KENAPA KENA BAYAR TAX ATAU CUKAI AWAL? APA ITU CP500 DAN CP204?




NOTIS CP500 UNTUK BAYAR TAX ATAU CUKAI PERNIAGAAN LHDN TAHUN 2022 

Sejak kebelakangan ni ramai yang mula terima 'surat cinta' dari LHDN, tapi kali ni surat cinta jenis lain bukan yang audit tu tetapi CP500. Bila mula dapat surat ni ramai mula rasa senak perut, berpeluh-peluh, risau, segala rasa ada.

Almaklumlah, cukai 2021 pun tak setel lagi, ni tiba tiba dah kena bayar yang tahun semasa (2022). Sebenarnya CP500 atau CP204 ni dah lama, tapi memang ramai orang business tak cakna tentang kewujudan perkara ni. Jangan bimbang, tenang saja dan ambil sebagai proses pembelajaran. Kalau tak dapat surat mungkin tak ambil tahu bukan?

Jadi lepas ni kita akan jadi business owner yang lebih cakna dan 'alert' tentang hal-hal berkaitan percukaian. Sejujurnya untuk El sendiri, El masih teruskan belajar dan ambil tahu. As long as kita nak ambil tahu, dan mula uruskan perakaunan, percukaian syarikat kita tak kira lah sdn bhd atau enterprise sekali pun InsyaAllah kita akan lebih yakin dalam membina perniagaan kita.

Bila kita faham ilmu percukaian barulah kita tak takut-takut. Kita sebenarnya takut sebab kita tak faham dan parah lagi kalau kita sendiri taknak ambil tahu.




El sebenarnya dapat informasi mengenai perkara ni dari Ejen Cukai ( Tax Agent ) sekitar November 2021 yang lepas. Beliau call sebab nak inform untuk letak anggaran tax atau cukai tahun 2021 dan 2022.

Masa tu 2021 punya tak terkejut sangat, cuma terkejut bila mintak untuk 2022 sekali padahal 2021 pun belum habis. Rupanya dia tanya siap-siap untuk 2022 dan CP500 ni dah lama wujud untuk enterprise cuma sebab baru daftar SSM tak sampai 2 tahun itu yang first time dengar tentang CP500 nih.

Untuk Sdn Bhd kita memang ada CP204. Kalau anda business owner tetapi belum tahu, jangan rasa rendah diri tetapi cari lah maklumat berkaitan dan buat tindakan seterusnya. Its a learning process, atleast kita tergerak hati awal nak mencari info untuk uruskan business kita.

Sebab bukan semua buat business ada background dalam pengurusan business, so there is always a first time to learn. Cuma kita sahaja perlu ada rasa ingin ambil tahu, then only kita lebih tenang kalau tiba tiba berlaku perkara macam ni.





Memandangkan dah 2-3 orang mula tanya perkara ni, jadi El rasa El nak abadikan perkara ni di blog El sebagai rujukan kemudian hari. Sejujurnya CP500, CP204 ni adalah untuk orang business, ibarat nama lain untuk PCB(Potongan Cukai Berjadual) untuk orang yang bekerja.


Apatah lagi sekarang LHDN lancarkan misi #2022SifarTunggakanCukai dan menyediakan beberapa kemudahan dan peringatan untuk semua pembayar cukai baik melalui buletin, surat, telefon dan email. Tinggal kita je perlu lebih 'alert' tentang perkara ini.




Selain itu pada tahun lepas, pihak LHDN mengumumkan penangguhan bayaran anggaran cukai kena dibayar (CP204) dan Skim Bayaran Ansuran (CP500) secara automatik kepada pembayar cukai berstatus perusaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) yang layak dari 1 Januari sehinggalah 30 Jun 2022.





BAGAIMANA LHDN ANGGARKAN CUKAI PERNIAGAAN TAHUN SEMASA?

LHDN menganggarkan cukai tahun semasa kita berdasarkan penyata cukai kita 2 tahun lepas.
Contohnya begini;

Anggaran cukai tahun 2022 dibuat berdasarkan penyata dan status cukai tahun 2020. Sebagai contoh;

Cukai Tahun 2020 - RM10,000
Anggaran Cukai tahun 2022 - RM30,000.

Selepas anggaran dibuat, mereka sertakan sekali jadual bayaran dan ianya wajib dibayar untuk mengelakkan penalti tambahan.

Kenapa bukan berdasarkan tahun 2021?
Hal ini kerana borang nyata cukai tahun 2021 masih belum dikemaskini. 

Kalau tak setuju ke apa, kot la business 2021 pun slow pada 2020, etc etc mintak la tax agent or korang sendiri isi borang CP502 tu bagi LHDN.

Nanti tengok apa dia reply.

Cuma the upside aku nampak, atleast tak kalut la dah nak cekau duit kot tetiba business naik mendadak. Zakat zakat jugak tapi kiraan tax pun ada kira dia.

So, bayar je la πŸ˜‚
Ekonomi negara kita pun tak berapa ok kan. Huhuhu (positif habisss)

Cuma itu lah, aku faham perasaan orang meniaga, nak naikkan sales sikit punya susah. Mana nak jaga margin (untung runcit lagi), expenses yang makin naik.

If tak setuju takpeee, isi la borang CP502 tu ok? And doa bebanyak. Lampirkan sekali sebab sebab.

