer.

Bermula dari situ saya mula nampak kepentingan & keperluan supplements.

Badan kita perlukan supplements untuk melengkapkan nutrisi seharian kita. Seberapa yakinkah kita bahawa nutrisi kita cukup lengkap untuk tubuh kita berfungsi secara optima dalam mencegah penyakit?  Pasti kita ragu-ragu bukan dan antara faktor kita kekurangan nutrisi penting dalam badan kita adalah kerana;

  1. ü  Pemakanan tidak seimbang.
  2. ü  Cara masakan kita yang membunuh zat yang tergandung dalam pemakanan kita.
  3. ü  Pencemaran terhadapan bahan makanan yang kita makan.
  4. ü  Penyakit yang menyebabkan nutrisi sukar di serap kedalam badan.
  5. ü  Penyalahgunaan dadah.
  6. ü  Pengambilan kafein berlebihan.
  7. ü  Pemilihan makanan tertentu sahaja.

Di sinilah fungsi Supplements yang paling utama iaitu melengkapkan kelompongan nutrisi dalam pemakanan seharian kita diperlukan.



Apakah Supplements dan apa bezanya dengan ubat-ubatan?

 
Persoalan ini sebenarnya bukanlah asing bagi saya. Ia bukanlah pertanyaan yang ‘rare’ dan saya sering ditanya mengenai perkara ini baik daripada keluarga, kawan-kawan, pesakit & pelanggan. Ramai tidak faham atau keliru perbezaan antara supplements dan ubat-ubatan. Malah ada yang tidak faham lansung apa sebenarnya itu supplements dan bagaimana ianya tidak sama sekali bertindak seperti ubat-ubatan.

Supplements terdiri daripada nutrisi keperluan badan antaranya; protein, vitamins & garam mineral. Ia bertujuan melengkapkan keperluan nutrisi kita seharian yang kita tidak dapat cukup hanya dengan pemakanan. Ianya tidak hanya di ambil semasa sakit sebaliknya lebih baik di amalkan sebelum kita di serang penyakit sebagai contoh;

Pengambilan kalsium oleh wanita untuk mencegah Osteoporosis (Tulang Rapuh)

Supplements tidak bertujuan untuk merawat, tetapi lebih kepada menyokong keperluan nutrisi sekaligus membantu badan kita berfungsi secara optima mencegah penyakit.

Ibarat tumbuhan yang memerlukan cahaya matahari & air secukupnya untuk tumbuh subur & mekar.

“Bagaimana pula dengan ubat-ubatan?”

Ubat-ubatan adalah bahan yang digunakan untuk tujuan rawatan. Ianya tiada keperluan sekiranya tidak bertujuan untuk merawat apa-apa penyakit. Penyalahgunaan ubat-ubatan boleh membawa maut namun sekiranya digunakan ikut keperluan ianya mampu merawat penyakit. Ubat-ubatan adalah penting dan tidak boleh sewenang-wenangnya diambil atau diberhentikan tanpa nasihat Doktor atau ahli kesihatan lain.

Kedua-duanya ini juga dikawal secara berbeza, dimana tidak seperti ubat, supplements secara umumnya adalah selamat sehingga dibuktikan tidak selamat. Manakala ubat-ubatan perlu dibuktikan selamat untuk digunakan oleh pesakit sebelum dikeluarkan di pasaran.

Antara persoalan yang saya sering dapat adalah;

“Adakah saya boleh berhenti mengambil ubat-ubatan hospital jikalau saya sudah mengambil supplements?’

“Adakah supplements selamat?”


Pertama sekali perlu diingatkan supplements tidak sama sekali merawat penyakit sebaliknya ia bantu lengkapkan nutrisi untuk bantu mencegah penyakit & memastikan badan berfungsi secara optima dalam melawan penyakit.

Sebagai contoh jika anda terkena jangkitan kuman, supplements tidak dapat membunuh kuman sebaliknya anda memerlukan antibiotic untuk melawan kuman-kuman tersebut.  Vitamin C tidak sama sekali membunuh kuman sebaliknya ia hanya membantu melengkapkan nutrisi untuk kekuatan imun sistem badan kita.

Oleh yang demikian supplements tidak boleh sama sekali menggantikan fungsi ubat untuk tujuan rawatan. Ubat-ubatan mempunyai kajian yang lebih ektensif dan jitu dalam melawan penyakit tetapi tidak supplements dan digunakan dalam rawatan.


Supplements juga secara umumnya adalah selamat melainkan tidak bersesuaian untuk diambil atau mempunyai kontraidikasi;

Sebagai contoh Pesakit Thalassemia tidak sesuai untuk mengambil supplements yang mempunyai ‘iron’ kerana risiko pengumpulan ‘iron’ dalam darah dan menambah buruk kepada penyakit thalassemia.

Supplements dan ubat-ubatan yang mempunyai KKM adalah selamat sehingga dibuktikan tidak selamat. Penting untuk anda memastikan supplements atau ubat-ubatan anda ambil itu berdaftar dengan KKM. Namun anda perlu juga tahu kategori supplement yang perlu berdaftar dengan KKM ataupun hanya terlibat dengan AKTA PEMAKANAN.

Oleh itu jadilah pengguna yang bijak dan cakna akan kesihatan tubuh badan anda!

ELYANA YAZMIN
Whatsapp : 0193378706
(Pharmacist by Profession)
Senior Supervisor & 
Founder of Magnificent Empire
Your Most Wanted
Shaklee Independent Distributor

Disclaimer:

Sebagai makluman kepada para pembaca dan pelanggan yang dihargai, Segala testimoni /penulisan tentang produk Shaklee yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala yang tercatat di blog ini adalah pandangan peribadi & ilmu saya sebagai Pharmacist dan tidak boleh di ambil sebagai rujukan. Ia juga tidak melambangkan pandangan keseluruhan profession saya.

Supplements merupakan alternatif kepada anda untuk menjalani hidup dengan khasiat lengkap hasil dari kajian mendalam. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.
Continue Reading