masa jamua raya dan tanglung ;p
farahin: Bila nak dekat exam lah kau sibuk nak main blog. entah apa-apa.
aku: haah lah. kau nyibuk kenapenye? lantak aku la. aku bukan tak study pun.
oh elyana tipu gile kau study, kau study takat mana sangat?
Sebenarnye, selama ni study week seminggu je. Tapi semester ni ada lebih kurang 3 minggu study week sepatutnya. Kuliah semua tamat kalau tak silap aku dalam minggu 11-15 Oktober hari tu.. maaflah saya kurang ingat tentang hal-hal kelas, kerana saya kaki ponteng..heh ;p
eh sekejap, kalau ponteng sure study kan?? wahhhh gila banyak masa nak study kan sebelum exam 8hb november ni kan? kan? kan? Masa tu dalam kepala, ha bolehla aku study elok-elok since start study awal kan? KONON je la kan..hahahaha.. agak-agak aku study tak sepanjang 3 minggu yang diberikan ni?
Oh sebenarnye, selain study aku ada hal-hal lain yang perlu di uruskan. Sebelum study week, aku just siapkan esaimen, menonton drama dan movie tanpa henti dan menyusun jadual study (KONON NAK STUDY LA KAN). semangat niat tu ada..tapi hampeh –___- “
Kemudian dalam minggu pertama tempoh 3 minggu study week ni, aku adalah hal-hal yang buat aku banyak berfikir, tengok movie dan drama masih lagi, cuma slow down sikit, since ada kerja..tapi slow down tu actually dari 12 jam masa aku tengok cerita jadi 10 jam je.. so tak slow down mana la kan? kahkahkah ;p oh selebihnya dari 24 jam sehari tu, 8 jam aku tido, 4 jam lagi aku buat kerja aku macam berfikir, menyusun, buat surat, makan, minum, solat, baring golek-golek atas katil, meeting dan segala bagai la, aku memang make sure bagi setel dalam 4 jam tu sebab aku nak tgk cerita ;p
Ok masa sebelum minggu study week tu punya baik dah aku susun jadual nak study, sepatutnye setiap subjek aku allocate 3 hari nak study. aku ada 6 subjek tak silap sem ni:
- Pharmaceutical Analysis-3 unit-----> calculation
- Pharmacy Practice-3unit
- Renal, respiratory & blood –4 unit
- Cardiovascular system-3 unit
- Pharmacy Marketing-2 unit
- Dosage Form Design-3 unit------->calculation
Ahhhh sem ni aku ada 2 subjek calculation. Kalau aku main-main habislah, subjek membaca ni senang je, janji aku baca and paham. bila aku kata senang, bukan maksud aku senang nak scor! tapi senang nak study je, subjek ni payah nak scor actually, sebab facts banyak sangat and kalau silap konsep habis lah.
Calculation tu senang nak scor sepatutnya tapi jadi susah nak scor sebabnya susah nak study dan paham. subjek ni memang lah liat aku nak baca or sentuh, bila tak paham rasa sakit hati dan nak tido je. haih. aku ni complicated sikit, aku tak puas hati macam mana diorang dapat equation or formula tu, kalau kawan aku diorang hafal je, tapi aku mmg tak suke kalau aku tak paham dah lah otak aku ni bukan boleh menghafal, so kalo datang aku nak study tu, satu hari duk perah otak cam mana nak derived formula tu …haih..sebab tu aku tak suke subjek ni…makan masa nak study
tapi semua ni bisa di atasi dong kalau kita rajin dan 24-7 ngadap buku. Mahu taknya, dalam 3 minggu, kalau berdisiplin aku ikut jadual aku susun tu, InsyaAllah aku sempat cover semua dan siap boleh buat exercise lagi. TAPI….
inilah aku, walau macam mana aku rancang pun study week aku tu, aku end up tak ikut pun ;p Setiap sem, awal sem, bersemangat, nak berubah lah semester ni, tak mahu main-main dah, masuk tengah sem..ehh tak payah tengah sem, lepas 2 minggu maximum aku dah start terpesong dah..Hujung sem tak sedar diri lagi, sampai lepas exam baru lah..alahhhh nyesal..hahahaha ;p
Apapun dalam 3 minggu tu kini dah tinggal seminggu.
2 minggu yang dah berlalu.. aku baru sentuh:
Cardiovascular: 7 chapter out of 20++ chapter dan Pharmaceutical analysis: 2 chapter out of 12 chapter……….
itu pun macam gile terseksa nak bagi habis, nak2 subjek pharmaceutical analysis tu..aiyooo.. budak lain aku tengok ada yang dah habis 3 subjek! 2 subjek tau! bukan 3 chapter..berape puluh chapter dah diorang cover tu..alahaiii.. cuak pun ada, ni dah masuk minggu terakhir study week baru aku dah rasa pressure..tu pun tak cukup lagi untuk aku bawak diri study lah atleast 4 jam sehari.
Sebenarnya, aku dh nak start dah hari tu (isnin baru ni) study, tapi banyak hal pulak, time kepala dah setting nak study adalah mende aku tiba-tiba kena buat dan fikir.. bukan merungut tapi just nak mention lah dekat sini..keh3x..
takdelah nanti aku bila exam aku marah or salahkan perkara lain sebab kenape aku tak study kan? tak caya tanye kawan aku.tak pernah hayat aku salah kan orang lain.aku takde pun salahkan perkara lain bila aku rasa macam nyesal tak study sebaliknya aku salahkan diri sendiri sebab tak study.. sebenarnya kerja tu kalau takde pun belum tentu aku study.. just bile keje tu ada yang aku macam ape nak kate qada atau ganti time tengok movie tu, bila aku ada keje dari 12jam tengok cerita tu akan jadi kurang pada 12 jam..so esoknye sure aku tengok more than 12 jam.. nampak tak..? kadang-kadang aku terfikir jugak,,kenapalah aku tak leyh nak study elok2 macam orang lain.
dulu pernah aku rasa aku ada penyakit ni tau..sebab sikit lah tak boleh nak focus kalau bab study ni:
Attention Deficit Disorder (ADD)
memang gile ssh nk bagi attention, sebab tu dekat lecture hall, kalau kate hari tu ada 7 jam kuliah, sejam pertama tu je aku dengar, kadang tak sampai sejam pun..
tapi kalau aku buat kerja aku boleh focus, kadang-kdang teringin aku tukar system pejaran di malaysia ni dengan membanyakkan praktikal dari exam..takpun tukar exam orientation.. tak best la asek kene baca buku. tak menarik lansung, kalau buku tu macam buku cerita takpe jugak. kahkahkah..
p/s:
ok sudahlah, bebel je kan..sekarang better aku gi study.. dapat habiskan satu chapter pun jadilah..aku dah bersyukur dah..semalam aku berjaya habiskan 2 chapter sebabnye, asalnye pagi tu aku continue chapter yang pertama study, petang tu aku nak mengarot dah tengok cerita, tapi kawan aku si ain dengan nini ajak aku pergi libry, ha habislah satu chapter lagi..kehkehkeh..first time jejak kaki dekat libry USM..wahahahaha..bangge ;p