SHAKLEE NI TAK BAHAYA KE?

Assalamualaikum & Hi,




Tak puas LIVE sebab banyak gangguan, so i nak luahkan dalam penulisan 😆

Kalau nak tengok LIVE nanti hujung El attach link dia, for now let me write my thoughts here.

Ramai orang tanya El and its not a new question and dah banyak kali El berhadapan untuk reply balik soalan ni.

As for me i love to share again and again sebab memang majority tak berapa nak faham and confuse about this so tak pelik pun, because i was in their place once upon a time ago.

Kebanyakan bila tanya shaklee ni bahaya ke tak, El dapati diorang sendiri tak tahu dan tak kenal Shaklee tu sebenarnya apa. So apa sebenarnya Shaklee?

✔️ APA ITU SHAKLEE?





Shaklee ni sebenarnya satu company and a brand based dekat Pleasanton, California (USA) since 1956 lagi.  Shaklee ni manufacture and distribute natural nutrients supplements (makanan tambahan), produk kecantikan, household products dan produk untuk pengurusan berat badan. 

So basically SHAKLEE is a brand sepertimana brand brand diluar dan yang available dekat drugstore dan farmasi.

✔️ KALAU TAK BAHAYA KENAPA TAK JUAL DEKAT FARMASI?

Shaklee Malaysia diregister sebagai syarikat jualan lansung jadinya dia tak masuk ke kedai kedai fizikal termasuk farmasi dan drugstore lain.

TETAPI, di Singapura Shaklee di pasarkan di drugstore dan juga farmasi dan mereka ada lebih banyak variety untuk product shaklee. Malah rakyat singapura membeli dari SID Malaysia kerana di Malaysia lebih murah.









✔️ JADI BAHAYA KE TIDAK SHAKLEE NI?

Shaklee ni adalah satu jenama atau brand, dan bila sebut bahaya atau tidak orang lebih kaitkan dengan supplements / makanan tambahan yang dihasilkan.

Shaklee corporation bersama sama jenama atau brand supplements atau makanan tambahan lain tidak terkecuali untuk mematuhi akta dibawah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM). 

Dimana setiap makanan tambahan/supplements kategori berkaitan haruslah melalui product registration di Malaysia meskipun sudah di daftar dan pasarkan di negara asal (USA). Bila semuanya ok setiap supplements/makanan tambahan mempunyai nombor pendaftaran KKM yang bermula dengan MAL dan berakhir dengan;

N - Nutrients Supplements
T / TC - Traditional Products
A - Ubat Terkawal
X - Ubat bukan racun (OTC)






So Shaklee cuma involve dengan Nutrients Supplements;

Contoh:
MAL 13085068 NC
(Shaklee Sustained Release Vitamin C Plus)




As for cosmetics atau beauty products shaklee dia tak register KKM and takde analisis apa apa tapi sekadar notifikasi and akan terima nombor NOT xxxx.

Jadi sebenarnya bukan soal shaklee selamat atau tidak , soalan sebetulnya adakah supplements selamat atau tidak.

Nak check product kesihatan/kosmetik korang punya status KKM search dekat link ni;
https://npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/products-search.html

✔️ SO SELAMAT TAK?

Boleh jadi selamat dan tidak selamat berdasarkan individual case.

Tak boleh nak pukul samarata semuanya sebab bila berkait Supplements/Nutrients Supplements memang secara amnya selamat unless ada keadaan tertentu.

Contoh 1:
Pesakit Kanser Payudara - prone untuk Hypercalcemia (tinggi kalsium dalam darah).

Pesakit ini semestinya jika ambil supplements untuk bekalkan Kalsium akan jadi mudarat dan tingkatkan risiko pada jantung, buang pinggang etc etc.

Jadi untuk pesakit ini Supplements kalsium adalah bahaya untuk mereka.

Contoh 2:
Wanita hamil yang tidak minum susu, tak makan sayur, tak makan ikan atau menyusu badan di waktu muda perlu supplements bekalkan kalsium untuk elakkan OSTEOPOROSIS ( tulang rapuh) pada hari tua atau rapuh tulang diusia muda.

Sebab kurang kalsium dalam badan mungkin tidak lifethreatening sekarang tetapi tingkatkan risiko tulang rapuh diusia muda apatah lagi lepas menopause dimana jika tidak jaga masa muda sangat mudah tulang retak dan patah.

So dalam kes ni Supplements kalsium tidak bahaya malah sangat digalakkan especially kalau diet pemakanan sah sah kurang kalsium. 

So dalam shaklee punya brand banyak supplements ada kalsium cuma beza kuantiti tetapi paling fokus kalsium adalah OSTEMATRIX.

So nampak kan? Sebab tu tak boleh pukul rata kerana keperluan setiap orang tak sama. Tak boleh kata bahaya atau tidak, tak boleh kata setiap orang perlu atau tidak.

✔️ SO KALAU REGISTER KKM SAH SAH SELAMAT LAH?

Kalau segi perlu tak perlu, bahaya atau tak ikut individu lebih kepada jenis jenis supplements mengikut keperluan individu.

Tapi kalau nak cerita secara general selamat ke tak kita nasihatkan tengok register KKM tapi ....

Haaa ada tapi dia, nombor KKM ni kira sah la dia selamat pada asalnya melainkan selepas POST MARKETINF SURVEILLANCE ada masalah dan perlu panggil balik produk/product recall.

Maksudnya, KKM walaupun dah keluarkan nombor MAL tadi tu setelah analisis batch sample company bagi dan luluskan, mereka masih buat pemantauan yang kita panggil POST MARKETING SURVEILLANCE tadi tu.

If ada masalah, KKM akan arahkan untuk keluarkan semua produk dari setiap pasaran. Masalah timbul tu boleh jadi sebab pelbagai isu tapi salah satunya orang selalu hebahkan bila mana ada pencemaran racun berbahaya dalam produk tertentu.

Tapi again, kena faham jugak, selamat atau tak sesuatu supplements untuk individu bukan based on nombor KKM tu sahaja tapi banyak faktor contoh macam point sebelum ni mengenai pesakit kanser payudara. 

Walau dia makan supplements kalsium ada KKM sekalipun tetap berbahaya untuk dia.

Faham?

Jadi erti kata lain, ni Shaklee tu ok je la unless bila ada salah guna pada keadaan tak sepatutnya 🤗

Pembeli/pengguna kena bijak.
Penjual/distributor kena telus dan jangan overclaim.

Mostly salah faham dia ingat supplements tu ubat, tu yang makin panjang berjela salah faham.

Itu je ✌🏻

Haaa kalau nak baca pasal beza ubat & supplements, tu korang boleh baca kat sini k.
https://www.elyanayazmin.com/2017/01/keperluan-nutrisi-supplements-vs-ubat.html

As for LIVE, El explain pasal mende ni korang refer sini:

https://www.facebook.com/elyana.yazmin/videos/10220667948512467?s=1348358974&sfns=mo

Sekian, terima kasih.

InsyaAllah next LIVE el nak explain pasal supplements during pregnancy pulak. Ni pun ramai confuse mana yang penting and tak penting 🤰🏻

Elyana Yazmin
Shaklee Product Consumer since 2015.
Shaklee Business Leader since 2016.
A pharmacist by profession.

#LopaShares. 
#ElEducates
Continue Reading

KEMBARA MENCARI REDHA ILAHI : PART 1 - Persediaan Ringkas Untuk Menunaikan Umrah kali Pertama



Assalamualaikum wbt dan Hi,




Rasa dah lama betul nak menulis apa apa dekat sini, sejujurnya i have been swamp with pharmacy related work since February and baaaanyak sangat perkara yang terjadi dari last update space kesayangan ni sampai lah saat tengah menaip setiap baris kata kali ni.

As promised dulu El dah janji dengan diri sendiri nak coretkan setiap kenangan semasa di tanah suci terutamanya related to #KembaraMencariRedhaIlahi. As i mention earlier dalam my previous entri, perjalanan untuk menunaikan umrah tu bermula bukan  masa El berangkat ke Madinah dari KLIA tetap laamaaa lagi sebelum itu.

Plan asal kami sepatutnya pergi awal hujung tahun 2017 atau awal 2018, dan El tak masuk campur dalam urusan mencari travel agency dan sebagainya jadi El tak boleh nak cerita banyak soal ni. Segala urusan dengan travel agency untuk menunaikan umrah sepenuhnya diuruskan keluarga mertua El. El dan suami masa ni sibuk dengan farmasi jugak, jadi kami hanya sediakan duit and diri untuk beribadat.

Kesyukuran yang tak terhingga bilamana kami dapat jugak bawak anak kami, walaupun bukan both of them, tapi atleast kami dah bawak Naim. Kami pergi dengan Syahid Travel Agency, di bawah bimbingan Mutawwif Ustaz Izan. 

