KENAPA KENA BAYAR TAX ATAU CUKAI AWAL? APA ITU CP500 DAN CP204?




NOTIS CP500 UNTUK BAYAR TAX ATAU CUKAI PERNIAGAAN LHDN TAHUN 2022 

Sejak kebelakangan ni ramai yang mula terima 'surat cinta' dari LHDN, tapi kali ni surat cinta jenis lain bukan yang audit tu tetapi CP500. Bila mula dapat surat ni ramai mula rasa senak perut, berpeluh-peluh, risau, segala rasa ada.

Almaklumlah, cukai 2021 pun tak setel lagi, ni tiba tiba dah kena bayar yang tahun semasa (2022). Sebenarnya CP500 atau CP204 ni dah lama, tapi memang ramai orang business tak cakna tentang kewujudan perkara ni. Jangan bimbang, tenang saja dan ambil sebagai proses pembelajaran. Kalau tak dapat surat mungkin tak ambil tahu bukan?

Jadi lepas ni kita akan jadi business owner yang lebih cakna dan 'alert' tentang hal-hal berkaitan percukaian. Sejujurnya untuk El sendiri, El masih teruskan belajar dan ambil tahu. As long as kita nak ambil tahu, dan mula uruskan perakaunan, percukaian syarikat kita tak kira lah sdn bhd atau enterprise sekali pun InsyaAllah kita akan lebih yakin dalam membina perniagaan kita.

Bila kita faham ilmu percukaian barulah kita tak takut-takut. Kita sebenarnya takut sebab kita tak faham dan parah lagi kalau kita sendiri taknak ambil tahu.




El sebenarnya dapat informasi mengenai perkara ni dari Ejen Cukai ( Tax Agent ) sekitar November 2021 yang lepas. Beliau call sebab nak inform untuk letak anggaran tax atau cukai tahun 2021 dan 2022.

Masa tu 2021 punya tak terkejut sangat, cuma terkejut bila mintak untuk 2022 sekali padahal 2021 pun belum habis. Rupanya dia tanya siap-siap untuk 2022 dan CP500 ni dah lama wujud untuk enterprise cuma sebab baru daftar SSM tak sampai 2 tahun itu yang first time dengar tentang CP500 nih.

Untuk Sdn Bhd kita memang ada CP204. Kalau anda business owner tetapi belum tahu, jangan rasa rendah diri tetapi cari lah maklumat berkaitan dan buat tindakan seterusnya. Its a learning process, atleast kita tergerak hati awal nak mencari info untuk uruskan business kita.

Sebab bukan semua buat business ada background dalam pengurusan business, so there is always a first time to learn. Cuma kita sahaja perlu ada rasa ingin ambil tahu, then only kita lebih tenang kalau tiba tiba berlaku perkara macam ni.





Memandangkan dah 2-3 orang mula tanya perkara ni, jadi El rasa El nak abadikan perkara ni di blog El sebagai rujukan kemudian hari. Sejujurnya CP500, CP204 ni adalah untuk orang business, ibarat nama lain untuk PCB(Potongan Cukai Berjadual) untuk orang yang bekerja.


Apatah lagi sekarang LHDN lancarkan misi #2022SifarTunggakanCukai dan menyediakan beberapa kemudahan dan peringatan untuk semua pembayar cukai baik melalui buletin, surat, telefon dan email. Tinggal kita je perlu lebih 'alert' tentang perkara ini.




Selain itu pada tahun lepas, pihak LHDN mengumumkan penangguhan bayaran anggaran cukai kena dibayar (CP204) dan Skim Bayaran Ansuran (CP500) secara automatik kepada pembayar cukai berstatus perusaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) yang layak dari 1 Januari sehinggalah 30 Jun 2022.





BAGAIMANA LHDN ANGGARKAN CUKAI PERNIAGAAN TAHUN SEMASA?

LHDN menganggarkan cukai tahun semasa kita berdasarkan penyata cukai kita 2 tahun lepas.
Contohnya begini;

Anggaran cukai tahun 2022 dibuat berdasarkan penyata dan status cukai tahun 2020. Sebagai contoh;

Cukai Tahun 2020 - RM10,000
Anggaran Cukai tahun 2022 - RM30,000.

Selepas anggaran dibuat, mereka sertakan sekali jadual bayaran dan ianya wajib dibayar untuk mengelakkan penalti tambahan.

Kenapa bukan berdasarkan tahun 2021?
Hal ini kerana borang nyata cukai tahun 2021 masih belum dikemaskini. 

Kalau tak setuju ke apa, kot la business 2021 pun slow pada 2020, etc etc mintak la tax agent or korang sendiri isi borang CP502 tu bagi LHDN.

Nanti tengok apa dia reply.

Cuma the upside aku nampak, atleast tak kalut la dah nak cekau duit kot tetiba business naik mendadak. Zakat zakat jugak tapi kiraan tax pun ada kira dia.

So, bayar je la 😂
Ekonomi negara kita pun tak berapa ok kan. Huhuhu (positif habisss)

Cuma itu lah, aku faham perasaan orang meniaga, nak naikkan sales sikit punya susah. Mana nak jaga margin (untung runcit lagi), expenses yang makin naik.

If tak setuju takpeee, isi la borang CP502 tu ok? And doa bebanyak. Lampirkan sekali sebab sebab.

Sebab tu penting jaga LAPORAN AKAUN.





And if not mistaken,  kita ada penangguhan bayaran jan - jun 2022 untuk tahun 2022 punya cukai.

Tapi yang selepas june onwards tu memang kena bayar kalau tak kena denda faham?

Selamat membayar cukai.
Berkhidmat demi negara 😂
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments: