KELEBIHAN & KHASIAT MATCHA GREEN TEA | ELYANA YAZMIN




PANAS PANAS TENGOK MATCHA ICE LATTE NI MAHU KECUR AIR LIUR 🤤

Bayangkan lah ye cuaca panas terik, ternampak ada orang hirup matcha ice latte ni, boleh bergetar jiwa.

Bila dia kacau dengan straw tu berlaga-laga ais dengan gelas tu, fuhhhh.

Cuba pejam mata bayangkan..


                              


Dengan titisan air sebab sejuk dekat permukaan luar gelas, Allah boleh terngiang ngiang terasa tersekat tekak kering minta nak sikit.

Disebalik kesedapan matcha ni, tahu tak matcha ni ada banyak sangat khasiat yang baik untuk tubuh badan kita?

                                  


Antara khasiat Matcha ni adalah;

📌 MENINGKATKAN TENAGA
Matcha ni sangat bagus sebagai #energybooster, ianya meningkatkan tenaga tetapi tak buat kita rasa berdebar atau gemuruh. Ia bantu tingkatkan adrenaline dalam tubuh badan kita.
.
📌 MENINGKATKAN FUNGSI KOGNITIF & KESIHATAN OTAK
Matcha sangat bagus untuk meningkatkan daya upaya ketajaman serta fokus otak kita. Selain itu ia juga membantu dalam memberi rasa ketenangan. Bonus ianya mempunyai ejen anti-radang dan anti-inflamasi yang bagus untuk melambatkan proses penuaan sistem neuron otak kita.
.
📌DETOKSIFIKASI
Matcha berupaya membantu dalam proses detoksifikasi hati. Ianya membantu dalam membersihkan serta melancarkan perjalanan darah, serta buah pinggang.
.
📌KESIHATAN JANTUNG
Matcha kaya dengan polifenol yang bagus untuk kesihatan jantung dengan mengurangkan pengoksidaan LDL (kolestrol jahat) serta memberi fleksibiliti kepada saluran darah.
.
📌ANTIOKSIDAN & ANTI-INFLAMASI
Matcha mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas berlebihan yang membebankan tubuh badan kita kerana sifat antioksidannya. Ianya jugak menghalan cytokine serta enzim yang mengakibatkan keradangan.

Last but not least antara manfaat matcha yang digemari ramai adalah;

📌 PENGURUSAN BERAT BADAN
Matcha mengandungi polifenol serta antioksidan yang tinggi. Ianya membantu dalam mempercepatkan proses penukaran gula kepada tenaga dan meningkatkan kadar metabolisma tubuh badan kita. Hal ini membantu dalam pembakaran lemak serta gula berlebihan.

Terbaik adalah kita mengamalkan pure matcha sebagai minuman harian. 

Malah ianya jauh lebih berkhasiat daripada teh hijau atau green tea biasa. Eh Matcha dan teh hijau tak sama ke??? 

Klik sini untuk baca tentang Perbezaan Matcha dengan Green Tea atau Teh Hijau.

Jadi jangan ragu ragu, kalau dahaga jom minum matcha!😘

InsyaAllah Life Shakes Matcha bakal menemui peminat matcha soon enough!
Tak pasti Shaklee ni bahaya ke tidak boleh baca sini --> Shaklee Bahaya?

Klik gambar untuk update terkini;

                                 


Berminat untuk dapatkan khidmat nasihat, konsultasi dan maklumat mengenai Life Shake Matcha serta produk shaklee yang lain, tuan puan boleh terus hubungi El. Klik je gambar di bawah ni ya.

                                      



0 comments: