KEJAYAAN BUSINESS DI MUSIM PKP 2020 HINGGA 2021 I ELYANA YAZMIN




Assalamualaikum & Hi,

Pejam celik sekarang kita dah masuk tahun 2022 kan?
Terlalu banyak yang terjadi beberapa tahun kebelakangan ni, ada suka dan duka.

Untuk El secara peribadinya, terasa masa berlalu sangat pantas tanpa betul-betul dapat 'take in' segala yang terjadi sejak hujung tahun 2019 masuk ke 2020, 2021 sehinggalah sekarang.

Umum semestinya lebih dari tahu apa yang melanda bukan sahaja pada kita di Malaysia bahkan seluruh dunia sejak Pandemik Covid-19 terjadi.

Mat Salleh kata;

"We are all facing different struggles, but we are indeed in the same storm"

Covid-19 memberi kesan yang berbeza kepada kita semua, semua terkesan dan cuba harungi segala yang terjadi dan berlaku sejak tahun 2020. Malah kita semua masih cuba 'adapt' dan sesuaikan diri dengan situasi yang tak menentu.

Memandangkan El sepenuhnya berniaga dan suami pula masih dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai Pegawai Farmasi, dengan dua anak kecil semestinya sedikit sebanyak Covid-19 memberi impak kepada kami. Mungkin kami tidak diduga seperti yang lain, tetapi kami juga have our fair share of struggle yang kami perlu lalui sejak hujung 2019.

2019 sebenarnya bermula dengan baik sekali sehinggalah hujung tahun banyak mula berubah. Malah El ada abadikan kesyukuran yang El rasa dalam blog ni pada ketika itu; 




BUSINESS ONLINE VS OFFLINE (RETAIL)

Sumber: Google Image


El mempunyai dua business iaitu farmasi yang El buat sepenuhnya secara runcit dan mensasarkan penduduk setempat (tidak fokus kepada online), dan business Magnificent Diamonds iaitu melibatkan perniagaan produk Shaklee.

Farmasi as always dia akan ada fasa-fasa yang sangat sibuk, dan ada cabaran tersendiri apatah lagi dengan situasi seperti jerebu, banjir atau sakit berjangkit melanda seperti chicken pox, etc. Kemuncaknya adalah bila mula masuk tahun 2020 yang mana desas desus mengenai Covid-19 mula melanda negara kita. 

Dari sini sekelip mata pengurusan farmasi menuntut masa dan perhatian yang lebih, pada masa yang sama El mula lihat dari sudut business dan mula nampak apa impak yang bakal berlaku. Walaupun secara peribada ianya tidak memberi impak kepada sales dan sebagainya terhadap farmasi, El tahu El tak boleh selesa dan Alhamdulillah sebab dah biasa berniaga online bersama Magnificent Diamonds, tanpa lengah El terus setup untuk online channel untuk farmasi.

Yes, itulah revolusi business pada tahun 2020. El akui El terpaksa ubah dan tambah baik sebelum El terpaksa dan tiada pilihan selain untuk ubah. Ternyata untuk mereka yang tidak cuba adapt dengan revolusi business ketika itu, hadapi kesukaran untuk 'survive'.

Manakala untuk business Magnificent Diamonds (Shaklee), El masih teruskan usaha untuk stabilkan dan El nampak ada keperluan untuk bantu mereka yang terkesan akibat pandemik melalui business shaklee. Alhamdulillah business Shaklee turut naik pada tahun 2020 tersebut.

Tidak sukar kerana selama ini model business shaklee bagi Magnificent Diamonds sememangnya secara online. Untuk yang hilang sumber pendapatan mereka boleh tambah pendapatan melalui atas talian dengan menjual produk shaklee. Ianya juga menjadi peluang lumayan apabila ada yang work from home, dan dapat memberikan lebih perhatian kepada business shaklee mereka.

Malah El dijemput oleh pihak INTI College untuk berkongsi pengalaman El sendiri menguruskan business semasa pandemik didalam sebuah Business Webinar;


Dibawah ni adalah mockup presentation yang el sendiri sediakan untuk pihak INTI College.




BUSINESS SHAKLEE DAN PRODUK 'IMMUNE BOOSTER'
Business Shaklee adalah model business yang El kira paling tepat pada ketika pandemik melanda atas beberapa faktor:
  • Business yang flexible dan boleh dilakukan dimana-mana.
  • Produk yang bukan bermusim tetapi keperluan.
  • Keperluan supplements 'immune booster' seperti Vitamin C, Vitamin D, Antioxidants meningkat apabila covid-19 melanda.
  • Keperluan yang sebelum ini ramai dah tahu, tetapi semakin meluas kesedarannya apabila pandemik berlaku.
  • Shaklee mempunyai sistem yang mudah.
  • Bonus bila ada team yang beri support untuk memastikan kelansungan business semasa pandemik.
Sesiapa yang sudah berada dan kekal bersama shaklee semasa waktu ini, sudah pasti lihat perubahan serta kenaikan didalam business masing masing. 

Malah kepada yang baru menyertai nampak betapa mudahnya untuk bina business jika bijak ambil peluang model business yang telah shaklee sediakan.

FASA-FASA DALAM BUSINESS
Bila kita buat dalam business kita perlu faham business ni lumrahnya akan ada fasa naik dan turun, bezanya adakah kita bersabar dalam membina business kita?

Business ni bukan setakat 'hit-run' tetapi ianya seperti Marathon, kita kena tahu bila kena slow down dan ambil nafas, bila kita perlu pecut dan sebagainya. It takes energy and patience untuk membina satu-satu business yang stabil. 


El tak  malu untuk kongsikan fasa naik dan turun El dalam business kerana disetiap fasa itu ada 1001 pengalaman yang sebenarnya sangat mahal yang semestinya mendewasakan diri kita dalam business.

Business ni bukan semata-mata sales, sebab jika kita faham ia melibatkan banyak perkara terutamanya yang sering ramai ambil remeh adalah pengurusan business tersebut.

Kalau lihat gambar diatas nampak kan kenaikkan dari segi income dari tahun ke tahun. 2020 walaupun hidup dalam huru hara jugaklah tetapi business online tetap mencatatkan kenaikkan yang tinggi.

Tetapi itu bukan satu perkara yang boleh buat kita selesa sebenarnya kerana pandemik masih belum berakhir.

NAIK ITU MUDAH, NAK KEKAL ITU CABARAN SEBENAR
Bila nak naik itu , bila kita dah ada pengalaman InsyaAllah mudah untuk naik kembali, tetapi cabaran sebenar adalah untuk mengekalkannya. Pada tahun 2020, kami di Magnificent Diamonds berjaya tingkatkan business kami jauh lebih baik dari tahun tahun sebelumnya termasuk tahun yang El kira sebagai tahun terbaik El dalam Shaklee.

But i do learn from my lesson, kejayaan ini.. mudah... tapi nak kekalkan itu adalah cabaran yang sebenar-benarnya. 




Alhamdulillah, dalam suasana kita cuba nak serasikan diri dengan PKP, kemudian PKP habis, PKP semula dan sebagainya, business masih kekal naik secara keseluruhannya untuk tahun 2021.

Hadzha Min Fadhli Rabbi.

Sejujurnya, pada tahun 2021 tu tidaklah terlalu nak kejarkan sangat sales, tetapi lebih kepada nak bantu ahli ahli Magnificent Diamonds terutamanya yang baru bermula survive dalam cabaran yang pelbagai ketika itu. 

Atas sebab itu jugak untuk memastikan cabaran 2020 yang kami hadapi dapat ditangani lebih baik pada tahun 2021, Magnificent Diamonds mengambil inisiatif melancarkan "Projek Ignite" walaupun company Shaklee turut berusaha untuk membantu ejen-ejen shaklee ketika itu.

Antara masalah yang dihadapi;
  • Masalah stoks yang lewat.
  • Masalah stoks terhad.
  • Masalah logistik -pos dan sebagainya.
Alhamdulillah dalam pada itu banyak juga upgrade yang kami dah buat untuk memastikan operasi business online kami berjalan lancar.

Kisah lanjut ada El kongsikan di Facebook El;
https://www.facebook.com/1348358974/posts/10228420931172188/?d=n


KEJAYAAN PROJEK IGNITE 2021


Projek Ignite diwujudkan pada tahun 2021 sebagai rebranding berserta penambahbaikan kepada konsep dropship yang dah lama wujud dalam Magnificent Diamonds.
Sebelum PKP, Magnificent Diamonds sentiasa bersedia untuk support keperluan ahli ahli sediaada untuk kelansungan business seperti;
  1. Backup keperluan stocks sekiranya HQ cuti dan customer perlu urgent.
  2. Sebagai option untuk penjimatan postage sekaligus tambahkan untung runcit, khususnya dalam kes kes yang mana kos postage dapat dijimatkan.
  3. Backup postage ke kawasan yang courier shaklee (gdex) tak cover seperti kawasan Felda.
Dan sebenarnya macam macam lagi.
Apabila PKP 1.0 berlaku awal tahun 2020, terdapat pelbagai cabaran yang boleh mengganggu gugat kelansungan business khusunya kepada orang orang baru yang masih belum mahir survivor skills dalam business.
Cabaran berlaku akibat pandemik seluruh dunia, diaman pergerakan kita terbatas dan demand yang naik khususnya terhadap supplements yang melibatkan boost immune system seperti Vitamin C, Nutriferon dan lain lain.
Perkara ini menyebabkan limited stocks yagn dapat diterima dari US ke Malaysia, pada masa demand semakin meningkat dan shaklee mula ada masalah dari segi stocks termasuk delay dalam delivering sehingga lewat 2-3 minggu.
Menyedari masalah yang berlaku, saya step up dan mula menyediakan ready stocks untuk tampung keperluan seluruh team Magnificent Diamonds kerana memahami tak semua ada modal untuk simpan stocks advance untuk tampung keperluan customer.
Pada masa sama, setiap ahli masih dapat menikmati komisen jualan dengan UV Transfer yang dibuat untuk setiap produk yang di ambil dari HQ Magnificent Diamonds.
Alhamdulillah since then kita mula tambah baik sistem pengurusan order untuk elakkan masalah termiss order dan sebagainya sekaligus rebranding konsep dropship melalui PROJEK IGNITE.
Setakat Mac 2021 hingga kini kita dah upgrade tools dan sistem untuk bantu smoothkan proses dan masih dalam proses tambah baik InsyaAllah dengan misi;
' EVERYTHINGS IN ONE PLACE, MAKING SURE EVERYTHING INTACT & SMOOTH'






Nanti el cerita lebih lanjut tentang Projek Ignite ni ok?
Atau klik link ni kalau ada nak tahu apa apa mengenaik projek ni dan sertai kami.

http://elyanayazmin.wasap.my


InsyaAllah El akan guide dan consult you mengikut keperluan dan yang terbaik untuk you.


Your TRUSTED SID,

ELYANA YAZMIN






0 comments: