Semenjak Covid-19 melanda negara kita ni, dah macam macam persoalan El terima baik di farmasi atau pun yang bertanya terus melalui whatsapp atau facebook. Antara soalan yang kerap ditanya adalah perbezaan test atau ujian untuk mengesan covid-19.
Hari ni El nak luangkan sedikit masa untuk share mengenai dua jenis ujian covid atau 'test covid-19' yang ada di negara kita Malaysia.
RTK ni sebenarnya singkatan bagi 'Rapid Test Kit'. Ia adalah ujian 'on the spot' yang dilakukan secara terus dan kita boleh dapat keputusan ujian itu dengan cepat lebih kurang dalam masa 15 minit.
Sebenarnya terdapat dua jenis RTK iaitu RTK Antigen dan RTK Antibodi. Cuma buat masa sekarang nih, hanya RTK - Antigen sahaja yang digunakan untuk mengenalpasti jangkitan awal COVID-19. Manakala RTK Antibodi tak disarankan bagi fungsi saringan awal.
RTK Antigen adalah ujian swab hidung dan tekak atau air liur manakala RTK Antibodi pula adalah ujian darah.
Untuk makluman RTK-Antigen hanyalah digunakan untuk saringan sahaja, untuk pengesahan ujian confirmation atau ujian pengesahan melalui RT-PCR perlu digunakan.

RT-PCR adalah ujian pengesanan dan pengesahan covid-19 yang diiktiraf dan ia merupakan GOLD STANDARD atau UJIAN RASMI dalam ujian saringan dan pengesanan covid-19 kerana ketepatannya yang tinggi.
Oleh sebab itu, jika keputusan RTK Antigen kita adalah positif, kita masih perlu melakukan RT-PCR.
RT-PCR pula adalah ujian swab hidung dan tekak yang mana doktor melakukan 'sampling' , ujian dan menghantar sample tersebut ke makmal. Hanya makmal sahaja yang boleh mengeluarkan keputusan RT-PCR ni. Ia melibatkan beberapa steps sebelum result dapat di perolehi.
Ujian ini secara amnya akan siap dalam masa 24-72 jam bergantung kepada kepadatan atau lambakan 'que' ujian yang ada di makmal di Malaysia. Jika nak dibandingkan secara ringkas dengan RTK-Antigen,ujian PCR mengambil masa yang lama dan harganya lebih mahal.
Kalau dahulu ujian RTK-Antigen hanya boleh di buat di klinik-klinik, kini ujian RTK-Antigen sudah boleh dilakukan secara kendiri di rumah masing-masing dengan hanya menggunakan saliva atau air liur, nasal swab atau kedua duanya sekali.
KKM juga telah mengemaskini garispanduan ataupun guideline dalam pengurusan KIT UJIAN KENDIRI COVID-19.
Semoga membantu.
NUR ELYANA YAZMIN
Community Pharmacist
Rph 11116
Farmasi Yayasan, Segamat.
(Farmasi Zest Sdn Bhd)
0 comments:
Post a Comment