Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..
InshaAllah hari ni El akan kupaskan
mengenai topik Keperluan Nutrisi, Supplements & Ubat-ubatan. Sebenarnya
sebagai seorang yang mempunyai latar belakang kesihatan atau spesifiknya Ahli
Farmasi semestinya saya lebih mahir mengenai ubat, pengetahuan saya tidak
mendalam seperti Ahli Nutrisi (Nutritionist) mahupun Ahli Dietetik (Dietition).
Namun kita semua sedia maklum secara
umumnya nutrisi yang lengkap adalah penting untuk kesihatan badan secara
menyeluruh. Bahkan terdapat satu jurusan khas yang dikenali sebagai
‘Nutritional Immunology’ mengkaji tentang perkaitan antara nutrisi & sistem
pertahanan badan. Apabila badan kita kekurangan sesetengah nutrisi, sistem
imunisasi badan kita akan menjadi lemah. Oleh yang demikian badan kita
memerlukan constant supplies of nutrition.
Seperti kita sedia maklum, semua kehidupan
di dunia ini memerlukan nutrisi yang lengkap, tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya
matahari, air serta garam mineral. Manakala haiwan memerlukan makanan & air
malahan kita manusia juga memerlukan zat yang mencukupi dan lengkap. Ini merupakan
kepentingan nutrisi, kerana nutrisi yang lengkap mengukuhkan sistem imunisasi
badan kita dan juga memastikan tubuh kita berfungsi pada tahap yang optima.
Bagaimana untuk kita dapatkan nutrisi untuk
keperluan badan kita?
Sebenarnya kita boleh memperolehi nutrisi
daripada pemakanan seharian kita seperti keperluan karbohidrat, protein,
vitamin & mineral. Namun demikian ada terdapat banyak faktor yang
menyebabkan kita kekurangan sesetengah nutrisi dalam badan kita ataupun
melebihi paras keperluan normal badan kita.
Bolehkah anda ingat bila kali terakhir anda
makan makanan yang seimbang dari segi zat dan nutrisi? Atau bolehkan anda
dengan yakin mengatakan anda selalu mengelak daripada mengambil makanan yang
berminyak, tinggi kolestrol & tinggi alkohol?
Kebanyakan daripada kita hanya mengamalkan
pemakanan sihat & seimbang apabila kita jatuh sakit seperti demam atau
penyakit lain. Setuju?
Kebanyakan dan majoriti kini semakin ramai
yang mengamalkan pemakanan tidak seimbang , tinggi gula, garam & lemak.
Saya tidak katakana semua namun majoriti tidak mampu mengawal pemakanan mereka
dan saya juga tidak terkecuali. Ini juga sebagai peringatan untuk diri sendiri.
Pemakanan yang tinggi kandungan gula, lemak
& garam kini menjadi the ‘leading factors’ atau punca utama peratusan
penyakit kronik meningkat dikalangan orang muda. Jikalau dahulu penyakit kronik
seperti kencing manis, darah tinggi & jantung dikaitkan dengan sakit tua
kini tidak lagi. Ini belum kita masuk mengenai obesity & penyakit kanser
yang semakin meningkat peratusannya.
Erti kata mudahnya, keseimbangan nutrisi menyokong
penyataan ‘PREVENTION IS BETTER THAN CURE’ atau Mencegah itu lebih baik
daripada merawat.
Kenapa kita perlukan pemakanan tambahan
atau ‘SUPPLEMENTS’ ?
Jikalau dahulu dengan latar belakang saya
sebagai ahli kesihatan atau lebih spesifik sebagai Ahli Farmasi menyebabkan
saya buta atau bodoh sombong untuk ambil tahu mengenai keperluan ‘supplements’.
Oleh kerana background saya sebagai Pharmacist jugalah saya rasa tiada
keperluan supplements ini kerana saya merasakan cukup dengan pemakanan.
Malangnya saya masih tidak menjaga keseimbangan pemakanan saya, apatah lagi
untuk ambil kisah pemakanan pesakit. Itulah yang saya kata bodoh sombong tadi.
Bila Mama saya sendiri ambil supplements
saya merasakan satu pembaziran. Bila pesakit tanya jawapan saya mesti berbunyi
begini;
“Tak payah makcik, minum je susu banyak,
tak payah bazir duit beli supplements”
“Tak perlu pun supplements ni, propaganda
sahaja”
Senang cerita saya tak faham fungsi
supplements itu sendiri, sehinggakan saya menolak mentah-mentah supplements
tanpa usul periksa atau mengkaji mengenainya.
Sehinggalah pada suatu masa saya mengkaji
mengenai penyakit Alzheimer yang menemukan saya kepada kepentingan Vitamin E,
Omega-3 & Resveratrol. Namun ketika itu saya masih percaya hanya dengan
makan buah anggur saya boleh dapat kesan anti-alzheimer itu.
Alhamdulillah ketika terlibat secara tidak
lansung dan melihat sendiri Kajian Klinikal Vitamin E (Ekstrak Kelapa Sawit) untuk Stroke &
Diabetes oleh prof saya , saya mula percaya tentang kepentingan supplements. Di
situ minat saya terhadap supplements lebih kepada Vitamin E. Itu jugalah
supplements pertama saya ambil untuk mengelakkan early onset of Alzheimer
kerana saya punyai strong family background of Alzheimer.
Bermula dari situ saya mula nampak
kepentingan & keperluan supplements.
Badan kita perlukan supplements untuk
melengkapkan nutrisi seharian kita. Seberapa yakinkah kita bahawa nutrisi kita
cukup lengkap untuk tubuh kita berfungsi secara optima dalam mencegah
penyakit? Pasti kita ragu-ragu bukan dan
antara faktor kita kekurangan nutrisi penting dalam badan kita adalah kerana;
- ü Pemakanan tidak seimbang.
- ü Cara masakan kita yang membunuh zat yang
tergandung dalam pemakanan kita.
- ü Pencemaran terhadapan bahan makanan yang
kita makan.
- ü Penyakit yang menyebabkan nutrisi sukar di
serap kedalam badan.
- ü Penyalahgunaan dadah.
- ü Pengambilan kafein berlebihan.
- ü Pemilihan makanan tertentu sahaja.
Di sinilah fungsi Supplements yang paling
utama iaitu melengkapkan kelompongan nutrisi dalam pemakanan seharian kita
diperlukan.
Apakah Supplements dan apa bezanya dengan
ubat-ubatan?
Persoalan ini sebenarnya bukanlah asing
bagi saya. Ia bukanlah pertanyaan yang ‘rare’ dan saya sering ditanya mengenai
perkara ini baik daripada keluarga, kawan-kawan, pesakit & pelanggan. Ramai
tidak faham atau keliru perbezaan antara supplements dan ubat-ubatan. Malah ada
yang tidak faham lansung apa sebenarnya itu supplements dan bagaimana ianya
tidak sama sekali bertindak seperti ubat-ubatan.
Supplements terdiri daripada nutrisi
keperluan badan antaranya; protein, vitamins & garam mineral. Ia bertujuan
melengkapkan keperluan nutrisi kita seharian yang kita tidak dapat cukup hanya
dengan pemakanan. Ianya tidak hanya di ambil semasa sakit sebaliknya lebih baik
di amalkan sebelum kita di serang penyakit sebagai contoh;
Pengambilan kalsium oleh wanita untuk
mencegah Osteoporosis (Tulang Rapuh)
Supplements tidak bertujuan untuk merawat,
tetapi lebih kepada menyokong keperluan nutrisi sekaligus membantu badan kita
berfungsi secara optima mencegah penyakit.
Ibarat tumbuhan yang memerlukan cahaya
matahari & air secukupnya untuk tumbuh subur & mekar.
“Bagaimana pula dengan ubat-ubatan?”
Ubat-ubatan adalah bahan yang digunakan
untuk tujuan rawatan. Ianya tiada keperluan sekiranya tidak bertujuan untuk
merawat apa-apa penyakit. Penyalahgunaan ubat-ubatan boleh membawa maut namun
sekiranya digunakan ikut keperluan ianya mampu merawat penyakit. Ubat-ubatan
adalah penting dan tidak boleh sewenang-wenangnya diambil atau diberhentikan
tanpa nasihat Doktor atau ahli kesihatan lain.
Kedua-duanya ini juga dikawal secara
berbeza, dimana tidak seperti ubat, supplements secara umumnya adalah selamat
sehingga dibuktikan tidak selamat. Manakala ubat-ubatan perlu dibuktikan
selamat untuk digunakan oleh pesakit sebelum dikeluarkan di pasaran.
Antara persoalan yang saya sering dapat
adalah;
“Adakah saya boleh berhenti mengambil
ubat-ubatan hospital jikalau saya sudah mengambil supplements?’
“Adakah supplements selamat?”
Pertama sekali perlu diingatkan supplements
tidak sama sekali merawat penyakit sebaliknya ia bantu lengkapkan nutrisi untuk
bantu mencegah penyakit & memastikan badan berfungsi secara optima dalam
melawan penyakit.
Sebagai contoh jika anda terkena jangkitan
kuman, supplements tidak dapat membunuh kuman sebaliknya anda memerlukan antibiotic
untuk melawan kuman-kuman tersebut.
Vitamin C tidak sama sekali membunuh kuman sebaliknya ia hanya membantu
melengkapkan nutrisi untuk kekuatan imun sistem badan kita.
Oleh yang demikian supplements tidak boleh
sama sekali menggantikan fungsi ubat untuk tujuan rawatan. Ubat-ubatan
mempunyai kajian yang lebih ektensif dan jitu dalam melawan penyakit tetapi
tidak supplements dan digunakan dalam rawatan.
Supplements juga secara umumnya adalah selamat
melainkan tidak bersesuaian untuk diambil atau mempunyai kontraidikasi;
Sebagai contoh Pesakit Thalassemia tidak
sesuai untuk mengambil supplements yang mempunyai ‘iron’ kerana risiko pengumpulan
‘iron’ dalam darah dan menambah buruk kepada penyakit thalassemia.
Supplements dan ubat-ubatan yang mempunyai
KKM adalah selamat sehingga dibuktikan tidak selamat. Penting untuk anda
memastikan supplements atau ubat-ubatan anda ambil itu berdaftar dengan KKM.
Namun anda perlu juga tahu kategori supplement yang perlu berdaftar dengan KKM
ataupun hanya terlibat dengan AKTA PEMAKANAN.
Oleh itu jadilah pengguna yang bijak dan cakna
akan kesihatan tubuh badan anda!
ELYANA YAZMIN
(Pharmacist by Profession)
Senior Supervisor &
Founder of Magnificent Empire
Your Most Wanted
Shaklee Independent Distributor
Disclaimer:
Sebagai makluman kepada para pembaca dan pelanggan yang dihargai, Segala testimoni /penulisan tentang produk Shaklee yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Segala yang tercatat di blog ini adalah pandangan peribadi & ilmu saya sebagai Pharmacist dan tidak boleh di ambil sebagai rujukan. Ia juga tidak melambangkan pandangan keseluruhan profession saya.
Supplements merupakan alternatif kepada anda untuk menjalani hidup dengan khasiat lengkap hasil dari kajian mendalam. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.