Sebab tu penting jaga LAPORAN AKAUN.





And if not mistaken,  kita ada penangguhan bayaran jan - jun 2022 untuk tahun 2022 punya cukai.

Tapi yang selepas june onwards tu memang kena bayar kalau tak kena denda faham?

Selamat membayar cukai.
Berkhidmat demi negara πŸ˜‚
Continue Reading

RESIPI LIFE SHAKE MATCHA | ELYANA YAZMIN



Fenomena Matcha dalam kalangan peminat matcha atau ‘matcha lover’ ni memang wow, dari minuman matcha, aiskrim matcha, manisan berasaskan matcha semua mereka minat.

Tapi sebelum tu adakah anda tahu samaada Matcha dan Green Tea atau Teh Hijau ni sama atau tidak?  Haaa kalau nak tahu jawapannya, nanti boleh baca Perbezaan Matcha dengan Green Tea atau Teh Hijau.
Matcha ni mempunyai manfaat yang sangat banyak untuk kesihatan. Kalau nak tahu tentang manfaat Matcha secara mendalam baca disini.

Alhamdulillah beberapa jari lepas, Shaklee ada buat Pre-Launch untuk produk terbaru mereka iaitu Life Shake Matcha Shaklee. Kalau sebelum ni kita ada Life Shake perisa Elderberry, kini kita ada pilihan perisa baharu iaitu; Matcha!


Jadi hari ni El nak kongsikan 4 resipi Life Shake Matcha yang anda boleh cuba sendiri di rumah. El akan mula dengan yang paling ringkas dahulu yang semestinya menjadi pilihan ramai kerana ianya mudah serta ringkas. Sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk.


Resipi #1 : LIFE SHAKE FEAT ESP!
Sebenarnya Life Shake Matcha mahupun Eldeberry boleh di bancuh begitu sahaja bersama air masak ataupun freshmilk. Tapi jika nak ada rasa lemak berkrim tetapi menyihatkan ada cara bancuhan istimewa yang ringkas kita boleh buat 😎

Jom kita tengok;


Bahan-bahannya:

  • 1 Scoop Matcha Life Shake Shaklee 
  • 1 Scoop/Sachet ESP Shaklee 
  • 150ml air@freshmilk

Cara Penyediaan:
  • Campurkan 1 scoop Life Shake Matcha dan 1 scoop ESP dengan 150ml air/fresmilk ke dalam shaker.
  • Ianya boleh diminum terus atau dihidangkan bersama kiub ais untuk rasa yang lebih menyegarkan.


Resipi #2 : AIS PANDAN MATCHA LATTE!
Kalau sesekali free nak relax, El cadangkan untuk cuba resipi Ais Pandan Matcha Latte ni, baru rasa fefeeling ber'me-time' sambil relax dan rehat selepas kerja seharian. Jom kita tengok macam mana nak buat Matcha Latte special dengan Pandan ni;


Bahan-bahannya:

  • 2 Scoop Matcha Life Shake Shaklee 
  • 1 cawan susu rendah lemak.
  • 200ml air
  • 2 sudu maka ekstrak pandan.
  • Kiub Ais

Cara Penyediaan:
  • Sediakan pra-campuran 2 scoops Life Shake Matcha bersama 200mL air. Kocakkan sehingga sebati dan ketepikan.
  • Masukkan ekstrak pandan, susu rendah lemak (low fat milk) serta ais kiub kedalam gelas.
  • Kemudian masukkan pracampuran Life Shake Matcha yang disediakan tadi ke dalam gelas.
  • Seterusnya taburkan serbuk matcha atau serbuk koko mengikut kreativiti sebagai hiasan.
  • Akhir sekali kacau rata dan sedia untuk dinikmati!


Resipi #3 : FLAN MATCHA!
Bila tetamu hadir dan nak sajikan sesuatu yang istimewa dan ada kelainan, boleh cuba resipi flan matcha dibawah. Ianya sajian pencuci mulut yang sedap dan yang penting menyihatkan untuk tetamu kita;



Bahan-bahannya:

  • 2 Scoop Matcha Life Shake Shaklee 
  • 1 1/2 cawan susu rendah lemak.
  • 1 sudu teh ekstrak vanilla.
  • 1/4 cawan cip coklat putih.
  • 2 sudu makan tepung jagung.
  • 1 sudu teh agar-agar.
  • 1/2 cawan santan atau 'cooking cream'
  • 1 scoop aiskrim vanilla
  • Serbuk coklat sebagai hiasan.

Cara Penyediaan:
  • Campurkan semua bahan di dalam kuali, dan kacau sehingga sebati dan adunan menjadi sedikit pekat.
  • Tuang adunan ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam.
  • Hasilkan dengan taburan serbuk coklat dan hidangkan bersama satu scoop ais krim vanilla.


Kalau rasa bosan nak minum-minum, El ada resipi yang menarik untuk santai-santai bersama keluarga iaitu seperti dibawah;


Resipi #4 : AISKRIM TEMBIKAI MATCHA
Inilah resipi aiskrim yang bukan sahaja enak tetapi sangat menyihatkan!


Bahan-bahannya:

  • 2 Scoop Matcha Life Shake Shaklee 
  • 200mL susu rendah lemak.
  • 3 hiris tembikai.

