ECONAZINE NI BUKAN MAGIC CREAM 😅






Sebenarnya letih dah mulut nak explain pasal The correct use of econazine cream nih.

Baby kena ruam sikit, ahli keluarga suggest beli econazine.

Kena ruam peluh econazine.

Kena alahan econazine.




Econazine ni kombinasi dua ubat;

✅ Econazole Nitrate 1%  sebagai antikulat.
✅ Triancinalone Acetinide 0.1% sejenis steroid sebagai antiradang.

Bahasa mudahnya econazine ni lebih pada untuk rawat masalah radang kulit yang DIJANGKITI KULAT.

Kalau ruam peluh tiada tanda tanda jangkitan kulat.
Ruam akibat alahan dan sebagainya you dont need econazine.

Ibaratnya giving unnecessary drugs exposure.







Memang betul akan surut radang kulit tu sebab ada  steroid kan, tapi econazole dalam tu tiada fungsi dalam kes ruam yang TIDAK DIJANGKITI kulat.

Talk to your pharmacist, he/she should suggest you the right cream suitable and memang your skin perlukan.

Kalau tanya i, if setakat ruam biasa i wont give econazine, ada banyak choices cream lain yang bagus and memang indicated at the lowest possible potency and still effective. Maksudnya kategori steroid paling rendah risiko tapi tetap effective.

Lagi satu for baby, please jangan simply sapu cream dari kategori ubat ni atas cadangan saudara mara ke, jiran ke apa ke.. 

Talk to your doctor or pharmacist ok?

Plus triamcinalone (steroid) potency ni kategori medium.

Normal practice, for first time exposure to steroid kita start dengan lowest potency especially for those ada eczema.

Ada sebab sebenarnya kenapa steroid ni kita start dengan lowest possible potency sebelum upgrade lagi tinggi.

Baby yang steroid free , kita terus bagi triamcinalone for normal ruam kena use with caution.

So sebelum decide any steroid cream atau cream berubat please please talk to your healthcare provider.

Macam I, kalau orang masuk cari cream apatah lagi kalau tunjuk dalam phone gambar from FB/twitter/instag or what soever i will ask again nak guna untuk apa?

Sebab majority, simply request ubat without asking consultation.

As a pharmacist always always ask why and dont just simply give the medication even it is OTC, atau pharmacist only drug.

Dekat staff pun i memang akan brief,tegur & remind  to always ask standard questions.

Takpe kalau orang marah banyak tanya, kita tanya sebab nak make sure kita bagi ubat yang paling selamat and berkesan kan?

Patient safety adalah nombor 1 💪🏻
Plus patient/customer memang tak faham, its my responsibilities as pharmacist to explain.

Note kaki:
1) Jangan PM tanya cream apa sesuai untuk you thru FB, its better you sendiri pergi farmasi/klinik cari doktor and pharmacist.

2) Bila beli cream for skin conditions, preferable tunjuk your skin yang bermasalah tu so that pharmacist boleh give the best suitable cream for you.

3) Please always always talk to your pharmacist, community pharmacist ramai. Sebagai pengguna you have every right to request for the pharmacist untuk nasihat especially untuk ubat “pharmacist only drug”. 

4) Bila pergi jumpa doktor, tanya dia everything you need to know. Jangan dah balik rumah you bukak FB, then tanya dalam group KRT/Ibu Hamil ke apa. Nasihat online especially on drugs should always be verified terlebih dahulu oleh your doctor or pharmacist.

Hmm panjang lagi nak bebel, cukup la setakat disini 😆

Jangan marah naaa kakak pharmacist bebel 🤪

**nota tambahan:
Bukan cream ni tak bagus. It is a good cream if kena dengan indikasi. All im saying is the correct use of medication tu. Itu point yang i nak emphasize sebenarnya. 😆

Originally written at:
https://www.facebook.com/1348358974/posts/10219142188289415?sfns=mo