UBAT TAHAN SAKIT , DEXAMETHASONE, KASUT SKECHERS , INSOLE & IJMAL



UBAT TAHAN SAKIT , DEXAMETHASONE, KASUT SKECHERS , INSOLE & IJMAL

Kisah ni dah few days or some day around last week kot. Bila dekat komuniti ni banyak je kisah kisah, cuma kadang tak dan nak kongsi.

Sometimes i feel like i need to share jugak the story so that atleast that education part sampai to others indirectly or directly.

Now a bit hectic, sebab staff lama tinggal 2 orang, ada 2 new staffs. Volume orang datang pun increase tapi the 2 staffs is still under training.

So memang pagi tu rushing, i bukak shutter tak dan i angkat barang i dari kereta kedalam dah beratur orang menunggu.

So i perasan an indonesian couple waiting outside while entertain others, lepas dah setel diorang masuk last sekali.

And diorang actually nak check gula. Ikutkan kami dah stop sekejap check gula ni unless special cases. So lepas ask few questions i guess i need to check their glucose level.

Ternyata tinggi jugaklah. And dah dua tahun tak pergi follow up due to covid and everything. So ni mende common, i advice and refer to doctor. This session pun dah panjang lebar.

Tapi the story tonight bukan nak cerita pasal diabetic care.

So lepas dah setel everything , rasa dah bertenang. I thought i wanna go out and take my things from the care nak bawak masuk.

Sekali lagi the indonesian lady say sorry and nak tanya soalan.

She took out beberapa envelope ubat. Some from our farmasi, and some from another clinic.

So she was asking about dexamethasone, dia query ada satu malam dia nak beli ubat tapi we decline her steroid (dexamethasone) purchase.

She said she took that and lega selepas doctor bagi, and she wants that again.

Steroid usage long term ni if siapa follow i tahu i sangat particular and memang educate bab ni. Memang kami usually decline purchase , educate and mintak refer doctor.

I nak clarify and educate pasal steroid i believe my staff dah buat. So instead jump terus kat steroid awareness i tanya dulu issue dia apa, the reason why dah berbulan - bulan almost a year bergantung ubat tahan sakit & steroid.

So issue dia the punya ankle swolen and the problem lies actually sebab dia dapat kerja baru which needs her to walk and stand for more than 8 hours / day.

Definitely akan bagi burden to her ankle and foot.
Check BMI slightly overweight.
Bila tanya kasut yang digunakan for the whole working time memang nipis and not suitable sangat for work sebab dia macam kasut biasa.
Not even sneakers.

So issue dia bukan nak selesaikan sakit sekejap,  but issue dia to prevent sebenarnya.

Sampai bila nak bergantung ubat tahan sakit & dexa?
Solution suruh cucuk steroid and pain killers pun hanya selesaikan masalah sementara.

It doest address the real issue why the pain exist.

So selain bab ubat i explain, i suggest few other things sebab prevention is definitely better.

So i bagitahu, if makan dexa or pain killers pon, itu hanya temporary solutions yang if tak kawal it might risk her health further down the road.

So selain pharmacotherapy, i suggest alternative lain and i really hope if korang ada sesiapa yang alami mende ni tolong alert or maybe you yourself ada problem ni.

Bila ada masalah macam ni selain ubat kena address the underlying issues.

Bukan suruh dia tukar or berhenti kerja ye tapi more of suggest ways non-pharmacotherapy (bukan ubat) to ease her working days;

1. Foot care after work- i suggest after long hours at work.  Balik tu macam everyday or 2-3 hari sekali rendam kaki tu dalam satu besen air suam and boleh letak epsom salt. Ni adalah to relax the ankle area selepas seharian ankle to tambung badan kita berdiri.

2. Rest & Relax - masa kerja maybe every 1-3 hours tu  regangkan otot ankle tu dengan buat simple movement. Tahu tak macam mana? Ah DM la kalau nak tahu gane 😂 basically bagi kaki tu rehat rehat regang skit.

3. Weight - maybe boleh reduce weight sikit (slowly but surely) atleast near or normalize the BMI. Susah but if dapat turun 1-2kg pun akan lift up the burden dekat kaki kita.

4. Ankle support - ni bagus untuk grip pergelangan kaki kita yang tengah sakit jadi makin sakit. So it restric sikit pergerakan ankle yang secara sudden. Aku nak explain pakai taip ni payah betui 🤣

5. SHOES @ INSOLES! - i cakap, invest sikit dekat kasut kerja yang ada ciri ciri medical sikit OR if taknak beli kasut beli insoles (tapak) yang sesuai (ada dekat farmasi). So i showed her a few; medifeet, ijmal, & skechers, i think banyak lagi tapi masa kat luar th itu je la i terfikir. I cakap mahal sikit, but it is good for your feet long term. Sometimes i bersyukur jugak kerja kedai kasut aunty carol so i do know a bit regarding shoes.

Ubat is ubat. 
Tapi if tak selesaikan underlying issues tak guna jugak. Ubat tahan sakit & steroid is not for prolong / chronic use.

So, last tu memang i tolong dia search kat shopee, i bawak keluar jugak insole yang ada kat farmasi.
Cuma insole yang i ada tu from US, so the price is like baik ko beli kasut 😂 (mesti orang kata aku bodo tak tolak barang aku 🤣)

Tapi i simpan sebab ada yang prefer tukar tukar kasut, insole tu memang gunting ikut kaki kita so boleh insert dalam which ever kasut kita ada despite kasut tu takde medical feature. So if letak insole tu still support our foot.

So i tolong dia search dalam shopee and suggest few shops yang ada kasut gitu.

Cuma yang i terlepas pandang  nak share is regarding supplements yang boleh bantu kurangkan radang like fish oil/vitamin E for the nerves.

And also pelbagai jenis koyok.

So yes, being in community pharmacy is not just about ubat je, ada banyak suggestions lain.

People datang farmasi from all kinds walk of life.

Tapi nak consult macam ni, sometimes ada kekangan masa. Masa i consult this patient pon dekat luar (parking depan farmasi), dah few keluar masuk kat farmasi. I nervous ye sebab staff baru tapi mujur my PA ada pengalaman kerja farmasi 10 tahun boleh tolong backup i.

Thats why i ambil masa nak train staffs yang boleh deliver. Sebab i need them to be able to deliver the same. Tapi diorang memang kena minat la nak tolong public, bila minat baru ada rasa nak belajar and bantu orang.

Jadi i share sini, so that atleast korang dapat rough idea what to do selain beli ubat. Or maybe kot la ada pernah mai farmasi i tak dan explain gini.

If ada kawan farmasi or anybody nak tambah please do share dekat komen. I want to learn more too.

Sekian coretan i.
Banyak lagi nak cerita tapi itulah, nak cerita ni kadang ambil masa nak taip balik.

Nak live pun takut banyak gangguan.
But i try my best to spend tine whenever i can to write it down so that atleast boleh jadi reference not only to others actually but myself too in the future.

Sebab kadang i tak sempat explain, so i share link posting posting lama i.

Sekian,
Elyana Yazmin
A community pharmacist dekat sebuah tempat terpencil di Segamat 🤣

#FarmasiYayasan

Additional info:
- since takut ada diabetic. Foot care sangat crucial for this lady. So i memang ada add sikit jaga part elak luka, and if luka what to do. Tapi brief je sebab my focus is her ankle yang always sakit.
Continue Reading

NUTRISI UTAMA MENJADI RAHSIA ‘DEFENCE’ HERO KIDDO | Elyana Yazmin







✅ ELDERBERI





Elderberi disediakan daripada beri hitam paling ranum, pokok renek yang tinga di Eropah. Elderberi kaya dengan antioksidan yang menyokong Kesihatan imun.


✅ VITAMIN C




Vitamin C adalah sejenis vitamin penting. Buah dan sayer, termasuk ceri, oren, limau gedang, kiwi dan lada Merah adalah sumber terbaik.


✅ VITAMIN D




Vitamin D adalah Vitamin larut lemak. Badan boleh menghasilkan Vitamin D apabila terdedah pada cahaya matahari. Vitamin D juga boleh didapatkan daripada makanan. Cendawan dan lemak ikan seperti Salmon, Tuna dan Tenggiri adalah sumber terbaik Vitamin D. Vitamin D juga ditambah dalam makanan, termasuk sararan bijirin dan jus oren, yogurt, marjerin dan minuman soya.


✅ ZINK




Zink adalah mineral penting yang terdapat daripada pelbagai makanan. Daging Merah, tenusu, makanan laut, bijiran sarapan pagi adalah sumber terbaik.



Sesuai untuk semua!







Untuk tempahan awal produk serta konsultansi percuma, boleh terus hubungi El disini;


019-3378706

019-3378706

019-3378706


Atau klik link;

http://elyanayazmin.wasap.my


InsyaAllah El akan guide dan consult you mengikut keperluan dan yang terbaik untuk you.


Your TRUSTED SID,

ELYANA YAZMIN


✨ COD Segamat EVERYDAY

✨ Postage SETIAP HARI seluruh malaysia, brunei, singapore, arab saudi dan worldwide.

.

#ShakleeSegamat #ShakleeAmpang #ShakleeCyberjaya #ShakleeBrunei #ShakleeSingapura #Shaklee #HeroKiddo

Continue Reading

BAGAIMANA ELDERBERI MENINGKATKAN IMUNISASI BADAN I ELYANA YAZMIN

Assalamualaikum & Hi semua, apa kabar?
Hopefully semua dalam keadaan baik Sahara, Insyaallah.
 
Hari ni El nak berkongsi sikit mengenai Elderberi, iaitu sejenis buah-buahan yang kaya dengan antioksidan dan bagaimana ia membantu kita dalam meningkatkan imunisasi badan kita. Almaklumlah musim pandemik dan endemik ni semua mula sedar akan kepentingan untuk tingkatkan imunisasi badan kita. Macam-macam kita boleh ikthiarkan dan yang paling famous semestinya seperti Vitamin C, Habbatussauda, Tiger Milk dan macam macam lagi. Tak ketinggalan juga ekstrak eldeberi atau elderberi itu sendiri.
 
Untuk makluman anda semua, manfaat elderberi ni dah pun di ketahui secara meluas di negara eropah dan banyak diamalkan mereka untuk kesihatan menyeluruh. Walaupun tiada satu bahan yang boleh merawat semua atau kata mat salleh;  ’there is no one-size-fits-all remedy for illness’, tetapi buah eldeberi di percayai antara sumber semulajadi yang amat baik sebagai penawar apa jua masalah kesihatan.
 
Betul ke?
Menurut WebMD; Eldeberi adalah antara bah-buahan yang sangat baik untuk ‘healing’ atau rawat secara semulajadi.
 
Terdapat banyak manfaat kesihatan buah elderberi kerana sifat antioksidannya seperti; 
✅ Meningkatkan daya imunisasi badań (Immune Booster)
✅ Mengurangkan Keradangan
✅ Mengurangkan stress
✅ Bagus untuk kesihatan jantung
 
Hal ini kerana, buah elderberi bukan sahaja mempunyai kandungan polifenol, ia juga mengandungi flavanol, Vitamin A, B dan C.
 
Terdapat banyak kajian telah membuktikan bahawa Elderberi adalah buah-buahan yang sangat bagus untuk memberikan peningkatan terhadap sistem imunisasi badan kita. Malah ada sesetengah pakar jugak mengesyorkan eldeberi untuk ‘prevent’ dan mempercepatkan proses melegakan simptom demam dan selesema.
 
Antara fungsi dan kebaikan pengambilan Elderberi untuk kesihatan imun ini adalah;
✅ Badan akan jadi lebih kuat melawan infeksi
✅ Kurang terdedah kepada jangkitan atau penyakit
✅ Simptom yang ringan apabila sakit
✅ Pemulihan berlaku dengan cepat
 
 
Jom kita tengok 4 cara bagaimana Elderberi ini bantu dalam meningkatkan imunisasi badan kita;
 
 
 
 
 
 
#1- MENGHALANG
Kandungan polifenol dan zat lain dalam buah elderberi mampu untuk menghalan keupayaan virus untuk melekat dan memasuki sel yang sihat. Oleh itu kita tak mudah jatuh sakit dan andai kita jatuh sakit tempoh untuk sembuh juga akan lebih cepat.
 
 
 
 
#2- MENINGKATKAN
Kandungan polifenol dan zat lain dalam buah elderberi mampu untuk meningkatkan pengeluaran sitokin yang memainkan peranan penting dalam tidak balas imun terhadap virus. Lebih banyak sitokin terhasil, lebih kuat sistem imunisasi kita melawan pencerobohan virus. Oleh itu ia membantu proses penyembuhan kita.
 
 
 
#3- MELINDUNGI
Elderberi secara amnya mampu untuk melindungi sel-sel imun dari kerosakan radikal bebas dengan sifat antioksidannya. Bakteria atau virus yang masuk ke dalam sel badan kita akan ‘induce’ atau mengaktifkan sistem pertahanan atau imunisasi badan kita untuk melawan bakteri dan virus tersebut. Semasa proses ini terjadi, terdapat peningkatan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel  pertahanan badan atau imunisasi kita. Oleh sebab itu, pengambilan antioksidan semasa berlaku jangkitan atau keradangan membolehkan badan kita sembuh dengan lebih baik kerana sel-sel imunisasi badan kita di lindungi oley antioksidan dari serangan radikal bebas.
 
 
 
#4- MERANSANG
Pengambilan Elderberi membekalkan nutrisi penting yang mampu untuk meransang tindak balas imun terhadap jangkitan yang telah berlaku. Ia merancang penghasilan sel -sel yagn terlibat dalam tindak balas imunisasi. Hal ini membolehkan bila kita dijangkiti kita akan sembuh lebih cepat berbanding tanpa pengambilan apa apa jenis antioksidan.
.
.
 
Jadi itulah secara ringkas bagaimana Elderberi membantu dalam meningkatkan imunisasi badan kita. Sebab itu orang selalu cakap kita perlu amalkan pemakanan yang seimbang dari segi sayuran, buahan, dan juga makronutrien lain seperti karbohidrat, lemak dan protein. Malah sangat digalakkan untuk mengambil sayuran dan buahan dari pelbagai warna, kerana buahan yang ada warna ini selalunya kandungan polifenol dia tinggi contohnya; Elderberi, Purple Carrot dan sebagainya.
 
Nak tak kalau El kongsikan bagaimana kita boleh dapatkan manfaat Eldeberi ni?
 
Selain pengambilan terus buah eldeberi, kita juga boleh dapatkan supplements atau makanan tambahan yang mengandungi Ekstrak Elderberi ni tadi.
 
Macam El dan keluarga sendiri dapatkan manfaat Elderberi ni secara mudah antaranya melalui pengambilan;
 
VIVIX-dewasa
Hero Kiddo - untuk kanak-kanak dan dewasa
 
 

 

Love,

 

 
 
Continue Reading

Gummy Sedap Sihat untuk kanak-kanak | Elyana Yazmin





Hero Kiddo mempunyai kombinasi nutrien yang kaya dengen antioksidan yang memberikan rasa enak, rasa ceri semulajadi berbentuk beruang getah yang kanak - kanak sukai. 


Ia dipenuhi dengan Vitamin C dan D, Zink dan ekstrak elderberi yang menyokong kesihatan.


Menyokong kesihatan samba menikmati keenakan dan memberi keceriaan! 

Ibu pun such!


RP: RM161.25

DN: RM129

90 gummies/Bottle


SIAPA PERLUKAN HERO KIDDO?

Both kanak kanak dan juga dewasa.

Ibu Hamil

Perokok

Yang tak suka telan pil

Warga emas


KEISTIMEWAAN HERO KIDDO






Enak, rasa ceri semulajadi dalam bentuk menasik.

Dipenuhi dengan nutrient (Vit C, Vit D, Zink & Ekstrak Elderberi.

Kepekatan Elderberi yang tinge (64:1) setiap hidangan.

Vitamin C yang tinggi (210mg/hidangan)

Non-GMO, tanpa Gluten, Tanya soya, vegan.

Tiada perisa Tiguan, remains atau pengawet tambahan.

Tiada sirap Tagung, diperbuat daripada pektin.

Disahkan HALAL Certified ole Badan Halal Motreal Certification - Diiktirah oleh JAKIM.


NUTRISI UTAMA KUNCI KEPADA ‘DEFENCE’ HERO KIDDO


ELDERBERI

Elderberi disediakan daripada beri hitam paling ranum, pokok renek yang tinga di Eropah. Elderberi kaya dengan antioksidan yang menyokong Kesihatan imun.


VITAMIN C

Vitamin C adalah sejenis vitamin penting. Buah dan sayer, termasuk ceri, oren, limau gedang, kiwi dan lada Merah adalah sumber terbaik.


VITAMIN D

Vitamin D adalah Vitamin larut lemak. Badan boleh menghasilkan Vitamin D apabila terdedah pada cahaya matahari. Vitamin D juga boleh didapatkan daripada makanan. Cendawan dan lemak ikan seperti Salmon, Tuna dan Tenggiri adalah sumber terbaik Vitamin D. Vitamin D juga ditambah dalam makanan, termasuk sararan bijirin dan jus oren, yogurt, marjerin dan minuman soya.


ZINK

Zink adalah mineral penting yang terdapat daripada pelbagai makanan. Daging Merah, tenusu, makanan laut, bijiran sarapan pagi adalah sumber terbaik.


KANDUNGAN HERO KIDDO

70mg Elderberi

210mg Vitamin C

15mcg Vitamin D

3mg Zink


Semua menyokong kesihatan badan.


Continue Reading

PROMOSI SHAKLEE OGOS 2021!



Assalamualaikum & Hi,

Bulan Ogos ni merupakan bulan kemerdekaan buat kita, rakyat Malaysia. Alhamdulillah sempena bulan istimewa ini, pihak Shaklee Malaysia sekali lagi menawarkan promosi-promosi menarik yang semestinya sentiasa dinanti-nantikan oleh pengguna setiap produk keluaran Shaklee.


Alhamdulillah kali ni ada 3 promosi istimewa yang telah disediakan. Sudah pasti ianya lebih menarik dengan penjimatan berganda. Apatah lagi ianya khas untuk kita semua yang sangat menitikberatkan untuk memperoleh tahap kesihatan yang lebih baik serta penjagaan kulit wajah yang lebih diyakini.

Apatah lagi di zaman pandemik ini, terlalu banyak tekanan yang mungkin kita alami, tidak kisah kita berada dalam golongan yang mana. Semua sudah mula merasai bahang dan keresahan yang seperti tiada jalan penyelesaian ini.

Mana kita yang bekerja pada masa sama perlu menguruskan rumah dan anak-anak, perlu menjadi guru. Guru-guru juga turut tertekan yang mana nak sediakan material yang terbaik pada masa sama ada urusan rumah yang perlu mereka uruskan. Allah kalau nak dibuka cerita sebenarnya ibarat kata mat salleh;

'We might not be in the same boat, but we are in the same storm'

Jadi sekiranya anda adalah seorang ibu atau wanita bekerjaya yang yang sedang berhadapan dengan tekanan atau 'stress' untuk menggalas tanggungjawab serta tekanan seharian yang ada mungkin promosi yang shaklee tawarkan ini boleh membantu anda.


Almaklumlah kadang-kala kita boleh tertekan dengan pelbagai perkara mengikut situasi masing masing. Mana nak menggalas segala tanggungjawab yang ada dan berusaha untuk berikan sebaik mungkin.

Namun, dalam kita hendak memberikan yang terbaik, amat penting untuk kita jaga juga kesihatan kita, kerana kesihatan itu mahal harganya. Andai anda merasa lesu dan tidak bersemangat, mempunyai masalah berat badan dan masalah penghadaman serta mengalami masalah kulit wajah, ini adalah peluang terbaik untuk anda mula ubah situasi anda.


Peluang untuk melakukan transformasi diri untuk menjadi lebih sihat, bertenaga, semangat dan gembira mengharungi hari hari yang kian mencabar ini.

Dengan setiap pembelian set promosi bulan ini, anda bukan sahaja dapat keahlian secara percuma dan kos penghantaran percuma, malah anda juga akan dapat mug eksklusif daripada shaklee dengan design yang sangat menarik atau baucer bernilai RM30 (mengikut terma dan syarat).

Malah percayalah promosi ini jauh lebih menjimatkan dan ianya jauh lebih menguntungkan pihak anda!

Jom rebut dan dapatkan promosi ini segera ;


Continue Reading

TEST KIT COVID-19 MALAYSIA : KETEPATAN RTK - ANTIGEN TEST COVID-19 ?



Ujian RTK - Antigen ni sebenarnya bukanlah perkara baru, sejak 2020 RTK-Antigen test dah pun ada di Malaysia dan digunakan untuk tujuan saringan atau 'massive screening'. Cuma baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada mengumumkan tentang penggunaan RTK- Antigen sebagai ujian kendiri di rumah untuk semua rakyat Malaysia. 

Apatah lagi kini ujian RTK-Antigen atau Test Covid-19 kendiri ni boleh menggunakan hanya Saliva atau air liur yang mana mudah untuk dilakukan oleh mereka yang bukan dari golongan kesihatan.

Kini Ujian atau RTK - Antigen test Covid-19 boleh di dapati di mana-mana farmasi atau fasiliti kesihatan swasta dan sangat penting untuk orang ramai faham prosedur menggunakannya dan langkah yang perlu diambil setelah dapat keputusan ujian tersebut.

Tepatkah ujian yang dilakukan sendiri atau secara kendiri ni?
Apa yang bakal mempengaruhi ujian
Macam mana nak tahu test covid-19 ni bagus, reliable atau tidak?
Kalau ujian kendiri test covid ni positif apa perlu kita buat?

Kit Ujian Kendiri COVID-19 ni digunakan sebagai ujian saringan yang kita boleh lakukan sendiri. Ianya mudah dan boleh membantu dalam saringan awal, dan mengelakkan penularan wabak covid-19 ini tanpa sedar kerana kita mudah untuk saring diri sendiri dirumah.



Kit ujian kendiri ni TIDAK SAMA dengan ujian diagnostik RT-PCR (Real Time Reverse-Transcription Polymerase Chain Reaction). RT -PCR merupakan ujian pengesahan dan ia adalah UJIAN RASMI atau GOLD STANDARD. 


Boleh rujuk entry ini untuk faham beza jenis jenis ujian test covid-19:
https://bit.ly/perbezaantestcovid19elyanayazmin

Namun begitu ianya masih boleh digunakan pakai dan 'reliable' untuk kita gunakan kerana ia mempunyai kelebihan untuk mengesan status Covid-19 individu dengan cepat dan mudah. Ianya juga jauh lebih murah dalam lingkungan harga RM35-60 (terikini) untuk kita gunakan untuk saringan.

Setiap ujian juga mempunyai 'accuracy' dan 'sensivity' yang diterima oleh KKM. Jadi ianya boleh dipercayai dengan syarat dapatkan kit yang ada MDA approval. 

Kit Kendiri untuk test covid 19 yang kita boleh gunakan mestilah yang telah mendapatkan rekomendasi dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Hal ini penting untuk memastikan kita menggunakan kit test covid 19 kendiri yang bagus kualitinya dan selamat untuk kita gunakan.



Senarai Ujian Kendiri atau Test Covid-19 yang telah mendapat kelulusan MDA boleh disemak dari masa kesemasa di sini:
https://bit.ly/elyanayazminTestKitCovid19MDAapproval

Antara kriteria penting untuk kita menggunakan Kit Ujian Kendiri Covid-19 adalah untuk digunakan;
  • Sebagai saringan kendiri oleh mana-mana individu yang nak tahu status Covid-19 masing-masing.
  • Individu yang mempunyai kontak dengan kes Covid-19 atau ada kontak dengan merekan yang positif Covid-19.
  • Saringan-saringan lain yang bersesuaian seperti tujuan kerja, merentas daerah atau negeri dan lain lain.
Perkara utama yang perlu dipastikan adalah kit ujian kendiri yang kita beli mestilah yang dah diluluskan oleh MDA.

Cara-cara pengunaannya adalah mengikut jenama tapi prinsip asasnya sama. InsyaAllah saya akan terangkan dalam entry yang lain dengan lebih terperinci.

Setelah mendapat keputusan dari kit ujian sangat penting untuk kita tahu bagaimana untuk melaporkannya dan apa langkah-langkah yang kita perlu ambil bergantung kepada keputusan atau result ujian yang kita lakukan.

Sangat penting untuk kita berada dalam keadaan tenang dan TIDAK PANIK.

Ujian kendiri juga perlu dilakukan dengan mengikut tatacara yang betul untuk mengurangkan risiko keputusan 'false negative' atau 'false positive'.

Berikut adalah Carta Alir Ringkas yang tuan puan boleh rujuk:

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


Semua keputusan ujian kit kendiri Covid-19 sama ada positif, negatif atau invalid perlu dilaporkan di secara 'self-reporting' di dalam aplikasi MySejahtera. Sebagai pengguna kita WAJIB membuat pelaporan yang betul dan benar dan tidak cuba untuk memalsukan keputusan ujian bagi mengelakkan implikasi jangkitan kepada orang lain.

Langkah-langkah pelaporan yang lebih terperinci juga akan saya kongsikan dalam entry yang lain.
InsyaAllah.

NUR ELYANA YAZMIN
Ahli Farmasi Komuniti
Rph 11116
Farmasi Yayasan
(Farmasi Zest Sdn Bhd)

Rujukan:
1. Annex 4g, Garis Panduan Penggunaan Kit Ujian Kendiri Covid 19


Continue Reading

TEST KIT COVID-19 MALAYSIA : PERBEZAAN RTK-ANTIGEN DAN RT- PCR



Apa beza RTK-Antigen dan RT-PCR ?

Semenjak Covid-19 melanda negara kita ni, dah macam macam persoalan El terima baik di farmasi atau pun yang bertanya terus melalui whatsapp atau facebook. Antara soalan yang kerap ditanya adalah perbezaan test atau ujian untuk mengesan covid-19.

Hari ni El nak luangkan sedikit masa untuk share mengenai dua jenis ujian covid atau 'test covid-19' yang ada di negara kita Malaysia. 

RTK ni sebenarnya singkatan bagi 'Rapid Test Kit'. Ia adalah ujian 'on the spot' yang dilakukan secara terus dan kita boleh dapat keputusan ujian itu dengan cepat lebih kurang dalam masa 15 minit.

Sebenarnya terdapat dua jenis RTK iaitu RTK Antigen dan RTK Antibodi.  Cuma buat masa sekarang nih, hanya RTK - Antigen sahaja yang digunakan untuk mengenalpasti jangkitan awal COVID-19. Manakala RTK Antibodi tak disarankan bagi fungsi saringan awal.

RTK Antigen adalah ujian swab hidung dan tekak atau air liur manakala RTK Antibodi pula adalah ujian darah. 


Untuk makluman RTK-Antigen hanyalah digunakan untuk saringan sahaja, untuk pengesahan ujian confirmation atau ujian pengesahan melalui RT-PCR perlu digunakan. 

RT-PCR adalah ujian pengesanan dan pengesahan covid-19 yang diiktiraf dan ia merupakan GOLD STANDARD atau UJIAN RASMI dalam ujian saringan dan pengesanan covid-19 kerana ketepatannya yang tinggi.

Oleh sebab itu, jika keputusan RTK Antigen kita adalah positif, kita masih perlu melakukan RT-PCR.

Sumber: Google

RT-PCR pula adalah ujian swab hidung dan tekak yang mana doktor melakukan 'sampling' , ujian dan menghantar sample tersebut ke makmal. Hanya makmal sahaja yang boleh mengeluarkan keputusan RT-PCR ni. Ia melibatkan beberapa steps sebelum result dapat di perolehi.

Ujian ini secara amnya akan siap dalam masa 24-72 jam bergantung kepada kepadatan atau lambakan 'que' ujian yang ada di makmal di Malaysia. Jika nak dibandingkan secara ringkas dengan RTK-Antigen,ujian PCR mengambil masa yang lama dan harganya lebih mahal. 

Kalau dahulu ujian RTK-Antigen hanya boleh di buat di klinik-klinik, kini ujian RTK-Antigen sudah boleh dilakukan secara kendiri di rumah masing-masing dengan hanya menggunakan saliva atau air liur, nasal swab atau kedua duanya sekali.

KKM juga telah mengemaskini garispanduan ataupun guideline dalam pengurusan KIT UJIAN KENDIRI COVID-19.

Semoga membantu.

NUR ELYANA YAZMIN 
Community Pharmacist
Rph 11116
Farmasi Yayasan, Segamat.
(Farmasi Zest Sdn Bhd)

Continue Reading

PART 2 : The Pain, The Uncertainties & The Emotion Roller Coaster Ride 👣




✅ Warded 01072021 to 06072021

Such a confusing week for me sebenarnya sebab macam emosi turun naik.

Sekejap confirm operate.
Sekejap postponed sampai nurse & ppk yang bagi makan pun pening sekejap kena puasa sekejap tak payah puasa.




I lagi lah pening…
Ingat confirm dah operate 2hb sebab macam ye ye je operate, dah puasa masuk air.

Mental dah ready ni sekali dia kata kita postponed 😅

Dalam pada postponed tu kan?
Nak tahu tak hopes nak ada normal pregnancy & the fetus survive tu makin menebal. Apatah lagi bleeding reducing.

I was like aku sebenarnya ok ke tak ni?
Can i actually turn out ada normal pregnancy, and the pain is there but reducing?

Sakit masih ada but reducing trend.
If gerak banyak, or buat kerja fokus baru sakit datang teruk + darah banyak. Otherwise sakit tu masih boleh tahan and darah not so much. Instead of pad panty liner pun dah ok.

Masa ni harapan untuk dapat baby no 3 tu macam terbit. Eventhough terkejut upt positive and we didnt expect it tapi bila i tengok postive je my hope goes up because i dont mind to have a third one.

But unfortunately beta hcg level is going down, and they cant rule out ectopic, tak boleh jugak locate where is it. 

PREGNANCY WITH UNKNOWN LOCATION (PUL) dengan reducing trend of hcg signs of FAILING PREGNANCY. 

So the only parameter diorang boleh rely on is the beta hcg level.

Ada pakar macam insist nak OT, ada yang rasa tunggu ada better confirmation like sakit amat/bleeding banyak baru go in. I follow je la plan diorang, not my expertise pun. They know better.

Darah ni dah berbelas belas tiub diorang ambil untuk testing. 

The kantung either too small/dah rupture tapi tak nampak free fluids ke apa ntah diorang cakap so memang tak boleh confirm mana. 

So they only can monitor beta hcg & stat OT if pain score naik + heavy bleeding.

Their main concern is the unknown location of the kantung. Ye memang tkde keluar anything weird, so lagi blur.

Masa ni tak tahu nak doa macam mana sebab hari hari puasa standby masuk OT.

I sampai tak berani nak rasa sakit kot tetibe masuk OT, dia bukan apa sebab rasa macam aku tak jumpa mak ayah, tak jumpa anak. 

Masuk OT tu seram oi, sebab my previous major surgery complications dulu masa bersalin adik. Apatah lagi bila doktor kata memang laparoscopic tu not an option due to my high risk for emergency open surgery tu.

So diorang akan terus opt open surgery. Entah lah diorang. Tapi teringat sejuk gila bilik OT memang rass meremang bulu roma.

Masa ni zikir je la sebab rasa banyaknya lagi nak baiki sebagai hambaNya 😭

Allah…tawakal je la.

Beta hcg turun.
Tapi turun pada paras masih tak selamat.m

Habis my surgery/op noted diorang trace balik and study to prepare incase kena go in. Yeee sebab 2017 tu memang ada few complications, blood loss, transfuse darah and macam macam lah lagi.

So diorang tak boleh rule out ectopic, tak boleh jugak cakap normal pregnancy - it is unknown location.

Ubat kuatkan rahim pun diorang tak bagi sebab risk of ectopic masih ada. So im a bit sedih, means i tunggu and lalui je la proses ‘miscarriage’ tu.

Over almost 1 week, agaknya hospital bed pun penuh and tengok pain i dah ok skit and i dah boleh jalan tegak sikit, boleh la discharge.

Setiap hari tukar orang dekat wing i, i je setia lama dekat situ 😅

Akhirnya doktor discharge tapi dengan syarat sama;

✅ Repeat beta hcg level 07072021
✅ TCA o&g 08072022
✅ Repeat TV Scan ( scan bawah)
✅ STAT hospital if heavy bleeding + pain score increasing.

—-//



✅ 07072021 - 08072021
Im still in pain on off, i had worst pain before and tahan without pain killers so setakat sikit skit ni i dont mind. 3 doktor cakap perkara sama my pain threshold sangat tinggi, which worries them. 😂

Malam tu husband teman ke hospital, they took blood samples.



The next day on 8th repeat scan, unfortunately darah ambil malam sebelum diorang lupa inform lab tech run urgent. End up 10.30am baru nak run, darah ambil masa paling cepat pun 2-3jam results. So they ask me to go back and they will call sebab i dah ada since morning till noon.

That evening i got a call, hcg reducing tapi masihhlahhh belum kira selamat sebab the reducing trend is so slow.

Maka bermulalah episode kena ambil darah repeat beta hcg and i hope pagi ni LAST lah dah and selesai la bab ni and boleh conclude and tutup file ni.

I still ada pain sikit sikit, now i mula pantang makan bila i macam sah terima hakikat im loosing this pregnancy.

Nanti i share dia punya protocol bila kes kes lokasi pregnancy tak tahu mana ni.

Tapi inilah antara pengalaman tak akan dilupakan, sebab i mula study new condition yang i tak pernah ambil port sangat.

All i can say ada hari rasa macam sedih sangat, it means im loosing the pregnancy yang i hope miracalously become a normal pregnancy.

Certain days it breaks my heart that it means im loosing the pregnancy as it is faillings apatah lagi bila bleeding makin increase lepas i dah discharge (not alarming sampai need emergency attention).

Certain days rasa macam, takkan ini je aku boleh buat? Duduk and tunggu? 

Ada certain hari, aahhh setel je la semua ni i nak jumpa anak anak i.

But as the bleeding increase i know i need to prepare emotionally and mentally if finally doctor conclude and says that my hcg level is dropping to a safe level and my pregnancy memang dah fail.

If its ectopic,  body i akan resorb balik.
If its in the womb it will come out with the blood.

Nothing much as its too early for them to detect.

As for today, i wanna setel the blood taking and hopefully the result can conclude terus this part of the case and i can move on for the other concern yang diorang discover during my checkup in hospital.

Im gonna take this one by one, as for the pregnancy part - failling/miscarriage what ever the term is.

Alhamdulillah, i think im at peace with it.
Belum rezeki, cuma the pain, the waiting & uncertainties really taking toll on me but i believe Allah knows best and i will come out stronger after this.

Most importantly, im getting better and better.
Itu satu kesyukuran, and i cant wait to have my kids back by my side.

I want to be able melasak balik macam biasa. Or maybe its a sign that Allah nak bagi;

“Take it easy Elyana Yazmin”

Allahualam…

All i know now… i wanna recover fast for my kids.
Handling them while im in pain breaks my heart. I wanna be healthy for them.

Mama rindu naim & adik, kadang tak sanggup nak video call sebab mama tak tahan sebenarnya sedih.

InsyaAllah today i believe we can finally put part if the journey in the past and its gonna be a better day.

Hal lain, itu nanti one by one kita setelkan, InsyaAllah 😘
Continue Reading

THE PAIN , UNCERTAINTIES & EMOTION ROLLER COASTER RIDE 👣





Im not sure if im clear dah from this episode but i really hope i can put this part in the past and come with total peace with it.

Tq, terima kasih untuk semua yang mengirim doa, kata semangat, call tanya kabar sepanjang tempoh ni. Ikutkan nak diam diam je tapi itulah makin ramai pulak tahu sewaktu tempoh warded tu agaknya menyampai nyampai. Moga Allah berikan kebaikan buat semua.

Syukur alhamdulillah i would say i am recovering slowly, since mid june till now rasa macam non stop sebenarnya. Those days yang sentiasa dalam rasa sakit, sampaikan nak berdiri tegak tak boleh rasa macam lepas czer. Sakit yang amat sangat yang kemudianya baru sedar i am pregnant 5 weeks plus tanpa sedar dengan alarming simptom seakan ectopic pregnancy (kandungan luar rahim) yang ku sangka angin.

Semuanya i tak tau lah bermula bila, tapi everything rasa tak kena dengan badan since kes durian mid june lepas;

✅ Week : 13062021 - 17062021
Minggu yang mencabar sebenarnya, petang 13hb tu teringin makan durian. Maghrib tu makan durian 7 ulas, tak lama lepas tu terus berpusing kepala dan perut rasa penuh angin. Malam yang sama pitam 2 kali jatuh terletang.

Banyak cerita trauma malam tu, tapi esoknya dan lusa terus tak boleh bangun. Rasa penuh perut dengan angin, hujung bahu rasa kena paku. Bila cuba bangun jadi sesak nafas, rasa tepi dua dua bahu macam kena tarik. Serious sakit sangat sangat sebelum regain balik energy and berjaya lawan sakit and angin dah lepas baru mula beransur ok.

Weekend tu hari jumaat/sabtu tempat czer mula makin sakit. Rasa pelik sebab dah nak seminggu masih tak ok. Period pun pelik datang awal,padahal tak sampai 2 minggu lagi dah datang balik. 

Pergi klinik, doktor just cakap angin. I request mintak scan area czer yang macam makin sakit and tanya tentang kepala sebab malam tu dua kali jatuh kepala hentak lantai, taknak scan katanya tak perlu, angin. Bila tanya period pelik, dia kata hormon.

So just dapat omeprazole. Aku tak puas hati sebab memang sakit, and i know my body. 

Ada cerita kat sini;

https://www.facebook.com/1348358974/posts/10227142678816678/?d=n

✅ Week : 18062022 - 27062021
Minggu ni rasa badan tegap sikit, tapi pain still ada. I dont take any pain killers sebab nak bagi perut rest. Mula jaga timing makan + apa yang dimakan sebab trauma kena angin & gastrik lagi sampai pitam. Tapi memang tak boleh lasak, akan rasa sakittt sangat kat tempat czer. Weird and i mula text the a doctor yang i rasa trust sikit tanya if boleh tolong scan my czer area. 

✅ Day 28062021 - Excruciating Pain macam kena induce 😭

The whole dah i was busy doing photoshoot for Wellness By Elyana Yazmin punya produk, so i texted the doctor. Supposedly nak jumpa doktor yang i arrange tu, but klinik dia tutup. So plan to go the following day 29th tapi magrib tu tengah baring dekat sofa edit poster tiba tiba perut rasa semacam.

Seriously rasa nak terkoyak tempat czer tu, dia punya sakit rasa keluar peluh sejuk and rasa nak pengsan. I terus ke bilik air duduk dan mencengkam kaki sebab sakit yang amat sangat. Rasa macam kena induce dengan pitocin macam masa nak bersalin. It was soooooo painful, sampaikan rasa nak pitam dia punga sakit tu ya Allah tak boleh explain memang over 10 pain score. 

Slowly i pergi dekat shower and turn of the shower and i sat in the shower sampai the pain subsided sikit so atleast i boleh bangun. Lama dalam tu, husband dekat bawah tidokan anak. Suara tak terkeluar nak panggil dia. Bila sakit dah kurang skit, gagahkan diri keluar and then baring tahan sakit.

Husband naik atas to check on me, before dia papah i bawak turun ke bawah and baring. I slept in pain, esoknya… tak boleh bangun.

✅ 29062021 - 30062021
These two days i can just lie down,  baring je and gagahkan diri uruskan anak anak since husband tak dapat nak cuti. Dia pergi jugak kerja berat hati, i told him i akan panggil kak nad tapi i pun lupa ada hari yang kak nad dah mintak cuti kot ke ada staff lain cuti. End up i with the kids at home alone. Naim la yang tolong ambil makanan from food panda sebab mama tak larat bangun. 🥲

Dia kaut sendiri bubur yang papa dia dah masak sediakan sebelum pergi kerja. I have no idea kenapa teruk sangat kali ni kalau kena angin.

I masih gagah setelkan both closing farmasi & shaklee, tapi sakit masih kuat. Masa ni pelik, period. Baru stop tapi datang balik? Pening kepala. Tapi ku tahan jebat.

✅ 01072021 - Morning
Pagi bangun dah mula rasa gagah sikit, berani sikit nak drive. Pagi tu hantar anak ke farmasi, tapau diorang makan then i tinggalkan sekejap dengna kak nad so that i could go to klinik seperti yang disetkan before.

Doktor dah kenal, so dia terus scan je area czer ad i requested but the scar is ok even dekat dalam. Dah tu apa yang sakit? Dah la nak buang air kecik pun sakit.  Dari bahu ke bawah rasa sakit macam angin. 

Doktor suruh pergi test urine & terkejutnya kitorang bila UPT positive and sangat terang warna. I was like;

“Eh tapi saya period doktor?”

Serius pelik. Doktor dah muka berubah and looks worried;

“Tapi El, tadi scan saya tak nampak apa apa kecuali dekat kanan tu nampak pelik sikit (ovari), cuba awak baring balik kita repeat scan”

“Ehh saya tak nampak ni El, awak pula simptom semua ke ectopic ni. Saya risau awak dah banyak hari sakit. Ada demam these few days?”

Memang takde except i feel pain. Sooo much pain.

Dia terus refer ED, hospital segamat or if nak pergi swasta kena terus pergi and jangan tangguh.

I masa ni dah blank.

“Aku pregnant?”

Mixed feelings. Happy ada tapi why am i in soooo much pain 😭

Slow slow drive pergi farmasi inform staff tolong tengok anak jap, sebab lupa baju dalam mesin basuh.

Yaaaaaa i masih fikir kerja rumah 😂
Tak ingat nak pi hospital ye, dalam sakit tu sidai baju sampai husband call and doktor call urger pergi hospital baru i macam get ready.

Me & husband decide pergi hospital segamat je. Since dia tak boleh nak balik awal sebab dia kerja sorang. Dia cuma tak allow i keluar rumah and ambil anak from farmasi. (Little that i know, yang itu la last dapat tengok diorang sekejap elok elok fokus sebelum i admit ward 😭)

✅ 01072021 - Petang 4.30pm onwards
Husband balik rumah with my kids and fetch me and kami terus ke hospital segamat. Was in pain so tak main sangat dengan anak, tahu tahu i masuk je ED, terus masuk ward and tak jumpa anak dah 😭 

Sakit sangat perut tapi air mata gugur bukan sebab sakit tapi sebab memikirkan naim and adik. Allahuuu… imbas balik pun sedih, apatah lagi masa tu berlaku..

Sah admitted lepas scan, check vital signs semua and terus blur sebab husband pun tak boleh naik sebab dengan anak anak.

Sampai pukul 8pm barulah jumpa doktor untuk scan ikut bawah, masa ni doktor dah bebel kenapa dah sakit lama baru datang hospital. I was like hello i dah pergi dua GP ok and i told them my concern and pain tapi GP kedua je ada decency to really check about my complaint. I pharmacist bukan doktor 😂

Scan scan tak jumpa location, pain score masa ni 7-8.

Then diorang mula prep i nak masuk ward sebab tunggu pakar keluar OT to confirm diagnosis. Masa ni dia suruh puasa sebab if confirm akan terus masuk OT and operate malam tu jugak…….

Zikirrrrr je tanpa henti waktu ni, i takut nak OT sebab macam tiba tiba je. Anak anak dengan suami kat bawah Allahuakbar. 

Suami pun tak boleh naik..,
Masa ni tak tau nak doa apa…
So keep ok zikir zikir zikirrrrrr je….

Slowly pain mula berkurang..,,
Bila pakar dah available, i sakit pun dah kurang and dia repeat scan lansung memang tak jumpa kantung kat mana,  baik dalam or luar rahim cuma ada weird sikit from the scan tapi highly unlikely ectopic which is itu different story.

Dia kata postponed OT, and tanya if i can bare the pain. If really sakit memang dia tolak terus masuk OT. Masa ni pain skor i macam dah boleh adapt, sakit tapi macam boleh tahan. Masih bongkok jalan and memang sakit pain skore is reducing. 

So he said, takpa start puasa at 2am. Order beta hcg, if pain makin teruk + banyak darah keluar before result hcg sampai akan terus masuk OT.

Malam 1/7/2021 bokeh tarik nafas lega sebab tak emergency masuk OT, tapi ianya masih belum berakhir……,

Huhu

To be continued ….
Continue Reading

APA ITU ECTOPIC PREGNANCY ATAU KANDUNGAN LUAR RAHIM ?




Ectopic Pregnancy @ kandungan luar rahim adalah satu kondisi yang mana embrio menempel di luar kawasan dalam rahim.

Please korang, keadaan ni berbahaya untuk ibu dan tak normal. Kalau tak dirawat dan detect awal, boleh menyebabkan kematian.

Fakta penting yang kita semua perlu tahu, kandungan luar rahim ni bayi memang tak boleh membesar.

Memang ectopic atau luar rahim ni adalah kes emergency. So kita memang tak boleh lengah lengah kalau memang confirm.

Punca jadi ectopic ni actually tak jelas pon kenapa, tapi ada la few factors yang boleh tingkatkan risiko untuk ada masalah ni;

- kalau pernah ada kes luar rahim sebelum ni.
- ada jangkitan kuman dekat kawasan peranakan tu.
- merokok.
- pernah buat pembedahan area perut.
- masalah endemetriosis , fibroid.

Antara tanda-tanda yang mungkin kita ada alami kandungan luar rahim;



• Sakit baharian perut, bahu dan leher.
• Ada bleeding atau ‘period’
• pening atau pengsan
• dada rasa berdebar debar

Kalau masa ni kita tahunkita pregnant WAJIB terus pergi hospital.

In my case i lansung tak tahu i pregnant sebab ye la period 3x bulan jun tu memang konfiden la tak pregnant 😅

So usually bila jadi kes macam ni atau ada tanda, doktor akan mula siasat atau investigate untuk sahkan samaada memang kes luar rahim atau tidak:

✅ ULTRASOUND
Ultrasound ni penting untuk tentutkan samaada kehamilan tu dalam atau luar rahim. Paling tepat adalah ultrasound buat terus ikut vagina (transvaginal ultrasound) berbanding perut. 

**Notes: 
Transvaginal Ultrasound boleh locate lokasi kalau hcg level kita 1500 above.

✅ Beta HCG - Hormone Chorionic Gonadotropin 
Bila kandungan kita tak dapat lihat even melalui transvaginal, sampel darah untuk beta hcg doktor akan tengok. Bab ni doktor lah lebih arif nak tafsir bacaan sebab naik atau turun risiko tetap ada. Roughly boleh tengok gambar kedua tapi bergantung pakar & hospital jugak nak baca.





——-//

Basically kalau kita vital signs pun tak ok, sakit yang memang tak boleh tahan sangat and ada clear signs of ectopic boleh tengok. Rawatan dia memang terus bagi ubat tahan sakit + pembedahan.

Since ia merisikokan nyawa, dan baby pun tak boleh membesar jika sah ectopic atau luar rahim ni, basically rawatan dia adalah;

✅ PEMBEDAHAN
Kalau memang kondisi kita bahaya, doktor memang akan terus operate untuk keluarkan embrio dan betulkan balik organ peranakan kita yang terlibat & terkesan.

Pembedahan pulak boleh melalui;
• Laparoscopy - tebuk 3 lubang and masuk kamera kalau tak teruk komplikasi diorang boleh sedut je embrio dan remove.

Andai teruk diorang akan terus proceed open surgery (laparatomy if not mistaken) tu samaada menegak orang melintang tengok la keadaan memasing.

Macam my kes since pernah czer diorang mungkin belah ikut situ jugak/buat melintang depending if proceed surgery.

Sebab ada ketika sampai perlu buang sebahagian organ peranakan yang rosak. Sebab tu ada yang ectopic sampai kena buang ovari/tiub dan sebagainya.

**Notes:
Jika buang salah salah satu, chances kita nak hamil tu masih sama. So jangan gusar. Make sure talk to your doktor lah kot kan.

✅ METHOTREXATE
Ni not sure kalau dekat malaysia, tapi dekat kajian overseas memang ada. And i pun takde pulak doktor mention apa apa pasal ni. So this is just from my reading, CPG untuk malaysia tu i tak pi baca lagi.

Basically if stable and no pain and confirm ectopic location, ada doktor boleh prescribe ubat ni.

Basically dia berfungsi untuk berhentikan sel badan yang rapidly growing (embrio) & dia akan menyebabkan samaada keguguran, atau badan kita akan absorb balik ectopic tu atau keluar ikut darah period.

So in other words, kena confirm dulu memang kandungan luar rahim baru proceed tapi most of the time dia jadi PREGNANCY WITH UNKNOW. LOCATION (PUL) kalau terlalu awal lagi dalam pregnancy.

Haaa itu lain pulak management dia kalau tak tau lokasi, ni El share kemudian ok.

Hope sedikit sebanyak boleh la korang dapat dapat info.

Love,
Elyana Yazmin
Continue Reading

TERBARU! LIFE SHAKE ELDERBERRY MIXED SOY PROTEIN? ESP PERISA LAIN?



TERBARU! LIFE SHAKE ELDERBERRY MIXED SOY PROTEIN ATAU ESP BERPERISA ELDEBERI!

Assalamualaikum wbt & Hi,

Alhamdulillah beberapa hari lepas akhirnya ‘ESP Perisa Elderberry’ dah pun mula di jual dalam pasaran Malaysia! Selalu sangat customer tanya El;

“El, ESP ada perisa lain tak?”
“El, ESP ada perisa lain tak selain vanila?”
“El, ESP takde perisa lain ke??”

Ahaha kini, mereka tak perlu tanya dan hampa, kerana kini ada option yang baru dan lebih advance!

Sebenarnya Life Shakes Elderberry Mixed Soy Protein ni bukanlah ESP berperisa Elderberry tetapi ianya adalah protein shakes siri yang jauh lebih premium dari ESP; Energizing Soy Protein.

Ahaaa nak tahu kenapa? Semestinya terletak pada kandungannya ☺️

JOM KITA LIHAT FAKTA NUTRISI LIFE SHAKE ELDERBERRY DARIPADA SHAKLEE INI!



Life Shake Mixed Soy Protein perisa Elderberry ini adalah yang pertama di lancarkan di Malaysia bagi Siri Life Shakes. Ia adalah minuma  campuran berasaskan protein yang membekalkan nutrisi lengkap dengan Protein, Prebiotik, Kalsium, Fiber, Multivitamin & Multimineral bersama tambahan EKSTRAK ELDERBERI untuk meningkatkan perlindungan daya tahan badan.






Perlindungan TERBAIK anda ialah SISTEM IMUN yang KUAT.


Sistem imun anda ialah yang terbaik untuk melawam virus atau infeksi.


Bagaimana kita boleh MENYOKONG SISTEM IMUN diri kita dan yang tersayang?


  • Nutrisi terbaik
  • Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat
  • Tidur yang cukup dan berkualiti
  • Mengurus tekanan
  • Aktif secara fizikal
Elderberry atau Elderberi adalah salah satu buahan yang membekalkan nutrisi yang baik untuk SISTEM
IMUN KITA.

APA PULA MANFAAT & KEISTIMEWAAN ELDERBERRY ?




Antara MANFAAT  Elderberry atau Elderberi adalah ianya; 

  • dengan ANTIOKSIDA
  • Digunakan secara tradisional untuk melawan SIMPTOM DEMAM & SELESEMA
  • Mempercepatkan pembaikan dan MENGURANGKAN KEKERAPAN DEMAM DAN SELESEMA
  • Sifat ANTIVIRAL untuk meningkatkan DAYA TAHAN 
Agak agak apa yang buatkan elderberry sebagai buahan pilihan? 

ELDERBERRY DI PENUHI DENGAN NUTRIEN ANTIOKSIDAN!

  • Antosianin Polifenol 
  • Asid Fenolik @ Phenolic Acid
  • Flavanol
  • Vitamin A, B & C
… dan semestinya mempunya NILAI ORAC YANG TINGGI !



Ianya juga mempunyai kapasiti penyerapan radikal Oksigen atau radikal bebas yang tinggi atau erti kata lain TINGGI NILAI ORAC dan ianya terbukti oleh SAINS!




Yes kini kita boleh dapatkan manfaat Elderberry dengan setiap 1 hidangan Life Shake Elderberry! Hebat kan 😘



Hanya dengan 2 scoop kita dapat;
  1. Sarapan berkhasiat
  2. Snek Sihat
  3. Tenaga Sebelum & Selepas Bersenam
  4. Tenaga dan rasa kenyang yang lama
  5. Pengurusan berst badan yang sihat
  6. Perlindungan dan Kesihatan Pencernaan
Anda dah bersedia nak tahu MORE tentang Life Shake Elderberry ini?

Hubungi El segera 😘

Sebarang pertanyaan lanjut boleh klik link dibawah and I am more than happy to assist you;

http://elyanayazmin.wasap.my
http://elyanayazmin.wasap.my
http://elyanayazmin.wasap.my

Atau lawati website kami;
www.elyanayazmin.com

Continue Reading