Dunia blogger?

Hari ini aku sangat pening memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya aku fikirkan..

Entah kenapa hati aku ni asyik nak luahkan sahaja apa yang aku rasa.. hendak di luahkan kepada rakan-rakan tidak ramai yang terlibat dengan gengblogger ini..

Dunia blog kini dah jadi seperti dunia artis..

Dahulu aku blogging hanya mengikut trend rakan-rakan di Island College Technology..

Kemudian dari sahaja suka-suka mengikut kawan, aku mula menjinak-jinakkan diri dalam alam cyber ni melalui Geng Blogger..

Melalui aktiviti tambahan inilah yang banyak membantu aku melupakan sesuatu dan membuat aku bangkit balik dalam hidup..

Kemudian aku mula on off bloggin dek kerana terlalu sibuk dalam dunia realiti..

Ya dunia maya ini hanya persinggahan bagi aku..

Tapi aku tak lupa pada dunia yang satu ini.. dimana banyak aku belajar..dimana banyak membantu harungi hari-hari aku semasa aku sangat tidak berdaya.. aku bukanlah blogger hebat yang mempunyai nama yang sungguh gah.. penulisan aku bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan.. namun aku bahagia kerana aku boleh conteng apa sahaja dalam blog aku ni.. di dunia maya inilah aku mempunyai beberapa rakan maya yang mungkin tidak serapat rakan-rakan di alam realiti.. tapi bagi aku mereka tetap kawan..

Hari ini aku terkejut membaca blog adifstory.. macam-macam perasaan ada, rasa ingin tahu, kasihan dan keliru..

Entri itu mungkin berkaitan dengan isu terbaru mengenai pemilik blog adifstory yang tengah panas yang aku pun tidak pasti siapa pemilik blog itu..

rasanya tidak pernah aku singgah kesitu.. atau mungkin pernah singgah tapi tidak perasan wajah blog sudah berubah..

apabila aku ushar-ushar.. oh tubelawak..seperti pernah ku lihat nama itu.. ya di chatbox aku… mungkin dulu aku pernah singgah blog dia.

Dunia maya dipenuhi pelbagai karakter manusia..

ada yang hadir di dunia maya dengan personaliti seperti mana di alam realiti.. seperti aku.. gambar ape yang kamu lihat dekat blog aku ni.. inilah aku..

ada yang hadir dengan personaliti lain.. namun dengan yakin aku pasti individu tersebut tidak berniat untuk menipu atau cuba memperdaya orang-orang lain.. cuma keadaan telah menyebabkan perkara ini menjadi isu…

Isu yang di ketengahkan oleh saudara Izuari pernah juga terlintas di benak pemikiran dan hati aku suatu ketika dahulu.. (zaman rancak stalk GB)

tapi tidak pernah ingin ku bertanya kepada kak fida sendiri, kerana banyak lagi kerja lain aku nak buat.. lagipun bagi aku itu hak diadan dia ada sebab tersendiri ..

aku pun tidak tahu hujung pangkal sangat siapa dia.. blog adifstory pun aku discover dari blog ariff.. blog ariff pun aku discover dari kawan aku wawa teman baik aku.. ariff pun kenal bodo2 gtu je..yang betul-betul aku kenal realiti si wawa pemilik blog adorablewawa.blogspot.com…

Makanya dalam dunia maya ni tiada siapa kenal sesiapa secara peribadi.. hanya berdasarkan bahan dalam blog.. kalau up sikit pun Facebook dan twitter..

dunia blogging sudah semakin sama seperti dunia artis,

semasa die tidak faymous atau popular, sedikit pun orang tidak pernah ambil kisah, hanya yang benar-benar tahu wujud dan kagum akan karyanya mengikuti dalam diam…

tapi semakin namanya melonjak naik, semakin ramai yang mengenali dan memerhati bakatnya samaada menyanyi atau berlakon.. peminat semakin ingin tahu.. siapakah artis itu di dunia realiti.. seperti kisah artis dan peminat, siapalah artis itu tanpa peminat..

Fan dan golongan anti pun semakin bertambah semenjak itu..

dan dengan itu , semakin ramai bertanya dan ingin mengetahui, tidak kisah samaada peminat atau peng-anti itu sendiri…

Tapi apakan daya, artis yang dahulu hanya artis biasa, kini sudah menjadi permata masyarakat, sudah menjadi ikon.

Kini dia menjadi milik masyarakat..dimana setiap gerak gerinya di perhati..

tapi dunia blogging rasanya tidaklah sampai ke tahap dimana blogger adalah milik masyarakat.. atau sudah sampai ketahap itu? entah.

Saya yakin Cik fida mula blogging pun semasa dunia blogging tidak se rancak kini dan tidak pernah menyangka dunia blogging akan jadi seperti kini… dan suda lama dia membawa diri dengan personaliti yang sama semenjak dari awal penulisan blognya..

saya jugak tidak pernah menyangka akan jadi sebegini.. dan sebab itulah agak terkejut dengan perkembangan dunia blogging masa kini..

Tapi., saya juga paham apa yang saudara Izuari pemilik tubelawak cuba sampaikan di sebalik entri beliau mengenai fida ini..

mungkin dia seperti fan kepada seorang artis yang tertanya-tanya mengenai artis itu.. dan dia terasa haknya untuk tahu..

tapi pernahkah cuba pertimbangkan balik apa kejadahnya semua ni?

barangkali miscommunication dimana-mana…

setiap orang hadir ke dunia blogging dengan lain-lain matlamat serta sebab masing..

dan setiap blogger hadir di dunia maya dengan membawa karakter diri masing-masing di dunia Maya..

ada yang bagi mereka dunia maya dan realiti ada titik sempadan, ada yang tiada sempadan antara realiti dan maya, ada yang half2..

kadang terbawa realiti dalam maya, terbawa maya dalam realiti..

banyak perkara harus kita ambil kira..

harap dunia blogging tidak menjadi suatu tempat sengketa..

harap mereka berdua berdamai..

kerana mereka dua yang saya lihat blogger yang ramai pengikutnya rugi sekiranya perkara ini terus berlanjutan..

saya yakin perkara ini sudah pasti terbawa-bawa ke dunia realiti…

setiap orang lain-lain cara pemikirannya, lain cara penyampaian dan penerimaanya..

namun inilah rencah kehidupan..

ok apelah aku melalut ni..

just usahlah di perbesarkan perkara ini lagi.. sangat tidak ceria situasi ini..lalallala..

sungguh terbukti, mata pena amat tajam..

p/s: entahlah orang paham tak ape aku cube ckp ni.. just im a bit disturb with all of this.. rasa amat terkejut, rasa sedih enth semua pon ada.. walaupon aku bukan blogger tegar..tapinye aku sgt sedih kot.. apesal aku sgt emo ni… hadui.. mungkin aku terlalu cube memahami kedua-dua belah pihak mungkin..arghhh ok..aku perlu study skrg..ngeh ;p

 

 

 

2 comments:

elyana yazmin said...

lupe nak ckp..semua ni slh paham je kot..medium penyampaian dan penerimaan yang lain2 untuk setiap individu..itu yang timbul kot.
setiap manusia tak perfect.

wawa said...

Hya sahabat, mengerti benar aku dsini. Juga setuju bena dengan kata-katamu. Aku semakin bosan dengan dunia blog.Semua org dah mula mnegejar populariti disini. Mengikut trend siapa? Tak tahu la. But it's a good thing.

Kita, main blog2 sendiri, tengok cerita kawan, pun dah cukup kan? berkongsi cerita. tak perlu pun jadi famous. because i never like being a famous person. xbest!

Anyway dear, cheerss!! Nati kite share blog la nak? =))