Semua orang ada impian dan cita-cita nak berjaya. Kita boleh baca tips kejayaan, tips berniaga, tips itu tips ini but do we really apply it? Atau kita sebenarnya hanya meletakkan cita-cita tanpa usaha ? Ada 'short cut' tak untuk berjaya?
NO. TIADA
Unless ofcourse kalau you "THE LUCKY ONE" but trust me tidak sebab nak berjaya mesti ada pengorbanan sedar atau tidak.
-
Nak berjaya ni tak semudah baca ABC atau just apply and kita sampai destinasi kejayaan tu but its more or less A JOURNEY. Kadang kita tertanya-tanga how orang lain boleh ? How ? how?
-
Tidakkah anda terfikir, mereka juga mempunyai pemikiran yang sama seperti anda sebelum mereka berjaya? Bezanya hanyalah mereka telah mencuba dan cekal tabah mengharungi segala ombak badai. Jadi anda bagaimana?
-
Renung-renungkanlah. Rezeki Allah itu sungguh luas untuk hambanya yang berusaha.
-
Jadi apa kita perlua buat sebenarnya? Meh El share secara ringkas ek;
🔹TENTUKAN IMPIAN
Itu sebenarnya perkara utama, kalau kita tahu apa kita nak usah mimpi kita akan berjaya. Target haruslah realistik dan masuk akal seiring dengan usaha. Bila dah tau terus usaha dan BUAT ! Jangan terlalu lama menyimpan impian.
🔹YAKIN
Kita selalu fikir, mampukah? Bolehkah?Tanpa sedar inilah perkara yang menghalang you first step. First step lah is the hardest! Tapi kalau tak cuba kita tak tahu bukan? So YAKINLAH! Kita hanya perlu yakin dan tentukan target impian yang betul selari dengan kebolehan diri sendiri (bukan manjakan diri).
🔹TABAH & BERANI HADAPI KEGAGALAN
Lumrah dalam apa jua kita lakukan, kadang kita di atas kadang kita dibawah. Hidup nih macam roda. Paling perlu diingatkan sebenarnya jangan sesekali takut atau putus asa apabila menemui kegagalan, kerana kegagalan adalah satu pengalaman berguna dimasa hadapan. Bangkit dan terus cuba lagi.
🔹POSITIF
Sebenarnya kita haruslah sentiasa POSITIF kerana apa yang kita fikir itulah yang akan kita tarik kepada diri kita. Kita ni sebenarnya ibarat Magnet. Elakkan daripada anggap masalah itu satu beban yang besar sehingga kacau emosi, instead FOKUS pada jalan penyelesaian dengan hati yang tenang dan jelas. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya.
🔹JANGAN ABAIKAN TEGURAN/KRITIKAN
Andai anda menerima kritikan, jangan sesekali mengabaikannya dan mengambil NEGATIF. Ambil dan kaji setiap kritikan yang kita terima, namun anda adalah penentu sesuatu keputusan. Sebenarnya kita perlu bijak dan tidak emosi dalam menentukan keputusan seterusnya.
🔹DOA & TAWAKAL
Bila kita dah usaha, seterusnya berdoalah. Pastikan setiap perkara kita lakukan mempunyai keberkatan. InsyaAllah , Allah nampak setiap usaha yang kita lakukan.
Lastly kalau "nekad" ingin berkaja jangan "hangat-hangat tahi" ayam sahaja.
Assalamualaikum & Morning ❤️
Elyana Yazmin
Founder of Magnificent
Pharmacist by Profession
0 comments:
Post a Comment