Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah malam ini diberikan kesempatan untuk
mencoretkan kisah yang mempunyai tempat yang paling indah dalam diri ini. Kisah
yang berlaku pada 1-12hb Disember 2018, dimana untuk pertama kalinya kaki ini
menjejakkan kaki ke bumi anbiyaa.
Sejujurnya sehingga hari ini masih tidak percaya, impian
yang ku dambakan telah pun menjadi kenyataan, Allahuakbar.
Sungguh besar kuasa
tuhan dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sudah pasti ada
seribu satu cerita disebalik kisah #KembaraMencariRedhaIlahi dan aku ingin
pahatkan segalanya disini sebagai kenang-kenangan serta peringatan untuk diri yang kadangkala alpa.
Mengimbau kenangan disana, air mata ini tak berhenti henti
mengalir, air mata yang penuh dan sarat dengan kerinduan kepada Baitullah dan
Rasulullah. Ya Allah semoga aku & kaum muslimin yang lain diizinkan untuk kembali dijemput untuk
kerumahMu lagi dan lagi, InsyaAllah.
Apa yang pasti kembara ini sebenarnya bukan bermula dari 1hb
Disember 2018 di saat kami berlepas ke Madinah dari Kuala Lumpur tetapi bagi
diriku, kembara ini telah bermula sejak pertama kali aku tanam dan pasakkan
niat dalam hati untuk menjadi tetamu Allah.
Yang pasti semuanya dengan Izin Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang.
Sejujurnya sejak dulu tengok orang kesana teringin untuk
kesana tetapi tak pernah betul betul niat dan berusaha untuk kesana. Mulut kata
nak tapi hati tidak bersedia;
“Mana nak cari duit, banyak kot nak pakai, tua agaknya baru
dapat pergi”
“Layakkah aku untuk kesana, surah pun tak hafal banyak”
Bila dah ada duit lain pulak cerita dan alasannya;
“Takut nak pergi , tak bersedia sebab rasa diri ini amat
jahil”
“Anak kecil lagi”
“Kalau pergi nanti dah lah lama 2 minggu, haji lagi lah
sebulan lebih, kerja semua ni macam mana? Leceh nak berebut cuti”
Astaghfirullahalazim ðŸ˜
Bila dah resign kerja sendiri, ada time freedom;
“Risau kedai ni macam mana, dah la baru bukak”
“Anak kecik lagi, kalau bawak naim dia tak behave nanti
macam mana?”
Tapi itulah perancangan Allah tu cukup baik dan tepat pada
masanya.
Sebenarnya kalau nak tunggu diri sendiri nak plan dan pergi,
entah bila baru aku duduk sungguh sungguh dan focus plan. Alhamdulillah awal 2017,
keluarga mertua memang dah berniat untuk bawa anak lelaki mereka (my husband
& brother in law) pulak untuk ke tanah suci pada awal 2018.
Jadi sebagai isteri semestinya aku follow kemana sahaja
suami ku pergi tapi hati ini ada sedikit gusar tentang duit dan persediaan tapi
takpelah kita follow je InsyaAllah pasti ada jalan dan rezeki.
Oleh sebab itu juga pada awal 2017, finally I put it into
visualization untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah dan ziarah Rasulullah pada
Jan 2018.
Namun sejujurnya ketika ini, walaupun ia ada dalam vision board tetapi
hati dan fikiranku banyak tertumpu untuk usaha untuk meletakkan jawatan dan
kemudian membuka farmasi.
Alhamdulillah long story cut short, May 2017 untuk pertama
kalinya business Shaklee ku hit target sales paling tinggi dan aku mula
mencapai income 5 angka Bersama Shaklee , and masa ni lah lebih membuak buak
rasa untuk resign dan get my time freedom bekerja dari rumah.
Finally, Ogos 2017 aku berani meletakkan jawatan dan
melepaskan income tetap RM5000 + sebulan dan mula fulltime business dari rumah.
The best time of my life I would say.
Duit ada masa, masa pun dah ada tetapi masih tiada rezeki
untuk menjadi tetamuNya atas pelbagai perkara.
Kemudian kami mula focus kepada urusan membuka farmasi dan
kami menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan tatkala ini.
Sewaktu ini aku lihat Vision Board ku dengan rasa kurang
yakin.. mampukah aku kesana awal Jan 2018, jika farmasi delay untuk beroperasi?
Duit dah ada, tetapi masa dan keadaan seperti tidak
mengizinkan untuk kesana. Beberapa kali juga aku bertanyakan pada suami, jadi
ke pergi awal 2018 kerana aku risau..
Risau, terlalu risau tapi aku masih cool, dan eventho ada ketika suami ku macam dah sangsi untuk pergi, aku pula memberi support vice versa.
Farmasi yang hendak dibuka Disember 2018, delay
pembukaannya.
Cash yang sepatutnya disimpan daku KIV untuk backup incase
kedai masih delay pembukaannya kerana sewa kedai tetap berjalan.
Allah sewaktu ini aku serahkan segalaNya pada Allah.
Akhirnya entah macam mana, keluarga mertua kata tak jadi,
dan reschedule pada hujung tahun 2018.
Lega sejujurnya tetapi dalam lega ada rasa sedih jauh
disudut hati tetap terasa, adakah aku dapat untuk kesana nanti.
A lot of things happen 2018, masa berlalu terlalu pantas dan
sedar tak sedar tengah tahun kami perlu confirmkan booking kami untuk umrah serta payment yang banyak melebihi half.
Husband almost cancel sebab rasa risau scam dan sebagainya, tapi mujur juga masa ni aku sentiasa berpegang ;
“Jadi atau tak jadi, kena tipu or tak kena tipu semua tu atas izin Allah. Kita usahakan dulu, moga Allah jaga semuanya”
Yes kami risau duit , sebab bukan sikit sikit, apatah lagi majority savings kami dah labur ke Farmasi.
Dalam risau hati tetap yakin dengan rezeki Allah.
Jujurnya kalau dulu dah cukup segalanya untuk kesana, tetapi
atas sebab tertentu duit yang disimpan untuk kesana tinggal separuh sahaja.
Masa ni aku siap berpesan kepada suami, andai kata aku tak sempat kumpul duit,
tidak mengapalah dia pergi lah dahulu tanpa ku.
Booking setel tetapi hati dan perasaan ketika ini berperang;
“Sempat ke aku kumpul balance? Kalau boleh taknak sampai kena mintak tolong husband topupkan 😢”
“Farmasi ni macam mana, boleh ke tinggal sampai 2 minggu”
Tapi kalau risau farmasi alamatnya sampai bila bila selagi
farmasi ni ada aku tak dapat pergi. Rasa berdosa sedangkan dulu dah niatkan
kalau dah dapat kerja sendiri ada masa yang lebih untuk luangkan untuk Allah.
Masa ni ya Allah rasa berdosa sangat dan aku sungguh sungguh
berdoa dengan Allah moga diberikan kekuatan, ketabahan , dipermudahkan urusan
seharianku kerana tahun 2018 bukanlah tahun terbaik buat ku tatkala itu.
Hari berganti hari, aku semakin sibuk dengan urusan farmasi dan
sejujurnya ada pelbagai perkara mengganggu fikiran dan perasaan ku. Semakin
hari semakin lemas dalam fikiran dan emosi ku sendiri. Rasa semakin hari digasak kiri dan kanan, depan dan belakang sehingga aku rasa lemas.
Sehingga aku termenung jauh pada suatu hari, bukankah ini
hidup yang aku mahukan dan aku pinta?
Aku dah capai segala yang aku inginkan ; Resign, buka farmasi, kerja sendiri tetapi
kenapa aku seakan buntu, seakan hilang diriku.
Sewaktu ini aku bermohon pada Allah untuk berikan aku
kekuatan untuk mencari diriku kembali. Aku ok Alhamdulillah, kerja jalan business makin ok tapi kenapa aku tak rasa bahagia yang sebenar?
