6 KELEBIHAN MATCHA GREEN TEA | ELYANA YAZMIN



PANAS PANAS TENGOK MATCHA ICE LATTE NI MAHU KECUR AIR LIUR 🤤

Bayangkan lah ye cuaca panas terik, ternampak ada orang hirup matcha ice latte ni, boleh bergetar jiwa.

Bila dia kacau dengan straw tu berlaga-laga ais dengan gelas tu, fuhhhh.

Cuba pejam mata bayangkan..

Dengan titisan air sebab sejuk dekat permukaan luar gelas, Allah boleh terngiang ngiang terasa tersekat tekak kering minta nak sikit.

Disebalik kesedapan matcha ni, tahu tak matcha ni ada banyak sangat khasiat yang baik untuk tubuh badan kita?




Antara khasiat Matcha ni adalah;

📌 MENINGKATKAN TENAGA
Matcha ni sangat bagus sebagai #energybooster, ianya meningkatkan tenaga tetapi tak buat kita rasa berdebar atau gemuruh. Ia bantu tingkatkan adrenaline dalam tubuh badan kita.
.
📌 MENINGKATKAN FUNGSI KOGNITIF & KESIHATAN OTAK
Matcha sangat bagus untuk meningkatkan daya upaya ketajaman serta fokus otak kita. Selain itu ia juga membantu dalam memberi rasa ketenangan. Bonus ianya mempunyai ejen anti-radang dan anti-inflamasi yang bagus untuk melambatkan proses penuaan sistem neuron otak kita.
.
📌DETOKSIFIKASI
Matcha berupaya membantu dalam proses detoksifikasi hati. Ianya membantu dalam membersihkan serta melancarkan perjalanan darah, serta buah pinggang.
.
📌KESIHATAN JANTUNG
Matcha kaya dengan polifenol yang bagus untuk kesihatan jantung dengan mengurangkan pengoksidaan LDL (kolestrol jahat) serta memberi fleksibiliti kepada saluran darah.
.
📌ANTIOKSIDAN & ANTI-INFLAMASI
Matcha mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas berlebihan yang membebankan tubuh badan kita kerana sifat antioksidannya. Ianya jugak menghalan cytokine serta enzim yang mengakibatkan keradangan.

Last but not least antara manfaat matcha yang digemari ramai adalah;

📌 PENGURUSAN BERAT BADAN
Matcha mengandungi polifenol serta antioksidan yang tinggi. Ianya membantu dalam mempercepatkan proses penukaran gula kepada tenaga dan meningkatkan kadar metabolisma tubuh badan kita. Hal ini membantu dalam pembakaran lemak serta gula berlebihan.

Terbaik adalah kita mengamalkan pure matcha sebagai minuman harian. 

Malah ianya jauh lebih berkhasiat daripada teh hijau atau green tea biasa.

Jadi jangan ragu ragu, kalau dahaga jom minum matcha!😘

InsyaAllah Life Shakes Matcha bakal menemui peminat matcha soon enough!




Wellness By Elyana Yazmin

#ShakleeSegamat
#lifeshakematcha
#Matcha
Continue Reading

PERBEZAAN MATCHA DENGAN TEH HIJAU ATAU GREEN TEA? | ELYANA YAZMIN


PERBEZAAN ANTARA GREEN TEA DAN MATCHA!

Ya Allah selama ni sejujurnya El ingatkan matcha ni green tea tapi macam ada pewarna tiruan.

Rupa-rupanya matcha dan green tea atau teh hijau ni sama cuma tak serupa! Eh? Macam mana tu?

Malahhh, matcha ada kualiti serta zat yang lebih daripada green tea. Ya Allah, berdosa fikir negatif dekat matcha kan 😂

Sebenarnya kedua-dua teh hijau (green tea) dan matcha ni berasal dari spesis tumbuhan yang sama iaitu;

Camellia Sinensis

Yang berbeza adalah pada proses penghasilannya serta beberapa ‘feature’ lain. 

Sini El ada kongsikan infografik ringkas mengenai perbezaan antara teh hijau (green tea) & juga Matcha.

Stay tuneeee something special coming to you from Shaklee Malaysia soon!

#Shaklee
#shakleemalaysia
#ShakleeSegamat
#Shakleebyel
#LifeshakesMatcha
#Matcha
Continue Reading

KEJAYAAN BUSINESS DI MUSIM PKP 2020 HINGGA 2021 I ELYANA YAZMIN




Assalamualaikum & Hi,

Pejam celik sekarang kita dah masuk tahun 2022 kan?
Terlalu banyak yang terjadi beberapa tahun kebelakangan ni, ada suka dan duka.

Untuk El secara peribadinya, terasa masa berlalu sangat pantas tanpa betul-betul dapat 'take in' segala yang terjadi sejak hujung tahun 2019 masuk ke 2020, 2021 sehinggalah sekarang.

Umum semestinya lebih dari tahu apa yang melanda bukan sahaja pada kita di Malaysia bahkan seluruh dunia sejak Pandemik Covid-19 terjadi.

Mat Salleh kata;

"We are all facing different struggles, but we are indeed in the same storm"

Covid-19 memberi kesan yang berbeza kepada kita semua, semua terkesan dan cuba harungi segala yang terjadi dan berlaku sejak tahun 2020. Malah kita semua masih cuba 'adapt' dan sesuaikan diri dengan situasi yang tak menentu.

Memandangkan El sepenuhnya berniaga dan suami pula masih dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai Pegawai Farmasi, dengan dua anak kecil semestinya sedikit sebanyak Covid-19 memberi impak kepada kami. Mungkin kami tidak diduga seperti yang lain, tetapi kami juga have our fair share of struggle yang kami perlu lalui sejak hujung 2019.

2019 sebenarnya bermula dengan baik sekali sehinggalah hujung tahun banyak mula berubah. Malah El ada abadikan kesyukuran yang El rasa dalam blog ni pada ketika itu; 




BUSINESS ONLINE VS OFFLINE (RETAIL)

Sumber: Google Image


El mempunyai dua business iaitu farmasi yang El buat sepenuhnya secara runcit dan mensasarkan penduduk setempat (tidak fokus kepada online), dan business Magnificent Diamonds iaitu melibatkan perniagaan produk Shaklee.

Farmasi as always dia akan ada fasa-fasa yang sangat sibuk, dan ada cabaran tersendiri apatah lagi dengan situasi seperti jerebu, banjir atau sakit berjangkit melanda seperti chicken pox, etc. Kemuncaknya adalah bila mula masuk tahun 2020 yang mana desas desus mengenai Covid-19 mula melanda negara kita. 

Dari sini sekelip mata pengurusan farmasi menuntut masa dan perhatian yang lebih, pada masa yang sama El mula lihat dari sudut business dan mula nampak apa impak yang bakal berlaku. Walaupun secara peribada ianya tidak memberi impak kepada sales dan sebagainya terhadap farmasi, El tahu El tak boleh selesa dan Alhamdulillah sebab dah biasa berniaga online bersama Magnificent Diamonds, tanpa lengah El terus setup untuk online channel untuk farmasi.

Yes, itulah revolusi business pada tahun 2020. El akui El terpaksa ubah dan tambah baik sebelum El terpaksa dan tiada pilihan selain untuk ubah. Ternyata untuk mereka yang tidak cuba adapt dengan revolusi business ketika itu, hadapi kesukaran untuk 'survive'.

Manakala untuk business Magnificent Diamonds (Shaklee), El masih teruskan usaha untuk stabilkan dan El nampak ada keperluan untuk bantu mereka yang terkesan akibat pandemik melalui business shaklee. Alhamdulillah business Shaklee turut naik pada tahun 2020 tersebut.

Tidak sukar kerana selama ini model business shaklee bagi Magnificent Diamonds sememangnya secara online. Untuk yang hilang sumber pendapatan mereka boleh tambah pendapatan melalui atas talian dengan menjual produk shaklee. Ianya juga menjadi peluang lumayan apabila ada yang work from home, dan dapat memberikan lebih perhatian kepada business shaklee mereka.

Malah El dijemput oleh pihak INTI College untuk berkongsi pengalaman El sendiri menguruskan business semasa pandemik didalam sebuah Business Webinar;


Dibawah ni adalah mockup presentation yang el sendiri sediakan untuk pihak INTI College.




BUSINESS SHAKLEE DAN PRODUK 'IMMUNE BOOSTER'
Business Shaklee adalah model business yang El kira paling tepat pada ketika pandemik melanda atas beberapa faktor:
  • Business yang flexible dan boleh dilakukan dimana-mana.
  • Produk yang bukan bermusim tetapi keperluan.
  • Keperluan supplements 'immune booster' seperti Vitamin C, Vitamin D, Antioxidants meningkat apabila covid-19 melanda.
  • Keperluan yang sebelum ini ramai dah tahu, tetapi semakin meluas kesedarannya apabila pandemik berlaku.
  • Shaklee mempunyai sistem yang mudah.
  • Bonus bila ada team yang beri support untuk memastikan kelansungan business semasa pandemik.
Sesiapa yang sudah berada dan kekal bersama shaklee semasa waktu ini, sudah pasti lihat perubahan serta kenaikan didalam business masing masing. 

Malah kepada yang baru menyertai nampak betapa mudahnya untuk bina business jika bijak ambil peluang model business yang telah shaklee sediakan.

FASA-FASA DALAM BUSINESS
Bila kita buat dalam business kita perlu faham business ni lumrahnya akan ada fasa naik dan turun, bezanya adakah kita bersabar dalam membina business kita?

Business ni bukan setakat 'hit-run' tetapi ianya seperti Marathon, kita kena tahu bila kena slow down dan ambil nafas, bila kita perlu pecut dan sebagainya. It takes energy and patience untuk membina satu-satu business yang stabil. 


El tak  malu untuk kongsikan fasa naik dan turun El dalam business kerana disetiap fasa itu ada 1001 pengalaman yang sebenarnya sangat mahal yang semestinya mendewasakan diri kita dalam business.

Business ni bukan semata-mata sales, sebab jika kita faham ia melibatkan banyak perkara terutamanya yang sering ramai ambil remeh adalah pengurusan business tersebut.

Kalau lihat gambar diatas nampak kan kenaikkan dari segi income dari tahun ke tahun. 2020 walaupun hidup dalam huru hara jugaklah tetapi business online tetap mencatatkan kenaikkan yang tinggi.

Tetapi itu bukan satu perkara yang boleh buat kita selesa sebenarnya kerana pandemik masih belum berakhir.

NAIK ITU MUDAH, NAK KEKAL ITU CABARAN SEBENAR
Bila nak naik itu , bila kita dah ada pengalaman InsyaAllah mudah untuk naik kembali, tetapi cabaran sebenar adalah untuk mengekalkannya. Pada tahun 2020, kami di Magnificent Diamonds berjaya tingkatkan business kami jauh lebih baik dari tahun tahun sebelumnya termasuk tahun yang El kira sebagai tahun terbaik El dalam Shaklee.

But i do learn from my lesson, kejayaan ini.. mudah... tapi nak kekalkan itu adalah cabaran yang sebenar-benarnya. 




Alhamdulillah, dalam suasana kita cuba nak serasikan diri dengan PKP, kemudian PKP habis, PKP semula dan sebagainya, business masih kekal naik secara keseluruhannya untuk tahun 2021.

Hadzha Min Fadhli Rabbi.

Sejujurnya, pada tahun 2021 tu tidaklah terlalu nak kejarkan sangat sales, tetapi lebih kepada nak bantu ahli ahli Magnificent Diamonds terutamanya yang baru bermula survive dalam cabaran yang pelbagai ketika itu. 

Atas sebab itu jugak untuk memastikan cabaran 2020 yang kami hadapi dapat ditangani lebih baik pada tahun 2021, Magnificent Diamonds mengambil inisiatif melancarkan "Projek Ignite" walaupun company Shaklee turut berusaha untuk membantu ejen-ejen shaklee ketika itu.

Antara masalah yang dihadapi;
  • Masalah stoks yang lewat.
  • Masalah stoks terhad.
  • Masalah logistik -pos dan sebagainya.
Alhamdulillah dalam pada itu banyak juga upgrade yang kami dah buat untuk memastikan operasi business online kami berjalan lancar.

Kisah lanjut ada El kongsikan di Facebook El;
https://www.facebook.com/1348358974/posts/10228420931172188/?d=n


KEJAYAAN PROJEK IGNITE 2021


Projek Ignite diwujudkan pada tahun 2021 sebagai rebranding berserta penambahbaikan kepada konsep dropship yang dah lama wujud dalam Magnificent Diamonds.
Sebelum PKP, Magnificent Diamonds sentiasa bersedia untuk support keperluan ahli ahli sediaada untuk kelansungan business seperti;
  1. Backup keperluan stocks sekiranya HQ cuti dan customer perlu urgent.
  2. Sebagai option untuk penjimatan postage sekaligus tambahkan untung runcit, khususnya dalam kes kes yang mana kos postage dapat dijimatkan.
  3. Backup postage ke kawasan yang courier shaklee (gdex) tak cover seperti kawasan Felda.
Dan sebenarnya macam macam lagi.
Apabila PKP 1.0 berlaku awal tahun 2020, terdapat pelbagai cabaran yang boleh mengganggu gugat kelansungan business khusunya kepada orang orang baru yang masih belum mahir survivor skills dalam business.
Cabaran berlaku akibat pandemik seluruh dunia, diaman pergerakan kita terbatas dan demand yang naik khususnya terhadap supplements yang melibatkan boost immune system seperti Vitamin C, Nutriferon dan lain lain.
Perkara ini menyebabkan limited stocks yagn dapat diterima dari US ke Malaysia, pada masa demand semakin meningkat dan shaklee mula ada masalah dari segi stocks termasuk delay dalam delivering sehingga lewat 2-3 minggu.
Menyedari masalah yang berlaku, saya step up dan mula menyediakan ready stocks untuk tampung keperluan seluruh team Magnificent Diamonds kerana memahami tak semua ada modal untuk simpan stocks advance untuk tampung keperluan customer.
Pada masa sama, setiap ahli masih dapat menikmati komisen jualan dengan UV Transfer yang dibuat untuk setiap produk yang di ambil dari HQ Magnificent Diamonds.
Alhamdulillah since then kita mula tambah baik sistem pengurusan order untuk elakkan masalah termiss order dan sebagainya sekaligus rebranding konsep dropship melalui PROJEK IGNITE.
Setakat Mac 2021 hingga kini kita dah upgrade tools dan sistem untuk bantu smoothkan proses dan masih dalam proses tambah baik InsyaAllah dengan misi;
' EVERYTHINGS IN ONE PLACE, MAKING SURE EVERYTHING INTACT & SMOOTH'






Nanti el cerita lebih lanjut tentang Projek Ignite ni ok?
Atau klik link ni kalau ada nak tahu apa apa mengenaik projek ni dan sertai kami.

http://elyanayazmin.wasap.my


InsyaAllah El akan guide dan consult you mengikut keperluan dan yang terbaik untuk you.


Your TRUSTED SID,

ELYANA YAZMIN






Continue Reading

BAGAIMANA NAK URUS DAN ATASI MASALAH ANXIETY ? I ELYANA YAZMIN



Assalamualaikum & Hi,

Pejam celik kita dah masuk ke tahun 2022 dan dah masuk tahun ke 3 semenjak Covid-19 mula mengubah hampir keseluruhan hidup kita dari sehari ke sehari. Covid-19 di susuli dengan PKP atau pun MCO ni memberi kesan berbeza-beza mengikut individu.

Bak kata mat salleh;

"We are struggling in our own way in the same storm"

As for me myself to be honest i haven't got the time to really sit down and take in what ever happening around since end 2019 up till now. Masa berlalu terlalu pantas untuk my mind to be able to comprehend, apatah lagi sebenarnya sejak hujung 2019 tu bertubi tubi tugasan dan tanggunjawab.

Listing it out now, surely make my mind blown. Rasa masa berlalu sangat pantas tetapi terlalu banyak perkara terjadi. Its like neverending, but Alhamdulillah in a good way lah. A good progress i would say. Alhamdulillah.

But i do aware ada banyak perkara yang kita selalu buat and enjoy before this dah tak dapat buat. Bila kita cuba kembali ke suasana sebelum covid-19 dan sebelum MCO, bagai ada roadblock.

Perkara yang sebelum ni normal untuk kita, somehow now feels awkward.
Kalau dulu kita boleh bersesak sesak di pasar malam, i cant help but rasa sedikit 'serabut' dan 'nervous' bila orang dekat dan hampir dengan kita.

To be honest i bukanlah risau dijangkiti covid, but it just feels weird to be on the outside again, walhal i see people everyday in the farmasi.

I do have friends and family yang fighting against anxiety, imagining what they are going through i would able to really understand but i  fikir, if i yang tak risau bab terjangkit covid or apa apa ni pun rasa weird being around people, i cant imagine what these anxiety fighther kena go through.

Ni bukan kes manja manja mengada ye, its out body auto response to certain things and memang not easy to manage. Sebab the triggers tu can be a lot of things and it needs time and patient (kesabaran) nak urus.

Jangan ambil remeh, sebab perkara ni kalau kita tak urus dengan baik would be harmful.

Plus ini bukan masalah terpencil ye, sebab dah ramai orang mula ada masalah ni since the pandemic hits. Even a lot of celebrities share their fair share of experience fighting Anxiety which one of them is Diana Danielle. I know there are others but i dont really follow them.

Me myself do some reading about it sebab nak try comprehend and understand, apatah lagi patient keluar masuk farmasi ada alarming symptom of these. Not to mention to be able to understanding if my love ones needs me. 

I do have patients yang tanpa dia sedar dia duk pump pump handsanitizer while talking nervously and sangat cautious dengan surroundings dia. Slowly i learn to manage this situation so that atleast they are comfortable and feel at ease.

Here are some tips based on my reading yang El boleh share dengan you all semua, and hope you guys find it helpful InsyaAllah.

If you guys or your love ones ada masalah ni, it is suggested the best is to talk about it, tak semestinya cakap dengan orang (usually orang tak faham) but we can start dengan buat macam journal or diary about urusan seharian kita dari hari kesehari.

So that kita boleh tahu apa trigger, apa response dan juga cara kita manage to calm ourselve down so that bila the anxiety hits again kita dah boleh manage lebih baik from time to time.

So here El nak share 3 tips in managing anxiety especially kita now dah masuk fasa Post-Covid and mula nak adapt living with this new norm yang sebenarnya unpredictable ye tuan puan.

#1 KAWAL FIKIRAN NEGATIF

Apabila anxiety menyerang kebiasaannya luar kawalan kita dan bila dah few times kena, kita mula boleh dapat agak bila dia menyerang tetapi masih susah nak kawal fikiran negatif yang mula mencucuk dan menyesakkan dada. 

Antara yang kita boleh buat adalah cuba kenalpasti trigger , isolate diri and mula switch on relaxation mode.Kita perlu belajar dan apply teknik relaksai (relaxation) seperti  'deep breathing', mindfullness, dan imagine things that makes us happy.

Nampak cliche, tapi teknik ni adalah antara teknik pertama kita boleh apply untuk combat dan cope bila anxiety mula nak menyerang dan provoke kita.

#2 'TALK ABOUT IT' ATAU LUAHKAN

Mostly yang ada masalah anxiety choose untuk simpan sendiri simply because bila bersuara orang sekeliling seakan tak faham apatah lagi bila yang tak faham itu keluarga sendiri. El taknak sentuh part what we as family members can do for this entry but what i want to share hari ni, is how kita sendiri yang ada anxiety ni nak cope. 

First identify siapa support system kita yang boleh jadi dari kalangan kawan-kawan, keluarga dan orang yang kita percayai. So that kita boleh share apa jua dalam fikiran kita dan apa jua perkara yang trigger rasa risau dan nervous kita. Serious ianya akan sangat membantu jika kita mula bercerita sebenarnya apa yang mengganggu kita. 

Bila kita open up and cerita suprisingly kita tahu; WE ARE NOT ALONE.

Selagi kita tak cerita, orang keliling memang takkan faham.
So effective communication is always the best way to proceed.

