TEST KIT COVID-19 MALAYSIA : KETEPATAN RTK - ANTIGEN TEST COVID-19 ?



Ujian RTK - Antigen ni sebenarnya bukanlah perkara baru, sejak 2020 RTK-Antigen test dah pun ada di Malaysia dan digunakan untuk tujuan saringan atau 'massive screening'. Cuma baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada mengumumkan tentang penggunaan RTK- Antigen sebagai ujian kendiri di rumah untuk semua rakyat Malaysia. 

Apatah lagi kini ujian RTK-Antigen atau Test Covid-19 kendiri ni boleh menggunakan hanya Saliva atau air liur yang mana mudah untuk dilakukan oleh mereka yang bukan dari golongan kesihatan.

Kini Ujian atau RTK - Antigen test Covid-19 boleh di dapati di mana-mana farmasi atau fasiliti kesihatan swasta dan sangat penting untuk orang ramai faham prosedur menggunakannya dan langkah yang perlu diambil setelah dapat keputusan ujian tersebut.

Tepatkah ujian yang dilakukan sendiri atau secara kendiri ni?
Apa yang bakal mempengaruhi ujian
Macam mana nak tahu test covid-19 ni bagus, reliable atau tidak?
Kalau ujian kendiri test covid ni positif apa perlu kita buat?

Kit Ujian Kendiri COVID-19 ni digunakan sebagai ujian saringan yang kita boleh lakukan sendiri. Ianya mudah dan boleh membantu dalam saringan awal, dan mengelakkan penularan wabak covid-19 ini tanpa sedar kerana kita mudah untuk saring diri sendiri dirumah.



Kit ujian kendiri ni TIDAK SAMA dengan ujian diagnostik RT-PCR (Real Time Reverse-Transcription Polymerase Chain Reaction). RT -PCR merupakan ujian pengesahan dan ia adalah UJIAN RASMI atau GOLD STANDARD. 


Boleh rujuk entry ini untuk faham beza jenis jenis ujian test covid-19:
https://bit.ly/perbezaantestcovid19elyanayazmin

Namun begitu ianya masih boleh digunakan pakai dan 'reliable' untuk kita gunakan kerana ia mempunyai kelebihan untuk mengesan status Covid-19 individu dengan cepat dan mudah. Ianya juga jauh lebih murah dalam lingkungan harga RM35-60 (terikini) untuk kita gunakan untuk saringan.

Setiap ujian juga mempunyai 'accuracy' dan 'sensivity' yang diterima oleh KKM. Jadi ianya boleh dipercayai dengan syarat dapatkan kit yang ada MDA approval. 

Kit Kendiri untuk test covid 19 yang kita boleh gunakan mestilah yang telah mendapatkan rekomendasi dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Hal ini penting untuk memastikan kita menggunakan kit test covid 19 kendiri yang bagus kualitinya dan selamat untuk kita gunakan.



Senarai Ujian Kendiri atau Test Covid-19 yang telah mendapat kelulusan MDA boleh disemak dari masa kesemasa di sini:
https://bit.ly/elyanayazminTestKitCovid19MDAapproval

Antara kriteria penting untuk kita menggunakan Kit Ujian Kendiri Covid-19 adalah untuk digunakan;
  • Sebagai saringan kendiri oleh mana-mana individu yang nak tahu status Covid-19 masing-masing.
  • Individu yang mempunyai kontak dengan kes Covid-19 atau ada kontak dengan merekan yang positif Covid-19.
  • Saringan-saringan lain yang bersesuaian seperti tujuan kerja, merentas daerah atau negeri dan lain lain.
Perkara utama yang perlu dipastikan adalah kit ujian kendiri yang kita beli mestilah yang dah diluluskan oleh MDA.

Cara-cara pengunaannya adalah mengikut jenama tapi prinsip asasnya sama. InsyaAllah saya akan terangkan dalam entry yang lain dengan lebih terperinci.

Setelah mendapat keputusan dari kit ujian sangat penting untuk kita tahu bagaimana untuk melaporkannya dan apa langkah-langkah yang kita perlu ambil bergantung kepada keputusan atau result ujian yang kita lakukan.

Sangat penting untuk kita berada dalam keadaan tenang dan TIDAK PANIK.

Ujian kendiri juga perlu dilakukan dengan mengikut tatacara yang betul untuk mengurangkan risiko keputusan 'false negative' atau 'false positive'.

Berikut adalah Carta Alir Ringkas yang tuan puan boleh rujuk:

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


Semua keputusan ujian kit kendiri Covid-19 sama ada positif, negatif atau invalid perlu dilaporkan di secara 'self-reporting' di dalam aplikasi MySejahtera. Sebagai pengguna kita WAJIB membuat pelaporan yang betul dan benar dan tidak cuba untuk memalsukan keputusan ujian bagi mengelakkan implikasi jangkitan kepada orang lain.

Langkah-langkah pelaporan yang lebih terperinci juga akan saya kongsikan dalam entry yang lain.
InsyaAllah.

NUR ELYANA YAZMIN
Ahli Farmasi Komuniti
Rph 11116
Farmasi Yayasan
(Farmasi Zest Sdn Bhd)

Rujukan:
1. Annex 4g, Garis Panduan Penggunaan Kit Ujian Kendiri Covid 19


0 comments: