SHAKLEE NI TAK BAHAYA KE?

Assalamualaikum & Hi,




Tak puas LIVE sebab banyak gangguan, so i nak luahkan dalam penulisan 😆

Kalau nak tengok LIVE nanti hujung El attach link dia, for now let me write my thoughts here.

Ramai orang tanya El and its not a new question and dah banyak kali El berhadapan untuk reply balik soalan ni.

As for me i love to share again and again sebab memang majority tak berapa nak faham and confuse about this so tak pelik pun, because i was in their place once upon a time ago.

Kebanyakan bila tanya shaklee ni bahaya ke tak, El dapati diorang sendiri tak tahu dan tak kenal Shaklee tu sebenarnya apa. So apa sebenarnya Shaklee?

✔️ APA ITU SHAKLEE?





Shaklee ni sebenarnya satu company and a brand based dekat Pleasanton, California (USA) since 1956 lagi.  Shaklee ni manufacture and distribute natural nutrients supplements (makanan tambahan), produk kecantikan, household products dan produk untuk pengurusan berat badan. 

So basically SHAKLEE is a brand sepertimana brand brand diluar dan yang available dekat drugstore dan farmasi.

✔️ KALAU TAK BAHAYA KENAPA TAK JUAL DEKAT FARMASI?

Shaklee Malaysia diregister sebagai syarikat jualan lansung jadinya dia tak masuk ke kedai kedai fizikal termasuk farmasi dan drugstore lain.

TETAPI, di Singapura Shaklee di pasarkan di drugstore dan juga farmasi dan mereka ada lebih banyak variety untuk product shaklee. Malah rakyat singapura membeli dari SID Malaysia kerana di Malaysia lebih murah.









✔️ JADI BAHAYA KE TIDAK SHAKLEE NI?

Shaklee ni adalah satu jenama atau brand, dan bila sebut bahaya atau tidak orang lebih kaitkan dengan supplements / makanan tambahan yang dihasilkan.

Shaklee corporation bersama sama jenama atau brand supplements atau makanan tambahan lain tidak terkecuali untuk mematuhi akta dibawah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM). 

Dimana setiap makanan tambahan/supplements kategori berkaitan haruslah melalui product registration di Malaysia meskipun sudah di daftar dan pasarkan di negara asal (USA). Bila semuanya ok setiap supplements/makanan tambahan mempunyai nombor pendaftaran KKM yang bermula dengan MAL dan berakhir dengan;

N - Nutrients Supplements
T / TC - Traditional Products
A - Ubat Terkawal
X - Ubat bukan racun (OTC)






So Shaklee cuma involve dengan Nutrients Supplements;

Contoh:
MAL 13085068 NC
(Shaklee Sustained Release Vitamin C Plus)




As for cosmetics atau beauty products shaklee dia tak register KKM and takde analisis apa apa tapi sekadar notifikasi and akan terima nombor NOT xxxx.

Jadi sebenarnya bukan soal shaklee selamat atau tidak , soalan sebetulnya adakah supplements selamat atau tidak.

Nak check product kesihatan/kosmetik korang punya status KKM search dekat link ni;
https://npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/products-search.html

✔️ SO SELAMAT TAK?

Boleh jadi selamat dan tidak selamat berdasarkan individual case.

Tak boleh nak pukul samarata semuanya sebab bila berkait Supplements/Nutrients Supplements memang secara amnya selamat unless ada keadaan tertentu.

Contoh 1:
Pesakit Kanser Payudara - prone untuk Hypercalcemia (tinggi kalsium dalam darah).

Pesakit ini semestinya jika ambil supplements untuk bekalkan Kalsium akan jadi mudarat dan tingkatkan risiko pada jantung, buang pinggang etc etc.

Jadi untuk pesakit ini Supplements kalsium adalah bahaya untuk mereka.

Contoh 2:
Wanita hamil yang tidak minum susu, tak makan sayur, tak makan ikan atau menyusu badan di waktu muda perlu supplements bekalkan kalsium untuk elakkan OSTEOPOROSIS ( tulang rapuh) pada hari tua atau rapuh tulang diusia muda.

Sebab kurang kalsium dalam badan mungkin tidak lifethreatening sekarang tetapi tingkatkan risiko tulang rapuh diusia muda apatah lagi lepas menopause dimana jika tidak jaga masa muda sangat mudah tulang retak dan patah.

So dalam kes ni Supplements kalsium tidak bahaya malah sangat digalakkan especially kalau diet pemakanan sah sah kurang kalsium. 

So dalam shaklee punya brand banyak supplements ada kalsium cuma beza kuantiti tetapi paling fokus kalsium adalah OSTEMATRIX.

So nampak kan? Sebab tu tak boleh pukul rata kerana keperluan setiap orang tak sama. Tak boleh kata bahaya atau tidak, tak boleh kata setiap orang perlu atau tidak.

✔️ SO KALAU REGISTER KKM SAH SAH SELAMAT LAH?

Kalau segi perlu tak perlu, bahaya atau tak ikut individu lebih kepada jenis jenis supplements mengikut keperluan individu.

Tapi kalau nak cerita secara general selamat ke tak kita nasihatkan tengok register KKM tapi ....

Haaa ada tapi dia, nombor KKM ni kira sah la dia selamat pada asalnya melainkan selepas POST MARKETINF SURVEILLANCE ada masalah dan perlu panggil balik produk/product recall.

Maksudnya, KKM walaupun dah keluarkan nombor MAL tadi tu setelah analisis batch sample company bagi dan luluskan, mereka masih buat pemantauan yang kita panggil POST MARKETING SURVEILLANCE tadi tu.

If ada masalah, KKM akan arahkan untuk keluarkan semua produk dari setiap pasaran. Masalah timbul tu boleh jadi sebab pelbagai isu tapi salah satunya orang selalu hebahkan bila mana ada pencemaran racun berbahaya dalam produk tertentu.

Tapi again, kena faham jugak, selamat atau tak sesuatu supplements untuk individu bukan based on nombor KKM tu sahaja tapi banyak faktor contoh macam point sebelum ni mengenai pesakit kanser payudara. 

Walau dia makan supplements kalsium ada KKM sekalipun tetap berbahaya untuk dia.

Faham?

Jadi erti kata lain, ni Shaklee tu ok je la unless bila ada salah guna pada keadaan tak sepatutnya 🤗

Pembeli/pengguna kena bijak.
Penjual/distributor kena telus dan jangan overclaim.

Mostly salah faham dia ingat supplements tu ubat, tu yang makin panjang berjela salah faham.

Itu je ✌🏻

Haaa kalau nak baca pasal beza ubat & supplements, tu korang boleh baca kat sini k.
https://www.elyanayazmin.com/2017/01/keperluan-nutrisi-supplements-vs-ubat.html

As for LIVE, El explain pasal mende ni korang refer sini:

https://www.facebook.com/elyana.yazmin/videos/10220667948512467?s=1348358974&sfns=mo

Sekian, terima kasih.

InsyaAllah next LIVE el nak explain pasal supplements during pregnancy pulak. Ni pun ramai confuse mana yang penting and tak penting 🤰🏻

Elyana Yazmin
Shaklee Product Consumer since 2015.
Shaklee Business Leader since 2016.
A pharmacist by profession.

#LopaShares. 
#ElEducates
Continue Reading

KEMBARA MENCARI REDHA ILAHI : PART 1 - Persediaan Ringkas Untuk Menunaikan Umrah kali Pertama



Assalamualaikum wbt dan Hi,




Rasa dah lama betul nak menulis apa apa dekat sini, sejujurnya i have been swamp with pharmacy related work since February and baaaanyak sangat perkara yang terjadi dari last update space kesayangan ni sampai lah saat tengah menaip setiap baris kata kali ni.

As promised dulu El dah janji dengan diri sendiri nak coretkan setiap kenangan semasa di tanah suci terutamanya related to #KembaraMencariRedhaIlahi. As i mention earlier dalam my previous entri, perjalanan untuk menunaikan umrah tu bermula bukan  masa El berangkat ke Madinah dari KLIA tetap laamaaa lagi sebelum itu.

Plan asal kami sepatutnya pergi awal hujung tahun 2017 atau awal 2018, dan El tak masuk campur dalam urusan mencari travel agency dan sebagainya jadi El tak boleh nak cerita banyak soal ni. Segala urusan dengan travel agency untuk menunaikan umrah sepenuhnya diuruskan keluarga mertua El. El dan suami masa ni sibuk dengan farmasi jugak, jadi kami hanya sediakan duit and diri untuk beribadat.

Kesyukuran yang tak terhingga bilamana kami dapat jugak bawak anak kami, walaupun bukan both of them, tapi atleast kami dah bawak Naim. Kami pergi dengan Syahid Travel Agency, di bawah bimbingan Mutawwif Ustaz Izan. 

Dari segi kos sejujurnya El dah tak ingat sangat, tapi roughly RM6-7K/seorang dan untuk Naim dalam RM5-6K. Kurang sikit je dari nilai kami sebab dia dah 3 tahun lebih if not mistaken. Mula mula ingat tak cukup dah sebab plan pergi berdua je, tapi Alhamdulillah ada rezeki lebih bawak Naim sekali.

As for me, since husband dah cover Naim, i cover myself and my own expenses dekat sana. Sebenarnya kalau nak kata persediaan ni banyak sangat nak kena sediakan and bukan sahaja physical tapi kena sediakan mental, hati dan jiwa untuk kesana. 

So now El nak cerita apa perkara perkara penting yang perlu di sediakan untuk menunaikan umrah so that i could refer back to this post in the future and kalau ianya membantu readers i would be a bonus and El harap ianya dapat membantu la serba sedikit ehehe.

So ni El cerita roughly je dulu, InsyaAllah for certain thing El akan buat entri spesifik so that again senang for me to refer in the future ahahha sebab this is my first time pergi ke tanah suci, jadi memang nervous la masa tu, and i want to prepare better in the future sebab InsyaAllah ini walaupun yang pertama ianya bukanlah terakhir untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Amin amin ya rabbal alamin.

So here it is, jom tengok satu satu;

TRAVEL AGENCY




Sebenarnya El pun tak berapa nak mahir dan tahu detail cara pilih travel agency, tapi El dan suami serahkan sahaja semuanya pada parents in law dan kami tawakal. Ada yang kata kalau nak jimat pergi sendiri je, tak perlu ikut travel agency, tapi memikirkan ini kali pertama, kita ikutlah yang ada pengalaman dan ilmu semestinya. 

As for price kami pun tak compare sangat, tapi at the end of the day sebenarnya Alhamdulillah all went smoothly and kami berpuas hati dengan perkhidmatan Syahid Travel dan Mutawwif. Kata mak mertua El yang dah kali ke-3 rasanya kesana dengan travel agency ni ada kelainan dan mereka pun berpuas hati.

All i can say in summary, ada banyak price, ada banyak package tengok kemampuan, apa apa pun niatkan kerana Allah sebab sejujurnya masa kami nak pergi ni banyak dengar isu kena tipu dan sebagainya so ada satu moment ni husband risau nak bayar deposit sebab travel agency mintak bayar cepat waktu tu untuk secure harga murah.

Sampaikan ada salah faham jugak and El faham apa concern suami, sebab duit yang keluar bukan sikit dah kami baru je bukak farmasi, tapi entahlah hati ni fikir macam ni je;
 
Tidak akan berganjak walau satu zarah pun sesuatu tanpa izin Allah
apa pun outcome samaada kami suka atau tak suka, bagus atau tidak semua tu terjadi dengan izin Allah dan pastinya setiap sesuatu tu ada hikmahnya. El pun yakin InsyaAllah, Allah akan mudahkan sebab niat kita baik, bukan nak pergi buat perkara tak elok. So InsyaAllah doa banyak banyak El remind diri dan jugak suami.

Alhamdulillah everything turns out well !


VISA UMRAH




Untuk ke Tanah Arab perlukan visa, jadi sangat sangat penting VISA ni, sebab if dah beli tiket flight tapi VISA tak lepas pon masalah jugak. Urusan VISA ni semua diuruskan travel agency cuma kami perlu sediakan dokumen dokomen yang diminta antaranya;




  • Passport Antarabangsa Malaysia yang sah minima 6 bulan dari tarikh penerbangan.



  • Buku Suntikan Vaksin sebagai bukti dah ambil vaksin.



  • Gambar VISA size 6cm x 4cm , latar putih, lelaki tak bersongkok dan perempuan bertudung gelap. (senang cerita gi kedai gambar kata nak ambil gambar visa ehehe)



  • Sijil nikah atau apa apa bukti khususnya untuk perempuan yang mengikut mahram, kalau tak salah El, husband El bagi salinan sijil nikah kami.

apa - apa pun masih kena check dari masa kesemasa dengan travel agency atau pihak berkaitan sebab rasanya banyak dah ubah selepas kami pergi. So always ask, kalau malu bertanya sesat jalan ehehhe

KURSUS UMRAH

Sejujurnya kursus umrah ni penting sangat sangat untuk tambah ilmu, and El harap walaupun belum ada gaya nak pergi tak nampak bayang ke apa, pergi je kalau ada dekat area korang jangan jadi macam kami dah nak pergi last minit baru join kursus.

El tak tahu lah orang lain, tapi El ni ilmu bab agama tak mahir, tak tinggi, antara sebab El nak pergi umrah/haji tapi tak tetapkan hati semuanya sebab rasa TAKUT. 

Rasa macam susahnya nak buat umrah apatah lagi haji, di belenggu dengan rasa takut sebab tak cukup ilmu tapi rupanya tak bertindak untuk mencari ilmu tu. Duk ingat susahnya sebab rasa diri ni susah nak hafal segala doa ayat etc etc tapi bila dah pergi kursus, dah baca nota nota dalam group whatsapp umrah, Allahuakbar makin yakin, dan rasa makin berkobar nak semangat nak pergi.

Kursus ni pergilah, nak pergi banyak kali pun lebih baik, bagi El ianya ibarat persediaan mental, rohani dan jiwa kita untuk ke tanah suci. Afterall kita kesana nak beribadah kan, dan lagi lah kita kena ada rasa nak belajar kalau kita ni tahu kita tak cukup ilmu, dan takut.

Sejak join kurus umrah, El lebih yakin untuk menunaikan umrah dan ternyata Allah tu tak kejam, dan Islam itu mudah. Kalau ada antara yang takut takut, tak bersedia sebagainya, mulakan dengan pergi kursus umrah, tak lama pun, even tak confirm pergi lagi pon dah boleh pergi. Free je, carilah ehehe.

VAKSIN UMRAH - Meninggococcal





Nak menunaikan umrah WAJIB vaksin (meninggococcal) unless contraindicated sebab remember ealier El ada mention salah satu kriteria nak apply VISA kena ada buku vaksin ehehe. Vaksin ni ada yang wajib ada tidak, tapi meninggococal memang wajib.

El vaksin dekat klinik sebaris farmasi kami je, tak survey banyak pon. Kami vaksin 3 beranak.terus, ikutkan doktor suggest tambah suntikan vaksin untuk Naim Prevanar 13 kalau tak salah tapi tak urgent etc jadi last last kami tak tambah, cuma buat yang wajib je.

Lepas je vaksin di berikan, kita akan dapat satu buku kuning cair sebagai bukti kita dah vaksin dan ianya valid 3, so kalau ada pergi lagi dalam masa 3 tahun ni just ambil cop je pada buku.

Vaksin ni penting untuk melindungi kita dekat sana nanti, melindungi dari virus yang menyebabkan meningitis dengan izin Allah. Meningitis ni penyakit yang menyebabkan radang pada selaput otak dan tulang belakang.

Yang tak wajib tu ok je kalau nak ambil, takde masalah for extra precaution. So korang boleh refer package and refer doktor masing masing ok especially yang ada special kes, macam pregnant, kanak kanak, sakit kronik etc ok? 

Always mention dekat doktor korang punya status.

CHECKLIST UMRAH PERSONAL, SUAMI DAN ANAK 3 TAHUN




Last but not least rasanya antara yang penting ofcourse checklist keperluan dan sebagainya untuk kesana nanti, biarlah kita siap segalanya dari negara kita sebelum berangkat so that bila disana kita dah tak perlu gusar risau tercari apa dah, sebab kita dah siapkan awal. 

El memang fokus checklist ni sebab nak guna masa sebaiknya dekat sana beribadah. InsyaAllah nanti El akan share dalam post khas pasal checklist ni, apatah lagi bila kita bawak anak kecik.

Banyak nak kemas, sebab bukan barang kita je kan. 
Banyak sangat belajar and nanti El kongsikan jugak apa plan tambah baik yang El plan bila Allah izinkan dan jemput kami lagi sekali kesana InsyaAllah.

Wahhh dalam sedar tak sedar rupanya dah 2.33am, 7/8/2019 El habis taip sampai sini.

It brings back memories and I know deeply i will thank this post nanti sebab hanya Allah tahu, how i want it not to be my last trip tetap trip pertama ni akan membuka trip trip seterusnya amin amin ya rabbal alamin.

And korang, if you happen to read this , tq for reading till the end. I guess fate brought you here, segala yang baik ambil, mana yang buruk jauhkan.

Semoga kita semua diberikan rezeki untuk sekurang-kurangnya untuk menunaikan haji dan umrah di sana.

InsyaAllah.

Till then, Assalamualaikum and Good Night .

Love, 
Elyana Yazmin



Continue Reading

2019 : What i feel so far?





2017 i was on top of my game and Alhamdulillah it lead and open up to a new phase of my life in 2018.

I am no longer just a pharmacist at KKM.
I am no longer just a mom.
I am no longer just wife.
I am no longer just a daughter & the eldest in my siblings.
I am no longer just an online business person.
I am no longer just a business leader.

2018 had been really hectic as i venture into a whole new level of business;

A conventional profession service business: Pharmacy.

I addition to above;

I am now working on my own, my own boss, means the pressure is more 🔥
I am also the pharmacist for the community.
I am a boss to a total of 3 staffs at a time which obviously they are my responsibilities. The salary, the leaves bla bla bla.
I am also a mom for all the cats *meow*

Its not replacing any of my previous duty but it was an addition.

So 2018 was kinda finding my steps, fixing my schedule and everything Alhamdulillah towards the end of 2018 i got it all figured it out after having two weeks off from EVERYTHING.

My mind, heart and focus are only for one thing, to serve Allah swt without worrying about nothing.

The two weeks of life that i really missed, that i am aiming and fighting to get back now but only not for just two weeks but for the rest of my life till i die.

This makes me discover back myself.

I felt reborn and 2019 has been really something..

Extraordinary feelings despite of new challenges;

I am more calm.
I am more mature.
I am mastering my time.
I am more grateful than ever.
I am more happier, bahagia that i could not describe.
I sleep better now, no more tidur tapi otak kerja.
Business both are doing great and increasing in terms of performance.

I still have 24 hours.
My responsibilities are not less yet increasing.
But i am much much more happier.

Ya Allah i cant describe everything except Alhamdulillah for everything ya Allah.

All i can say 2018 is nothing but a year where i grow the most personally, spiritually leading up to a great kick off for 2019.

And Allah, He knows what is next that is very dear to my heart to achieve.

That i will cry everytime i look at my VB, 
Cry each time o think of it (even now im crying)
Even when i look at the memories photos of the two weeks that im gone from this ‘hectic world’.

This is my big why and i know i am not stopping till i get it and may Allah grant me the rezki not only in terms of money but to be invited again and again untuk menjadi tetamuNya.

Amin Aminn Ya Rabbal Alamin 🤲🏻

Love,
Elyana Yazmin
#ElyanaYazminWrites
Continue Reading

KEMBARA MENCARI REDHA ILAHI : PROLOGUE

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,




Alhamdulillah malam ini diberikan kesempatan untuk mencoretkan kisah yang mempunyai tempat yang paling indah dalam diri ini. Kisah yang berlaku pada 1-12hb Disember 2018, dimana untuk pertama kalinya kaki ini menjejakkan kaki ke bumi anbiyaa.

Sejujurnya sehingga hari ini masih tidak percaya, impian yang ku dambakan telah pun menjadi kenyataan, Allahuakbar. 

Sungguh besar kuasa tuhan dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sudah pasti ada seribu satu cerita disebalik kisah #KembaraMencariRedhaIlahi dan aku ingin pahatkan segalanya disini sebagai kenang-kenangan serta peringatan untuk diri yang kadangkala alpa.

Mengimbau kenangan disana, air mata ini tak berhenti henti mengalir, air mata yang penuh dan sarat dengan kerinduan kepada Baitullah dan Rasulullah. Ya Allah semoga aku & kaum muslimin yang lain diizinkan untuk kembali dijemput untuk kerumahMu lagi dan lagi, InsyaAllah.

Apa yang pasti kembara ini sebenarnya bukan bermula dari 1hb Disember 2018 di saat kami berlepas ke Madinah dari Kuala Lumpur tetapi bagi diriku, kembara ini telah bermula sejak pertama kali aku tanam dan pasakkan niat dalam hati untuk menjadi tetamu Allah.

Yang pasti semuanya dengan Izin Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sejujurnya sejak dulu tengok orang kesana teringin untuk kesana tetapi tak pernah betul betul niat dan berusaha untuk kesana. Mulut kata nak tapi hati tidak bersedia;

“Mana nak cari duit, banyak kot nak pakai, tua agaknya baru dapat pergi”

“Layakkah aku untuk kesana, surah pun tak hafal banyak”

Bila dah ada duit lain pulak cerita dan alasannya;

“Takut nak pergi , tak bersedia sebab rasa diri ini amat jahil”

“Anak kecil lagi”

“Kalau pergi nanti dah lah lama 2 minggu, haji lagi lah sebulan lebih, kerja semua ni macam mana? Leceh nak berebut cuti”

Astaghfirullahalazim 😭

Bila dah resign kerja sendiri, ada time freedom;

“Risau kedai ni macam mana, dah la baru bukak”

“Anak kecik lagi, kalau bawak naim dia tak behave nanti macam mana?”

Tapi itulah perancangan Allah tu cukup baik dan tepat pada masanya.

Sebenarnya kalau nak tunggu diri sendiri nak plan dan pergi, entah bila baru aku duduk sungguh sungguh dan focus plan. Alhamdulillah awal 2017, keluarga mertua memang dah berniat untuk bawa anak lelaki mereka (my husband & brother in law) pulak untuk ke tanah suci pada awal 2018.
Jadi sebagai isteri semestinya aku follow kemana sahaja suami ku pergi tapi hati ini ada sedikit gusar tentang duit dan persediaan tapi takpelah kita follow je InsyaAllah pasti ada jalan dan rezeki.

Oleh sebab itu juga pada awal 2017, finally I put it into visualization untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah dan ziarah Rasulullah pada Jan 2018.




 Namun sejujurnya ketika ini, walaupun ia ada dalam vision board tetapi hati dan fikiranku banyak tertumpu untuk usaha untuk meletakkan jawatan dan kemudian membuka farmasi.

Alhamdulillah long story cut short, May 2017 untuk pertama kalinya business Shaklee ku hit target sales paling tinggi dan aku mula mencapai income 5 angka Bersama Shaklee , and masa ni lah lebih membuak buak rasa untuk resign dan get my time freedom bekerja dari rumah.

Finally, Ogos 2017 aku berani meletakkan jawatan dan melepaskan income tetap RM5000 + sebulan dan mula fulltime business dari rumah. The best time of my life I would say.

Duit ada masa, masa pun dah ada tetapi masih tiada rezeki untuk menjadi tetamuNya atas pelbagai perkara.

Kemudian kami mula focus kepada urusan membuka farmasi dan kami menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan tatkala ini.

Sewaktu ini aku lihat Vision Board ku dengan rasa kurang yakin.. mampukah aku kesana awal Jan 2018, jika farmasi delay untuk beroperasi?

Duit dah ada, tetapi masa dan keadaan seperti tidak mengizinkan untuk kesana. Beberapa kali juga aku bertanyakan pada suami, jadi ke pergi awal 2018 kerana aku risau..

Risau, terlalu risau tapi aku masih cool, dan eventho ada ketika suami ku macam dah sangsi untuk pergi, aku pula memberi support vice versa.

Farmasi yang hendak dibuka Disember 2018, delay pembukaannya.

Cash yang sepatutnya disimpan daku KIV untuk backup incase kedai masih delay pembukaannya kerana sewa kedai tetap berjalan.

Allah sewaktu ini aku serahkan segalaNya pada Allah.
Akhirnya entah macam mana, keluarga mertua kata tak jadi, dan reschedule pada hujung tahun 2018.

Lega sejujurnya tetapi dalam lega ada rasa sedih jauh disudut hati tetap terasa, adakah aku dapat untuk kesana nanti.

A lot of things happen 2018, masa berlalu terlalu pantas dan sedar tak sedar tengah tahun kami perlu confirmkan booking kami untuk umrah serta payment yang banyak melebihi half.

Husband almost cancel sebab rasa risau scam dan sebagainya, tapi mujur juga masa ni aku sentiasa berpegang ;

“Jadi atau tak jadi, kena tipu or tak kena tipu semua tu atas izin Allah. Kita usahakan dulu, moga Allah jaga semuanya”

Yes kami risau duit , sebab bukan sikit sikit, apatah lagi majority savings kami dah labur ke Farmasi. 

Dalam risau hati tetap yakin dengan rezeki Allah.

Jujurnya kalau dulu dah cukup segalanya untuk kesana, tetapi atas sebab tertentu duit yang disimpan untuk kesana tinggal separuh sahaja. Masa ni aku siap berpesan kepada suami, andai kata aku tak sempat kumpul duit, tidak mengapalah dia pergi lah dahulu tanpa ku.

Booking setel tetapi hati dan perasaan ketika ini berperang;

“Sempat ke aku kumpul balance? Kalau boleh taknak sampai kena mintak tolong husband topupkan 😢”

“Farmasi ni macam mana, boleh ke tinggal sampai 2 minggu”

Tapi kalau risau farmasi alamatnya sampai bila bila selagi farmasi ni ada aku tak dapat pergi. Rasa berdosa sedangkan dulu dah niatkan kalau dah dapat kerja sendiri ada masa yang lebih untuk luangkan untuk Allah.

Masa ni ya Allah rasa berdosa sangat dan aku sungguh sungguh berdoa dengan Allah moga diberikan kekuatan, ketabahan , dipermudahkan urusan seharianku kerana tahun 2018 bukanlah tahun terbaik buat ku tatkala itu.

Hari berganti hari, aku semakin sibuk dengan urusan farmasi dan sejujurnya ada pelbagai perkara mengganggu fikiran dan perasaan ku. Semakin hari semakin lemas dalam fikiran dan emosi ku sendiri. Rasa semakin hari digasak kiri dan kanan, depan dan belakang sehingga aku rasa lemas.

Sehingga aku termenung jauh pada suatu hari, bukankah ini hidup yang aku mahukan dan aku pinta?

Aku dah capai segala yang aku inginkan ;  Resign, buka farmasi, kerja sendiri tetapi kenapa aku seakan buntu, seakan hilang diriku.

Sewaktu ini aku bermohon pada Allah untuk berikan aku kekuatan untuk mencari diriku kembali. Aku ok Alhamdulillah, kerja jalan business makin ok tapi kenapa aku tak rasa bahagia yang sebenar?

Aku bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan, tetapi tanpa sedar aku terlalu risau tentang perkara yang di luar kawalan ku.

Aku terlupa untuk bertanya pada yang satu, Allah swt.

Sejujurnya sehingga bulan November 2018, aku lansung tak focus kepada urusan untuk menunaikan umrah. Lebih kepada focus untuk persiapkan segalanya difarmasi kerana aku akan tinggalkan farmasi selama 2 minggu.

Aku sebenarnya melarikan diri dari perasaan takut untuk kesana kerana rasa diri ini lansung tidak bersedia dan kerana aku terlalu risau untuk meninggalkan farmasi.

Tidak putus putus aku berdoa setiap kali lepas solat moga Allah mudahkan urusakan ku, tenangkan hati ku, moga Allah izinkan aku kesana dan buang segala kerisauan ku, kerana hanya Allah tahu betapa aku mahu kesana dengan rasa yang tenang.

Semakin kuat ku berdoa semakin hebat ku diuji dengan pelbagai drama dalam hidup ku, sehinggakan aku menangis semahu mahunya mohon diberi kekuatan;

Di suatu pagi yang hening tatkala semua sedang tidur, sewaktu ini aku menadah tangan dan berdoa;

“Ya Allah aku buntu, apa sebenarnya yang harus aku lakukan. Bantu aku Ya Allah. Apa sebenarnya jalan yang harus aku pilih? Aku rindu ya Allah ketenangan yang pernah ku rasakan, ketenangan yang aku rasakan disaat aku bertarung nyawa untuk melahirkan Aisyah Zahraa. Dimana aku redha segala ketentuanMu. Aku jelas dengan apa yang harus aku lakukan biarpun sewaktu itu nyawa ku dihujung tanduk ya Allah”

“Bantu aku ya Allah,aku bersyukur atas segalanya namun kenapa hati ini tidak bahagia, kenapa aku perlu memilih antara dua sedangkan aku sayangkan kedua-duanya. Kenapa aku sangsi dengan setiap keputusan ku ya Allah. Kenapa aku terlalu affected dengan apa yang di cadangkan kepada ku. Aku tak mahu memilih antara dua ya Allah, tetapi adakah keputusan aku betul? Mampukah aku ya Allah? Mampukah aku untuk menjadi terbaik dalam segalanya sebagai pharmacist, ibu, isteri, managing director farmasi, business leader Shaklee, agent Shaklee? Ya Allah apakah yang terbaik untuk ku, kerana kemampuan ku terbatas tanpa redhaMu. Aku ingin kembali merasakan tenang dan bahagia menjalani hari hari ku yang sepatutnya aku rasa kerana telah banyak yang telah kau berikan pada ku”

Alhamdulillah semakin lama dalam berperang rasa, segalanya tetap berjalan lancar. Semakin hari semakin banyak yang telah aku persiapkan baik dari segi barang dan ilmu. Aku letak sepenuhnya tawakal kepada Allah kerana aku yakin, ada sebab kenapa segalanya terjadi cuma mungkin kini aku masih tidak mengerti kenapa dan mengapa. Namun atas keyakinan ku kepada satu ayat;

“Tidak akan berganjak walau satu zarah pun sesuatu tanpa izin Allah”

Maka aku teruskan melangkah dah serahkan segalaNya kepada Allah.

Alhamdulillah akhirnya aku berangkat ke Madinah Bersama suami, anak sulungku, keluarga mertuaku dan rombongan Syahid Travels pada 1hb December 2018 dalam keadaan tenang, bahagia dan bersemangat untuk menunaikan Ibadah umrah dan meninggalkan Aisyah Zahraa dengan ibubapaku dan segala urusan farmasi, business Shaklee kepada team dengan penuh tawakal kepada Allah.

Maka bermulalah episod terindah dalam #KembaraMencariRedhaIlahi diri ku.




Dalam kembara ini ada beberapa pelajaran yang aku sendiri pelajari antaranya;

...
SEMUA YANG TERJADI ADALAH DENGAN IZIN ALLAH

Pengalaman kali ini banyak mengajar diri ini, bahawa ianya semua atas izin Allah. Untuk menjadi tetamunya ni adalah salah satu bentuk rezeki dari Allah. Kadang bila ada duit dan masa, belum tentu kita boleh pergi, kadang even rasa mustahil nak kumpul 6/7 ribu untuk kesana tapi Allah bukakan pelbagai pintu rezeki untuk kita mampu juga kesana. Kadang dah bersedia segalanya duit, masa dan ilmu belum tentu diberi rezeki kesana, tapi kalau kata Allah nak bagi pasti ada jalan jalan yang kita tidak jangka.

....
SETIAP YANG TERJADI ADA HIKMAHNYA

Bila dikenang kembali sepanjang 2018, kadang rasa terlalu banyak kali diri ini diduga terutamanya dengan emosi dan kesabaran. Semakin kuat kita berdoa untuk diberikan kekuatan semakin hebat ujian yang datang. Tatkala di uji, kadang kala rasa diri ini kuat, kadang kala rasa tak mengapa, kadang kala rasa Ya Allah kenapa Ya Allah. Mungkin rasa berbeza kerana naik dan turunnya iman sendiri. Tetapi apa yang pasti, semuanya terjadi ada hikmahlah. Kerana dengan cabaran dan dugaan itulah yang menjadikan dan mengajar kita sebagai manusia yang lebih sabar, tenang dan kuat. Aku pasti dugaan emosi yang diberikan adalah untuk aku lebih sujud kepadanya dan untuk memberikan aku ketenangan dan rasa lebih bersyukur tatkala menjejakkan kaki ke tanah suci.

...
USAH CUBA MENGAWAL APA YANG DILUAR BIDANG KUASA KITA

Jujur kadangkala kalau datang risau especially pasal farmasi, kadang lupa certain things is not for us to deal with. Kadangkala kita terlupa apa yang kita dapat, apa yang kita bakal dapat bukan semata mata atas usaha kita sahaja tetapi atas izin Allah.  Kadangkala kita risau sampai buntu berhari hari, sedangkan kita sudah berusaha , maka sepatutnya kita serahkan segalanya pada Allah dan keep moving forward and improve ourselves pada masa sama tingkatkan tawakal pada Allah. 2 minggu sebelum berangkat dan dua minggu sepanjang berada disana aku belajar erti tawakal yang lebih tinggi dari sebelum sebelum ini. Selama ini ku rasakan diri ini sudah cukup rasa tawakalnya terutamanya sejak fully berniaga rupanya aku tidak sedar kadangkala aku terlalu memikirkan sesuatu yang diluar kawalan ku=outcome kepada usaha ku.

...
JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH

Kadang kala dalam hidup kita terlalu mahukan sesuatu, kita doa dan doa, sehingga menangis semahunya tetapi semakin hebat kita diuji. Maka bersyukurlah atas tumbukan yang pertama kerana itu tanda Allah masih sayangkan kita. Usah pernah berhenti berdoa. Seperti ku, aku terlalu ingin menunaikan umrah dengan tenang, tetapi ujian demi ujian diberikan dan aku hampir mengalah, namun atas keyakinan pada Allah aku tidak putus berdoa. Alhamdullilah akhirnya semuanya berjalan lancar malah lebih dari yang aku bayangkan. Alhamdulillah 😢

Itulah sedikit sebanyak pengajaran dalam epilog ini moga dapat manfaat.

Apa yang baik ambillah, apa yang buruk jadikanlah tauladan.

InsyaAllah on next post aku akan kongsikan pengalaman persediaan untuk kesana serta pengalaman ku disana.

Till then,

Assalamualaikum & Good Night

Love,
Elyana Yazmin
#FahmiElNaimUmrahJourney
Continue Reading