Aku bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan, tetapi
tanpa sedar aku terlalu risau tentang perkara yang di luar kawalan ku.
Aku terlupa untuk bertanya pada yang satu, Allah swt.
Sejujurnya sehingga bulan November 2018, aku lansung tak focus
kepada urusan untuk menunaikan umrah. Lebih kepada focus untuk persiapkan
segalanya difarmasi kerana aku akan tinggalkan farmasi selama 2 minggu.
Aku sebenarnya melarikan diri dari perasaan takut untuk
kesana kerana rasa diri ini lansung tidak bersedia dan kerana aku terlalu risau
untuk meninggalkan farmasi.
Tidak putus putus aku berdoa setiap kali lepas solat moga
Allah mudahkan urusakan ku, tenangkan hati ku, moga Allah izinkan aku kesana
dan buang segala kerisauan ku, kerana hanya Allah tahu betapa aku mahu kesana
dengan rasa yang tenang.
Semakin kuat ku berdoa semakin hebat ku diuji dengan
pelbagai drama dalam hidup ku, sehinggakan aku menangis semahu mahunya mohon
diberi kekuatan;
Di suatu pagi yang hening tatkala semua sedang tidur, sewaktu ini aku menadah tangan dan berdoa;
“Ya Allah aku buntu, apa sebenarnya yang harus aku lakukan. Bantu
aku Ya Allah. Apa sebenarnya jalan yang harus aku pilih? Aku rindu ya Allah
ketenangan yang pernah ku rasakan, ketenangan yang aku rasakan disaat aku
bertarung nyawa untuk melahirkan Aisyah Zahraa. Dimana aku redha segala
ketentuanMu. Aku jelas dengan apa yang harus aku lakukan biarpun sewaktu itu
nyawa ku dihujung tanduk ya Allah”
“Bantu aku ya Allah,aku bersyukur atas segalanya namun
kenapa hati ini tidak bahagia, kenapa aku perlu memilih antara dua sedangkan
aku sayangkan kedua-duanya. Kenapa aku sangsi dengan setiap keputusan ku ya
Allah. Kenapa aku terlalu affected dengan apa yang di cadangkan kepada ku. Aku
tak mahu memilih antara dua ya Allah, tetapi adakah keputusan aku betul? Mampukah
aku ya Allah? Mampukah aku untuk menjadi terbaik dalam segalanya sebagai
pharmacist, ibu, isteri, managing director farmasi, business leader Shaklee,
agent Shaklee? Ya Allah apakah yang terbaik untuk ku, kerana kemampuan ku
terbatas tanpa redhaMu. Aku ingin kembali merasakan tenang dan bahagia
menjalani hari hari ku yang sepatutnya aku rasa kerana telah banyak yang telah
kau berikan pada ku”
Alhamdulillah semakin lama dalam berperang rasa, segalanya
tetap berjalan lancar. Semakin hari semakin banyak yang telah aku persiapkan
baik dari segi barang dan ilmu. Aku letak sepenuhnya tawakal kepada Allah
kerana aku yakin, ada sebab kenapa segalanya terjadi cuma mungkin kini aku
masih tidak mengerti kenapa dan mengapa. Namun atas keyakinan ku kepada satu
ayat;
“Tidak akan berganjak walau satu zarah pun sesuatu tanpa
izin Allah”
Maka aku teruskan melangkah dah serahkan segalaNya kepada
Allah.
Alhamdulillah akhirnya aku berangkat ke Madinah Bersama suami,
anak sulungku, keluarga mertuaku dan rombongan Syahid Travels pada 1hb December
2018 dalam keadaan tenang, bahagia dan bersemangat untuk menunaikan Ibadah
umrah dan meninggalkan Aisyah Zahraa dengan ibubapaku dan segala urusan
farmasi, business Shaklee kepada team dengan penuh tawakal kepada Allah.
Maka bermulalah episod terindah dalam #KembaraMencariRedhaIlahi diri ku.
Dalam kembara ini ada beberapa pelajaran yang aku sendiri pelajari
antaranya;
...
SEMUA YANG TERJADI
ADALAH DENGAN IZIN ALLAH
Pengalaman kali ini banyak mengajar diri ini, bahawa ianya
semua atas izin Allah. Untuk menjadi tetamunya ni adalah salah satu bentuk
rezeki dari Allah. Kadang bila ada duit dan masa, belum tentu kita boleh pergi,
kadang even rasa mustahil nak kumpul 6/7 ribu untuk kesana tapi Allah bukakan
pelbagai pintu rezeki untuk kita mampu juga kesana. Kadang dah bersedia
segalanya duit, masa dan ilmu belum tentu diberi rezeki kesana, tapi kalau kata
Allah nak bagi pasti ada jalan jalan yang kita tidak jangka.
....
SETIAP YANG TERJADI
ADA HIKMAHNYA
Bila dikenang kembali sepanjang 2018, kadang rasa terlalu
banyak kali diri ini diduga terutamanya dengan emosi dan kesabaran. Semakin
kuat kita berdoa untuk diberikan kekuatan semakin hebat ujian yang datang.
Tatkala di uji, kadang kala rasa diri ini kuat, kadang kala rasa tak mengapa,
kadang kala rasa Ya Allah kenapa Ya Allah. Mungkin rasa berbeza kerana naik dan
turunnya iman sendiri. Tetapi apa yang pasti, semuanya terjadi ada hikmahlah.
Kerana dengan cabaran dan dugaan itulah yang menjadikan dan mengajar kita
sebagai manusia yang lebih sabar, tenang dan kuat. Aku pasti dugaan emosi yang
diberikan adalah untuk aku lebih sujud kepadanya dan untuk memberikan aku
ketenangan dan rasa lebih bersyukur tatkala menjejakkan kaki ke tanah suci.
...
USAH CUBA MENGAWAL
APA YANG DILUAR BIDANG KUASA KITA
Jujur kadangkala kalau datang risau especially pasal
farmasi, kadang lupa certain things is not for us to deal with. Kadangkala kita
terlupa apa yang kita dapat, apa yang kita bakal dapat bukan semata mata atas
usaha kita sahaja tetapi atas izin Allah.
Kadangkala kita risau sampai buntu berhari hari, sedangkan kita sudah
berusaha , maka sepatutnya kita serahkan segalanya pada Allah dan keep moving
forward and improve ourselves pada masa sama tingkatkan tawakal pada Allah. 2
minggu sebelum berangkat dan dua minggu sepanjang berada disana aku belajar
erti tawakal yang lebih tinggi dari sebelum sebelum ini. Selama ini ku rasakan
diri ini sudah cukup rasa tawakalnya terutamanya sejak fully berniaga rupanya
aku tidak sedar kadangkala aku terlalu memikirkan sesuatu yang diluar kawalan
ku=outcome kepada usaha ku.
...
JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH
Kadang kala dalam hidup kita terlalu mahukan sesuatu, kita doa dan doa, sehingga menangis semahunya tetapi semakin hebat kita diuji. Maka bersyukurlah atas tumbukan yang pertama kerana itu tanda Allah masih sayangkan kita. Usah pernah berhenti berdoa. Seperti ku, aku terlalu ingin menunaikan umrah dengan tenang, tetapi ujian demi ujian diberikan dan aku hampir mengalah, namun atas keyakinan pada Allah aku tidak putus berdoa. Alhamdullilah akhirnya semuanya berjalan lancar malah lebih dari yang aku bayangkan. Alhamdulillah 😢
Itulah sedikit sebanyak pengajaran dalam epilog ini moga dapat manfaat.
Apa yang baik ambillah, apa yang buruk jadikanlah tauladan.
InsyaAllah on next post aku akan kongsikan pengalaman
persediaan untuk kesana serta pengalaman ku disana.
Till then,
Assalamualaikum & Good Night
Love,
Elyana Yazmin
#FahmiElNaimUmrahJourney
0 comments:
Post a Comment