Cara Penyediaan:
  • Kisar tembikai dan tuang ke dalam acuan ais krim hingga separuh penuh dan bekukan.
  • Campurkan Life Shake Matcha dengan susu rendah lemak dan tuang ke dalam acuan ais krim tadi sehingga penuh.
  • Bekukan lagi dan sedia untuk dinikmati terutamanya semasa cuaca panas!

Macam mana setakat ni, menarik tak?
Menarikkan! 

Jangan terliur pulak ahaha nak nak bulan puasa dah tak lama dah ni. 

Sedap tu sedap jugak, soalnya berapa tu harga Life Shake Matcha atau Elderberry ni?

HARGA LIFE SHAKE MATCHA ;
Bukan Ahli - RM206.25, atau DAFTAR AHLI untuk nikmati Harga Ahli - RM165 

 

                                        

PROMOSI JANUARI 2020 - Pre-Launce Offer!!!!

Beli 1 canister atau tong Life Shake Matcha & dapat percuma 2 sachet ESP Shaklee! 

                                         

ATAU beli 3 tong Life Shake Matcha & dapat Tote Beg Eksklusif berserta 6 sachet ESP Shaklee!!

                                         




Kalau nak dapatkan Life Shake Matcha boleh klik pada gambar dibawah untuk pautan whatsapp terus kepada El. InsyaAllah El bantu untuk beri konsultasi dan cadangan pengambilan bersesuaian dengan anda.





Continue Reading

PRODUK TERBARU SHAKLEE : LIFE SHAKES MATCHA!



PRODUK TERBARU DARI SHAKLEE!

Antara perkara yang mengujakan mereka yang bergelar oleh semua pengguna setia produk Shaklee serta pengedar sah adalah keluaran produk baru dari Shaklee ke pasaran Malaysia.

Adakala, produk tersebut dah lama ada di United States (US) tetapi baru boleh dibawa masuk ke Malaysia setelah melepasi peratutan yang ditetapkan oleh bahagian penguatkuasa di Malaysia. Ini bermaksud Shaklee berusaha untuk mematuhi peratutan yang ditetapkan baik di peringkat kawalan ubat mahupun pemakanan.

Terbaru dari Shaklee sempena tahun baru ini adalah;

Life Shakes - Matcha

Kalau sebelum ini kita ada ‘ ESP berperisa Elderberry’ iaity Life Shakes Eldeberry, kini kita ada ‘ESP perisa Matcha’ pulak!

Agak-agak yang mana lagi sedap? Korang rasa?

El sendiri tak sabar nak tunggu Life Shakes Matcha El sampai supaya El boleh rasa sendiri. Kalau bab study dan fahamkan apa fungsinya Alhamdulillah so far im convinced. 

Jom El kongsikan lagi info mengenai Life Shakes Matcha ni dengan anda semua, terutamanya Matcha Lover!

SEJARAH MATCHA!



Kalau betul kita ni Matcha Lover, for sure kita dah tahu serba sedikit latar belakang sejarah mengenai Matcha ni. Tahu tak anda bahawa Matcha digunakan secara tradisi sejak zaman dahulu. Ia sebenarnya banyak digunakan untuk menggalakkan tenaga yang berterusan serta untuk ketajaman mental kita.

Suprisingly ianya jugak sangat menenangkan.

Oh ya, tahukah anda bahawa Matcha adalah sama tetapi tidaj serupa dengan Green Tea atau Teh Hijau?

Kalau belum tahu wajib baca disini —> Klik Sini


MANFAAT KESIHATAN MATCHA

Siapa sangka Matcha sebenarnya mempunyai manfaat yang banyak dan baik untuk kesihatan.


Berikut adalah antara 6 fungsi atau manfaat utama Matcha yang bagus untuk kesihatan tubuh kita.

  • Meningkatkan Fungsi Kognitif & Kesihatan Otak.
  • Pengurusan Berat & Metabolisma Badan.
  • Meningkatkan Tenaga.
  • Antioksidan dan Agen Anti Radang.
  • Detoksifikasi
  • Kesihatan Jantung.
10 KEISTIMEWAAN LIFE SHAKE MATCHA!

Berita baik untuk mereka yang merupakan Matcha Lover atau yang inginkan manfaat yang Matcha berikan, kini Life Shake Shaklee dibawakan bersama formulasi yang mempunyai Matcha!

Ianya bukan sekadar perisa, Life Shake Matcha mengandungi ekstrak Matcha sebanyak 1120mg untuk setiap hidangan. Semestinya ia bukan sekadar buat rasa, tetapi memberikan juga manfaat menyeluruh yang Matcha berikan.


Antara 10 Kesitimewaan Life Shake Matcha;
  • Mengandungi 3 jenis protein bukan GMO atau non GMO iaitu Protein Soya Isolatr, Protein Soya pekat & Protein nasi.
  • Setiap hidangan Life Shake Matcha mengandungi 1120mg serbuk Matcha.
  • Kandungan Antioksida yang tinggi disebabkan esktrak serbuk Matcha yang diformulasi bersama.
  • Mengandungi 6 gram serat dalam setiap hidangan yang bagus untuk kesihatan usus.
  • Mengandungi 2500mg leusin iaitu sejenis progrin yang membantu membina, melindungi otot serta mengawal berat badan.
  • Ianya mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral lain.
  • Ianya mengandungi 16gram protein bagi setiap hidangan.
  • Mempunyai Glisemik Indeks Rendah yang bagus dalam kesihatan paras gula dalam darah.
  • Ianya ditambah dengan Prebiotik semulajadi.
  • Ianya tidak mengandungi perasa, pemanis, pewarna atau pengawet tiruan.

SIAPA YANG SESUAI AMBIL LIFE SHAKES MATCHA?

Antara soalan yang kerap di tanya adalah- Adakah mereka sesuai mengambil Life Shake Matcha?

Sini El kongsikan secara ringkas siapa yang memerlukan Life Shakes Matcha untuk menyokong kesihatan mereka setiap hari;


Life Shake Matcha untuk siapa ?
  • Ibu yang mengandung, menyusu (breastfeeding) atau berpantang.
  • Mereka yang ingin mengawal & menurunkan berat badan.
  • Warga emas yang memerlukan tenaga serta protein tambahan untuk menyokong kesihatan secara menyeluruh.
  • Meraka yang dalam misi ataupun usaha mengurangkan pengambilan gula, atau makanan manis di dalam diet seharian
  • Ahli bina badan yang mahu membina otot tanpa lemak untuk tubuh lebih dihat.
  • Untuk pelajar yang memerlukan tenaga tambahan untuk membuat tugasan atau study.

HARGA LIFE SHAKE MATCHA ;
Bukan Ahli - RM206.25, atau DAFTAR AHLI untuk nikmati Harga Ahli - RM165 

 

                                        

PROMOSI JANUARI 2020 - Pre-Launce Offer!!!!

Beli 1 canister atau tong Life Shake Matcha & dapat percuma 2 sachet ESP Shaklee! 

                                         

ATAU beli 3 tong Life Shake Matcha & dapat Tote Beg Eksklusif berserta 6 sachet ESP Shaklee!!

                                         


Kalau nak dapatkan Life Shake Matcha boleh klik pada gambar dibawah untuk pautan whatsapp terus kepada El. InsyaAllah El bantu untuk beri konsultasi dan cadangan pengambilan bersesuaian dengan anda.


Berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat, konsultasi dan maklumat produk Shaklee, anda boleh terus hubungi El. Klik gambar untuk pautan whatsapp;





Continue Reading

KELEBIHAN & KHASIAT MATCHA GREEN TEA | ELYANA YAZMIN




PANAS PANAS TENGOK MATCHA ICE LATTE NI MAHU KECUR AIR LIUR 🀀

Bayangkan lah ye cuaca panas terik, ternampak ada orang hirup matcha ice latte ni, boleh bergetar jiwa.

Bila dia kacau dengan straw tu berlaga-laga ais dengan gelas tu, fuhhhh.

Cuba pejam mata bayangkan..


                              


Dengan titisan air sebab sejuk dekat permukaan luar gelas, Allah boleh terngiang ngiang terasa tersekat tekak kering minta nak sikit.

Disebalik kesedapan matcha ni, tahu tak matcha ni ada banyak sangat khasiat yang baik untuk tubuh badan kita?

                                  


Antara khasiat Matcha ni adalah;

πŸ“Œ MENINGKATKAN TENAGA
Matcha ni sangat bagus sebagai #energybooster, ianya meningkatkan tenaga tetapi tak buat kita rasa berdebar atau gemuruh. Ia bantu tingkatkan adrenaline dalam tubuh badan kita.
.
πŸ“Œ MENINGKATKAN FUNGSI KOGNITIF & KESIHATAN OTAK
Matcha sangat bagus untuk meningkatkan daya upaya ketajaman serta fokus otak kita. Selain itu ia juga membantu dalam memberi rasa ketenangan. Bonus ianya mempunyai ejen anti-radang dan anti-inflamasi yang bagus untuk melambatkan proses penuaan sistem neuron otak kita.
.
πŸ“ŒDETOKSIFIKASI
Matcha berupaya membantu dalam proses detoksifikasi hati. Ianya membantu dalam membersihkan serta melancarkan perjalanan darah, serta buah pinggang.
.
πŸ“ŒKESIHATAN JANTUNG
Matcha kaya dengan polifenol yang bagus untuk kesihatan jantung dengan mengurangkan pengoksidaan LDL (kolestrol jahat) serta memberi fleksibiliti kepada saluran darah.
.
πŸ“ŒANTIOKSIDAN & ANTI-INFLAMASI
Matcha mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas berlebihan yang membebankan tubuh badan kita kerana sifat antioksidannya. Ianya jugak menghalan cytokine serta enzim yang mengakibatkan keradangan.

Last but not least antara manfaat matcha yang digemari ramai adalah;

πŸ“Œ PENGURUSAN BERAT BADAN
Matcha mengandungi polifenol serta antioksidan yang tinggi. Ianya membantu dalam mempercepatkan proses penukaran gula kepada tenaga dan meningkatkan kadar metabolisma tubuh badan kita. Hal ini membantu dalam pembakaran lemak serta gula berlebihan.

Terbaik adalah kita mengamalkan pure matcha sebagai minuman harian. 

Malah ianya jauh lebih berkhasiat daripada teh hijau atau green tea biasa. Eh Matcha dan teh hijau tak sama ke??? 

Klik sini untuk baca tentang Perbezaan Matcha dengan Green Tea atau Teh Hijau.

Jadi jangan ragu ragu, kalau dahaga jom minum matcha!😘

InsyaAllah Life Shakes Matcha bakal menemui peminat matcha soon enough!
Tak pasti Shaklee ni bahaya ke tidak boleh baca sini --> Shaklee Bahaya?

Klik gambar untuk update terkini;

                                 


Berminat untuk dapatkan khidmat nasihat, konsultasi dan maklumat mengenai Life Shake Matcha serta produk shaklee yang lain, tuan puan boleh terus hubungi El. Klik je gambar di bawah ni ya.

                                      



Continue Reading

PERBEZAAN MATCHA DENGAN TEH HIJAU ATAU GREEN TEA? | ELYANA YAZMIN



PERBEZAAN ANTARA GREEN TEA DAN MATCHA!


Ya Allah selama ni sejujurnya El ingatkan matcha ni green tea tapi macam ada pewarna tiruan.


Rupa-rupanya matcha dan green tea atau teh hijau ni sama cuma tak serupa! Eh? Macam mana tu?


Malahhh, matcha ada kualiti serta zat yang lebih daripada green tea. Ya Allah, berdosa fikir negatif dekat matcha kan πŸ˜‚


                                 


Sebenarnya kedua-dua teh hijau (green tea) dan matcha ni berasal dari spesis tumbuhan yang sama iaitu;


Camellia Sinensis


Yang berbeza adalah pada proses penghasilannya serta beberapa ‘feature’ lain. 


Jom kita tengok dimana letak perbezaannya!


CARA TANAM 

Untuk menghasilkan matcha, pokok camellia sinensis di tanam di kawasan terlindung daripada cahaya matahari. Hal ini dapat membantu penghasilan klorofil yang lebih tinggi. Manakala teh hijau pula ditanam dikawasan panas sehingga proses penuaiannya.


PROSES TUAIAN

Matcha diproses dengam menuai hanya daun muda yang terpilih. Daunnya selepeas itu dikukus sebelum di hancurkan menjadi serbuk.


Teh Hijau atau green tea pula diproses menggunakan semua daun, kemudian dikeringkan menggunakan ketuhar pengering sebelum dibungkus di dalam bag/uncang teh.


WARNA & TEKSTUR

Matcha mempunya warna hijau yang lebih cerag dan terang berbanding teh hijau atau green tea. Warna yang terang itu sebenarnya kerana kandungan klorofil yang tinggi. 


Tekstur Matcha lebih ‘rich’ atau kaya dan serbuknya lebih halus dan lembut rasanya.


RASA

Dari segi rasa, matcha dan juga green tea atau teh hijau ini ada ‘hint’ rasa pahit. Matcha rasanya lebih kompleks berbanding teh hijau yang ‘ringan’ ketika di minum. Matcha selalu ya di sediakan dengan susu sebagai latte.


HARGA

Matcha harganya jauh lebih mahal berbanding teh hijau atau green tea kerana prosesnya yang lebih kompleks serta pemilihan daun muda yang terpilih sahaja digunakan berbanding penghasilan teh hijau yang jauh lebih ringkas.


Sekarang pasti anda semua pun rasa teruja bahawasanya teh hijau ( green tea ) atau matcha ini SAMA TETAPI TIDAK SERUPA!


Jadi yang mana menjadi pilihan anda?


Nak tahu apa khasiat serta manfaat Matcha?  —> Klik Sini.

Continue Reading

KEJAYAAN BUSINESS DI MUSIM PKP 2020 HINGGA 2021 I ELYANA YAZMIN




Assalamualaikum & Hi,

Pejam celik sekarang kita dah masuk tahun 2022 kan?
Terlalu banyak yang terjadi beberapa tahun kebelakangan ni, ada suka dan duka.

Untuk El secara peribadinya, terasa masa berlalu sangat pantas tanpa betul-betul dapat 'take in' segala yang terjadi sejak hujung tahun 2019 masuk ke 2020, 2021 sehinggalah sekarang.

Umum semestinya lebih dari tahu apa yang melanda bukan sahaja pada kita di Malaysia bahkan seluruh dunia sejak Pandemik Covid-19 terjadi.

Mat Salleh kata;

"We are all facing different struggles, but we are indeed in the same storm"

Covid-19 memberi kesan yang berbeza kepada kita semua, semua terkesan dan cuba harungi segala yang terjadi dan berlaku sejak tahun 2020. Malah kita semua masih cuba 'adapt' dan sesuaikan diri dengan situasi yang tak menentu.

Memandangkan El sepenuhnya berniaga dan suami pula masih dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai Pegawai Farmasi, dengan dua anak kecil semestinya sedikit sebanyak Covid-19 memberi impak kepada kami. Mungkin kami tidak diduga seperti yang lain, tetapi kami juga have our fair share of struggle yang kami perlu lalui sejak hujung 2019.

2019 sebenarnya bermula dengan baik sekali sehinggalah hujung tahun banyak mula berubah. Malah El ada abadikan kesyukuran yang El rasa dalam blog ni pada ketika itu; 




BUSINESS ONLINE VS OFFLINE (RETAIL)

Sumber: Google Image


El mempunyai dua business iaitu farmasi yang El buat sepenuhnya secara runcit dan mensasarkan penduduk setempat (tidak fokus kepada online), dan business Magnificent Diamonds iaitu melibatkan perniagaan produk Shaklee.

Farmasi as always dia akan ada fasa-fasa yang sangat sibuk, dan ada cabaran tersendiri apatah lagi dengan situasi seperti jerebu, banjir atau sakit berjangkit melanda seperti chicken pox, etc. Kemuncaknya adalah bila mula masuk tahun 2020 yang mana desas desus mengenai Covid-19 mula melanda negara kita. 

Dari sini sekelip mata pengurusan farmasi menuntut masa dan perhatian yang lebih, pada masa yang sama El mula lihat dari sudut business dan mula nampak apa impak yang bakal berlaku. Walaupun secara peribada ianya tidak memberi impak kepada sales dan sebagainya terhadap farmasi, El tahu El tak boleh selesa dan Alhamdulillah sebab dah biasa berniaga online bersama Magnificent Diamonds, tanpa lengah El terus setup untuk online channel untuk farmasi.

Yes, itulah revolusi business pada tahun 2020. El akui El terpaksa ubah dan tambah baik sebelum El terpaksa dan tiada pilihan selain untuk ubah. Ternyata untuk mereka yang tidak cuba adapt dengan revolusi business ketika itu, hadapi kesukaran untuk 'survive'.

Manakala untuk business Magnificent Diamonds (Shaklee), El masih teruskan usaha untuk stabilkan dan El nampak ada keperluan untuk bantu mereka yang terkesan akibat pandemik melalui business shaklee. Alhamdulillah business Shaklee turut naik pada tahun 2020 tersebut.

Tidak sukar kerana selama ini model business shaklee bagi Magnificent Diamonds sememangnya secara online. Untuk yang hilang sumber pendapatan mereka boleh tambah pendapatan melalui atas talian dengan menjual produk shaklee. Ianya juga menjadi peluang lumayan apabila ada yang work from home, dan dapat memberikan lebih perhatian kepada business shaklee mereka.

Malah El dijemput oleh pihak INTI College untuk berkongsi pengalaman El sendiri menguruskan business semasa pandemik didalam sebuah Business Webinar;


Dibawah ni adalah mockup presentation yang el sendiri sediakan untuk pihak INTI College.




BUSINESS SHAKLEE DAN PRODUK 'IMMUNE BOOSTER'
Business Shaklee adalah model business yang El kira paling tepat pada ketika pandemik melanda atas beberapa faktor:
  • Business yang flexible dan boleh dilakukan dimana-mana.
  • Produk yang bukan bermusim tetapi keperluan.
  • Keperluan supplements 'immune booster' seperti Vitamin C, Vitamin D, Antioxidants meningkat apabila covid-19 melanda.
  • Keperluan yang sebelum ini ramai dah tahu, tetapi semakin meluas kesedarannya apabila pandemik berlaku.
  • Shaklee mempunyai sistem yang mudah.
  • Bonus bila ada team yang beri support untuk memastikan kelansungan business semasa pandemik.
Sesiapa yang sudah berada dan kekal bersama shaklee semasa waktu ini, sudah pasti lihat perubahan serta kenaikan didalam business masing masing. 

Malah kepada yang baru menyertai nampak betapa mudahnya untuk bina business jika bijak ambil peluang model business yang telah shaklee sediakan.

FASA-FASA DALAM BUSINESS
Bila kita buat dalam business kita perlu faham business ni lumrahnya akan ada fasa naik dan turun, bezanya adakah kita bersabar dalam membina business kita?

Business ni bukan setakat 'hit-run' tetapi ianya seperti Marathon, kita kena tahu bila kena slow down dan ambil nafas, bila kita perlu pecut dan sebagainya. It takes energy and patience untuk membina satu-satu business yang stabil. 


El tak  malu untuk kongsikan fasa naik dan turun El dalam business kerana disetiap fasa itu ada 1001 pengalaman yang sebenarnya sangat mahal yang semestinya mendewasakan diri kita dalam business.

Business ni bukan semata-mata sales, sebab jika kita faham ia melibatkan banyak perkara terutamanya yang sering ramai ambil remeh adalah pengurusan business tersebut.

Kalau lihat gambar diatas nampak kan kenaikkan dari segi income dari tahun ke tahun. 2020 walaupun hidup dalam huru hara jugaklah tetapi business online tetap mencatatkan kenaikkan yang tinggi.

Tetapi itu bukan satu perkara yang boleh buat kita selesa sebenarnya kerana pandemik masih belum berakhir.

NAIK ITU MUDAH, NAK KEKAL ITU CABARAN SEBENAR
Bila nak naik itu , bila kita dah ada pengalaman InsyaAllah mudah untuk naik kembali, tetapi cabaran sebenar adalah untuk mengekalkannya. Pada tahun 2020, kami di Magnificent Diamonds berjaya tingkatkan business kami jauh lebih baik dari tahun tahun sebelumnya termasuk tahun yang El kira sebagai tahun terbaik El dalam Shaklee.

But i do learn from my lesson, kejayaan ini.. mudah... tapi nak kekalkan itu adalah cabaran yang sebenar-benarnya. 