Dari segi kos sejujurnya El dah tak ingat sangat, tapi roughly RM6-7K/seorang dan untuk Naim dalam RM5-6K. Kurang sikit je dari nilai kami sebab dia dah 3 tahun lebih if not mistaken. Mula mula ingat tak cukup dah sebab plan pergi berdua je, tapi Alhamdulillah ada rezeki lebih bawak Naim sekali.

As for me, since husband dah cover Naim, i cover myself and my own expenses dekat sana. Sebenarnya kalau nak kata persediaan ni banyak sangat nak kena sediakan and bukan sahaja physical tapi kena sediakan mental, hati dan jiwa untuk kesana. 

So now El nak cerita apa perkara perkara penting yang perlu di sediakan untuk menunaikan umrah so that i could refer back to this post in the future and kalau ianya membantu readers i would be a bonus and El harap ianya dapat membantu la serba sedikit ehehe.

So ni El cerita roughly je dulu, InsyaAllah for certain thing El akan buat entri spesifik so that again senang for me to refer in the future ahahha sebab this is my first time pergi ke tanah suci, jadi memang nervous la masa tu, and i want to prepare better in the future sebab InsyaAllah ini walaupun yang pertama ianya bukanlah terakhir untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Amin amin ya rabbal alamin.

So here it is, jom tengok satu satu;

TRAVEL AGENCY




Sebenarnya El pun tak berapa nak mahir dan tahu detail cara pilih travel agency, tapi El dan suami serahkan sahaja semuanya pada parents in law dan kami tawakal. Ada yang kata kalau nak jimat pergi sendiri je, tak perlu ikut travel agency, tapi memikirkan ini kali pertama, kita ikutlah yang ada pengalaman dan ilmu semestinya. 

As for price kami pun tak compare sangat, tapi at the end of the day sebenarnya Alhamdulillah all went smoothly and kami berpuas hati dengan perkhidmatan Syahid Travel dan Mutawwif. Kata mak mertua El yang dah kali ke-3 rasanya kesana dengan travel agency ni ada kelainan dan mereka pun berpuas hati.

All i can say in summary, ada banyak price, ada banyak package tengok kemampuan, apa apa pun niatkan kerana Allah sebab sejujurnya masa kami nak pergi ni banyak dengar isu kena tipu dan sebagainya so ada satu moment ni husband risau nak bayar deposit sebab travel agency mintak bayar cepat waktu tu untuk secure harga murah.

Sampaikan ada salah faham jugak and El faham apa concern suami, sebab duit yang keluar bukan sikit dah kami baru je bukak farmasi, tapi entahlah hati ni fikir macam ni je;
 
Tidak akan berganjak walau satu zarah pun sesuatu tanpa izin Allah
apa pun outcome samaada kami suka atau tak suka, bagus atau tidak semua tu terjadi dengan izin Allah dan pastinya setiap sesuatu tu ada hikmahnya. El pun yakin InsyaAllah, Allah akan mudahkan sebab niat kita baik, bukan nak pergi buat perkara tak elok. So InsyaAllah doa banyak banyak El remind diri dan jugak suami.

Alhamdulillah everything turns out well !


VISA UMRAH




Untuk ke Tanah Arab perlukan visa, jadi sangat sangat penting VISA ni, sebab if dah beli tiket flight tapi VISA tak lepas pon masalah jugak. Urusan VISA ni semua diuruskan travel agency cuma kami perlu sediakan dokumen dokomen yang diminta antaranya;




  • Passport Antarabangsa Malaysia yang sah minima 6 bulan dari tarikh penerbangan.



  • Buku Suntikan Vaksin sebagai bukti dah ambil vaksin.



  • Gambar VISA size 6cm x 4cm , latar putih, lelaki tak bersongkok dan perempuan bertudung gelap. (senang cerita gi kedai gambar kata nak ambil gambar visa ehehe)



  • Sijil nikah atau apa apa bukti khususnya untuk perempuan yang mengikut mahram, kalau tak salah El, husband El bagi salinan sijil nikah kami.

apa - apa pun masih kena check dari masa kesemasa dengan travel agency atau pihak berkaitan sebab rasanya banyak dah ubah selepas kami pergi. So always ask, kalau malu bertanya sesat jalan ehehhe

KURSUS UMRAH

Sejujurnya kursus umrah ni penting sangat sangat untuk tambah ilmu, and El harap walaupun belum ada gaya nak pergi tak nampak bayang ke apa, pergi je kalau ada dekat area korang jangan jadi macam kami dah nak pergi last minit baru join kursus.

El tak tahu lah orang lain, tapi El ni ilmu bab agama tak mahir, tak tinggi, antara sebab El nak pergi umrah/haji tapi tak tetapkan hati semuanya sebab rasa TAKUT. 

Rasa macam susahnya nak buat umrah apatah lagi haji, di belenggu dengan rasa takut sebab tak cukup ilmu tapi rupanya tak bertindak untuk mencari ilmu tu. Duk ingat susahnya sebab rasa diri ni susah nak hafal segala doa ayat etc etc tapi bila dah pergi kursus, dah baca nota nota dalam group whatsapp umrah, Allahuakbar makin yakin, dan rasa makin berkobar nak semangat nak pergi.

Kursus ni pergilah, nak pergi banyak kali pun lebih baik, bagi El ianya ibarat persediaan mental, rohani dan jiwa kita untuk ke tanah suci. Afterall kita kesana nak beribadah kan, dan lagi lah kita kena ada rasa nak belajar kalau kita ni tahu kita tak cukup ilmu, dan takut.

Sejak join kurus umrah, El lebih yakin untuk menunaikan umrah dan ternyata Allah tu tak kejam, dan Islam itu mudah. Kalau ada antara yang takut takut, tak bersedia sebagainya, mulakan dengan pergi kursus umrah, tak lama pun, even tak confirm pergi lagi pon dah boleh pergi. Free je, carilah ehehe.

VAKSIN UMRAH - Meninggococcal





Nak menunaikan umrah WAJIB vaksin (meninggococcal) unless contraindicated sebab remember ealier El ada mention salah satu kriteria nak apply VISA kena ada buku vaksin ehehe. Vaksin ni ada yang wajib ada tidak, tapi meninggococal memang wajib.

El vaksin dekat klinik sebaris farmasi kami je, tak survey banyak pon. Kami vaksin 3 beranak.terus, ikutkan doktor suggest tambah suntikan vaksin untuk Naim Prevanar 13 kalau tak salah tapi tak urgent etc jadi last last kami tak tambah, cuma buat yang wajib je.

Lepas je vaksin di berikan, kita akan dapat satu buku kuning cair sebagai bukti kita dah vaksin dan ianya valid 3, so kalau ada pergi lagi dalam masa 3 tahun ni just ambil cop je pada buku.

Vaksin ni penting untuk melindungi kita dekat sana nanti, melindungi dari virus yang menyebabkan meningitis dengan izin Allah. Meningitis ni penyakit yang menyebabkan radang pada selaput otak dan tulang belakang.

Yang tak wajib tu ok je kalau nak ambil, takde masalah for extra precaution. So korang boleh refer package and refer doktor masing masing ok especially yang ada special kes, macam pregnant, kanak kanak, sakit kronik etc ok? 

Always mention dekat doktor korang punya status.

CHECKLIST UMRAH PERSONAL, SUAMI DAN ANAK 3 TAHUN




Last but not least rasanya antara yang penting ofcourse checklist keperluan dan sebagainya untuk kesana nanti, biarlah kita siap segalanya dari negara kita sebelum berangkat so that bila disana kita dah tak perlu gusar risau tercari apa dah, sebab kita dah siapkan awal. 

El memang fokus checklist ni sebab nak guna masa sebaiknya dekat sana beribadah. InsyaAllah nanti El akan share dalam post khas pasal checklist ni, apatah lagi bila kita bawak anak kecik.

Banyak nak kemas, sebab bukan barang kita je kan. 
Banyak sangat belajar and nanti El kongsikan jugak apa plan tambah baik yang El plan bila Allah izinkan dan jemput kami lagi sekali kesana InsyaAllah.

Wahhh dalam sedar tak sedar rupanya dah 2.33am, 7/8/2019 El habis taip sampai sini.

It brings back memories and I know deeply i will thank this post nanti sebab hanya Allah tahu, how i want it not to be my last trip tetap trip pertama ni akan membuka trip trip seterusnya amin amin ya rabbal alamin.

And korang, if you happen to read this , tq for reading till the end. I guess fate brought you here, segala yang baik ambil, mana yang buruk jauhkan.

Semoga kita semua diberikan rezeki untuk sekurang-kurangnya untuk menunaikan haji dan umrah di sana.

InsyaAllah.

Till then, Assalamualaikum and Good Night .

Love, 
Elyana Yazmin



Continue Reading