Worst come to worst, make a journal and share your thoughts there if masih belum comfortable, but slowly find someone so that we can confide with.


#3 RUJUK YANG PAKAR

Akhir sekali, jangan pernah rasa takut or malu untuk 'seek help' atau minta nasihat dari yang pakar dalam kesihatan mental. Kadangkala keluarga atau kawan kita mungkin hanya mampu dengar tetapi tak dapat bantu kita secara menyeluruh. Self-help itu perlu tetapi ia tidak menggantikan fungsi pakar di bahagian psikologi.

InsyaAllah berjumpa dengan pakar yang banyak pengalaman urus kes anxiety boleh bantu kita atasi masalah anxiety dengan lebih berkesan.

Pakar lebih tahu untuk buat kita faham tentang masalah kesihatan kita dari segi emosi dan mental, dan dari situ pakar boleh 'guide' kita untuk urus dan manage masalah anxiety kita.

So far ini antara apa yang kita yang ada masalah anxietry boleh buat, InsyaAllah next posting kita cerita how orang keliling boleh ambil peranan untuk bantu andai ada kenalan especially family members kita ada masalah anxiety ni ok?

Stay tune InyaAllah.

Continue Reading

MANFAAT POLIFENOL & VIVIX SHAKLEE

VIVIX SHAKLEE!


Assalamualaikum & Hi, 





Ramai yang tertunggu tunggu promo VIVIX ni. Memandangkan harganya yang premium, time promo ni la masa yang paling sesuai untuk mereka yang ingin mencuba atau, bagi yang dah memang mengamalkannya untuk restock lebih dari sebotol.


Apa yang membuatkan VIVIX istimewa & menjadi pilihan ramai adalah disebabkan ramuannya; 


1- ANGGUR MUSCADINE






Anggur bukan sebarang anggur, takde jual kat kedai buah tepi jalan. 


Satu-satunya anggur yang mempunyai lebih satu kromosom yang bermanfaat untuk kesihatan. Anggur ini mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser, juga sebagai anti-virus dan anti-bakteria.


Anggur muscadine dan bijinya adalah salah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti-radang. Jika dibandingkan dengan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang banyak khasiatnya dalam kesihatan menyeluruh.


2- EUROPEAN ELDERBERRY 






Berry yang bertaraf PREMIUM HIGH CLASS kalau dalam salasilah keluarga berry. Elderberry merupakan buah yang popular dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.


Ia juga banyak khasiat untuk penjagaan kesihatan menyeluruh dari kesihatan jantung dan lain lain.


3- PURPLE CARROT






Purple carrot adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical termasuk lah carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.


Asid klorogenik adalah anti oksidan paling banyak dalam semua carrot termasuk lah Purple Carrot. Ia bertanggungjawab mengurangkan risiko penyakit diabetes. 


4- POLYGONUM CUSPIDATUM (Knotweed Jepun)






Sejenis tumbuhan perenial yang besar berasal dari asia, juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed jepun adalah sumber komersial Resveratrol.


Polygonum Cuspidatum banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplement ANTI PENUAAN. 


Kesimpulan dari ujian demi ujian menunjukkan polyphenol di dalamnya membantu:


❤ Melambatkan proses penuaan

❤ Menjaga paras kolesterol sihat

❤ Memihara tekanan darah normal

❤ Meninggikan prestasi atlet 

❤ Mengurangkan berat badan


Siapa yang berminat boleh contact El keh!


📲 http://elyanayazmin.wasap.my


#Vivix #VivixShaklee #vivixpromosi #ShakleeAmpang #ShakleeCyberjaya #ShakleeSegamat #ShakleeMalaysia #ShakleeKualaLumpur #ShakleePutrajaya #ShakleeBrunei #VivixBrunei #VivixSingapore #ShakleeKuantan #Antioksidan #PCOS #Cysts #AwetMuda #KulitKusam #ShakleeKelantan #ShakleeTerengganu #ShakleeJB #ShakleeMelaka #ShakleePromo #Merokok #Kolestrol #Kurus #Gemuk #WeightLoss #TurunBerat #ShakleeRompin

Continue Reading