Alhamdulillah, dalam suasana kita cuba nak serasikan diri dengan PKP, kemudian PKP habis, PKP semula dan sebagainya, business masih kekal naik secara keseluruhannya untuk tahun 2021.

Hadzha Min Fadhli Rabbi.

Sejujurnya, pada tahun 2021 tu tidaklah terlalu nak kejarkan sangat sales, tetapi lebih kepada nak bantu ahli ahli Magnificent Diamonds terutamanya yang baru bermula survive dalam cabaran yang pelbagai ketika itu. 

Atas sebab itu jugak untuk memastikan cabaran 2020 yang kami hadapi dapat ditangani lebih baik pada tahun 2021, Magnificent Diamonds mengambil inisiatif melancarkan "Projek Ignite" walaupun company Shaklee turut berusaha untuk membantu ejen-ejen shaklee ketika itu.

Antara masalah yang dihadapi;
  • Masalah stoks yang lewat.
  • Masalah stoks terhad.
  • Masalah logistik -pos dan sebagainya.
Alhamdulillah dalam pada itu banyak juga upgrade yang kami dah buat untuk memastikan operasi business online kami berjalan lancar.

Kisah lanjut ada El kongsikan di Facebook El;
https://www.facebook.com/1348358974/posts/10228420931172188/?d=n


KEJAYAAN PROJEK IGNITE 2021


Projek Ignite diwujudkan pada tahun 2021 sebagai rebranding berserta penambahbaikan kepada konsep dropship yang dah lama wujud dalam Magnificent Diamonds.
Sebelum PKP, Magnificent Diamonds sentiasa bersedia untuk support keperluan ahli ahli sediaada untuk kelansungan business seperti;
  1. Backup keperluan stocks sekiranya HQ cuti dan customer perlu urgent.
  2. Sebagai option untuk penjimatan postage sekaligus tambahkan untung runcit, khususnya dalam kes kes yang mana kos postage dapat dijimatkan.
  3. Backup postage ke kawasan yang courier shaklee (gdex) tak cover seperti kawasan Felda.
Dan sebenarnya macam macam lagi.
Apabila PKP 1.0 berlaku awal tahun 2020, terdapat pelbagai cabaran yang boleh mengganggu gugat kelansungan business khusunya kepada orang orang baru yang masih belum mahir survivor skills dalam business.
Cabaran berlaku akibat pandemik seluruh dunia, diaman pergerakan kita terbatas dan demand yang naik khususnya terhadap supplements yang melibatkan boost immune system seperti Vitamin C, Nutriferon dan lain lain.
Perkara ini menyebabkan limited stocks yagn dapat diterima dari US ke Malaysia, pada masa demand semakin meningkat dan shaklee mula ada masalah dari segi stocks termasuk delay dalam delivering sehingga lewat 2-3 minggu.
Menyedari masalah yang berlaku, saya step up dan mula menyediakan ready stocks untuk tampung keperluan seluruh team Magnificent Diamonds kerana memahami tak semua ada modal untuk simpan stocks advance untuk tampung keperluan customer.
Pada masa sama, setiap ahli masih dapat menikmati komisen jualan dengan UV Transfer yang dibuat untuk setiap produk yang di ambil dari HQ Magnificent Diamonds.
Alhamdulillah since then kita mula tambah baik sistem pengurusan order untuk elakkan masalah termiss order dan sebagainya sekaligus rebranding konsep dropship melalui PROJEK IGNITE.
Setakat Mac 2021 hingga kini kita dah upgrade tools dan sistem untuk bantu smoothkan proses dan masih dalam proses tambah baik InsyaAllah dengan misi;
' EVERYTHINGS IN ONE PLACE, MAKING SURE EVERYTHING INTACT & SMOOTH'






Nanti el cerita lebih lanjut tentang Projek Ignite ni ok?
Atau klik link ni kalau ada nak tahu apa apa mengenaik projek ni dan sertai kami.

http://elyanayazmin.wasap.my


InsyaAllah El akan guide dan consult you mengikut keperluan dan yang terbaik untuk you.


Your TRUSTED SID,

ELYANA YAZMIN






Continue Reading

BAGAIMANA NAK URUS DAN ATASI MASALAH ANXIETY ? I ELYANA YAZMIN



Assalamualaikum & Hi,

Pejam celik kita dah masuk ke tahun 2022 dan dah masuk tahun ke 3 semenjak Covid-19 mula mengubah hampir keseluruhan hidup kita dari sehari ke sehari. Covid-19 di susuli dengan PKP atau pun MCO ni memberi kesan berbeza-beza mengikut individu.

Bak kata mat salleh;

"We are struggling in our own way in the same storm"

As for me myself to be honest i haven't got the time to really sit down and take in what ever happening around since end 2019 up till now. Masa berlalu terlalu pantas untuk my mind to be able to comprehend, apatah lagi sebenarnya sejak hujung 2019 tu bertubi tubi tugasan dan tanggunjawab.

Listing it out now, surely make my mind blown. Rasa masa berlalu sangat pantas tetapi terlalu banyak perkara terjadi. Its like neverending, but Alhamdulillah in a good way lah. A good progress i would say. Alhamdulillah.

But i do aware ada banyak perkara yang kita selalu buat and enjoy before this dah tak dapat buat. Bila kita cuba kembali ke suasana sebelum covid-19 dan sebelum MCO, bagai ada roadblock.

Perkara yang sebelum ni normal untuk kita, somehow now feels awkward.
Kalau dulu kita boleh bersesak sesak di pasar malam, i cant help but rasa sedikit 'serabut' dan 'nervous' bila orang dekat dan hampir dengan kita.

To be honest i bukanlah risau dijangkiti covid, but it just feels weird to be on the outside again, walhal i see people everyday in the farmasi.

I do have friends and family yang fighting against anxiety, imagining what they are going through i would able to really understand but i  fikir, if i yang tak risau bab terjangkit covid or apa apa ni pun rasa weird being around people, i cant imagine what these anxiety fighther kena go through.

Ni bukan kes manja manja mengada ye, its out body auto response to certain things and memang not easy to manage. Sebab the triggers tu can be a lot of things and it needs time and patient (kesabaran) nak urus.

Jangan ambil remeh, sebab perkara ni kalau kita tak urus dengan baik would be harmful.

Plus ini bukan masalah terpencil ye, sebab dah ramai orang mula ada masalah ni since the pandemic hits. Even a lot of celebrities share their fair share of experience fighting Anxiety which one of them is Diana Danielle. I know there are others but i dont really follow them.

Me myself do some reading about it sebab nak try comprehend and understand, apatah lagi patient keluar masuk farmasi ada alarming symptom of these. Not to mention to be able to understanding if my love ones needs me. 

I do have patients yang tanpa dia sedar dia duk pump pump handsanitizer while talking nervously and sangat cautious dengan surroundings dia. Slowly i learn to manage this situation so that atleast they are comfortable and feel at ease.

Here are some tips based on my reading yang El boleh share dengan you all semua, and hope you guys find it helpful InsyaAllah.

If you guys or your love ones ada masalah ni, it is suggested the best is to talk about it, tak semestinya cakap dengan orang (usually orang tak faham) but we can start dengan buat macam journal or diary about urusan seharian kita dari hari kesehari.

So that kita boleh tahu apa trigger, apa response dan juga cara kita manage to calm ourselve down so that bila the anxiety hits again kita dah boleh manage lebih baik from time to time.

So here El nak share 3 tips in managing anxiety especially kita now dah masuk fasa Post-Covid and mula nak adapt living with this new norm yang sebenarnya unpredictable ye tuan puan.

#1 KAWAL FIKIRAN NEGATIF

Apabila anxiety menyerang kebiasaannya luar kawalan kita dan bila dah few times kena, kita mula boleh dapat agak bila dia menyerang tetapi masih susah nak kawal fikiran negatif yang mula mencucuk dan menyesakkan dada. 

Antara yang kita boleh buat adalah cuba kenalpasti trigger , isolate diri and mula switch on relaxation mode.Kita perlu belajar dan apply teknik relaksai (relaxation) seperti  'deep breathing', mindfullness, dan imagine things that makes us happy.

Nampak cliche, tapi teknik ni adalah antara teknik pertama kita boleh apply untuk combat dan cope bila anxiety mula nak menyerang dan provoke kita.

#2 'TALK ABOUT IT' ATAU LUAHKAN

Mostly yang ada masalah anxiety choose untuk simpan sendiri simply because bila bersuara orang sekeliling seakan tak faham apatah lagi bila yang tak faham itu keluarga sendiri. El taknak sentuh part what we as family members can do for this entry but what i want to share hari ni, is how kita sendiri yang ada anxiety ni nak cope. 

First identify siapa support system kita yang boleh jadi dari kalangan kawan-kawan, keluarga dan orang yang kita percayai. So that kita boleh share apa jua dalam fikiran kita dan apa jua perkara yang trigger rasa risau dan nervous kita. Serious ianya akan sangat membantu jika kita mula bercerita sebenarnya apa yang mengganggu kita. 

Bila kita open up and cerita suprisingly kita tahu; WE ARE NOT ALONE.

Selagi kita tak cerita, orang keliling memang takkan faham.
So effective communication is always the best way to proceed.

Worst come to worst, make a journal and share your thoughts there if masih belum comfortable, but slowly find someone so that we can confide with.


#3 RUJUK YANG PAKAR

Akhir sekali, jangan pernah rasa takut or malu untuk 'seek help' atau minta nasihat dari yang pakar dalam kesihatan mental. Kadangkala keluarga atau kawan kita mungkin hanya mampu dengar tetapi tak dapat bantu kita secara menyeluruh. Self-help itu perlu tetapi ia tidak menggantikan fungsi pakar di bahagian psikologi.

InsyaAllah berjumpa dengan pakar yang banyak pengalaman urus kes anxiety boleh bantu kita atasi masalah anxiety dengan lebih berkesan.

Pakar lebih tahu untuk buat kita faham tentang masalah kesihatan kita dari segi emosi dan mental, dan dari situ pakar boleh 'guide' kita untuk urus dan manage masalah anxiety kita.

So far ini antara apa yang kita yang ada masalah anxietry boleh buat, InsyaAllah next posting kita cerita how orang keliling boleh ambil peranan untuk bantu andai ada kenalan especially family members kita ada masalah anxiety ni ok?

Stay tune InyaAllah.

Continue Reading