PERBEZAAN ANTARA GREEN TEA DAN MATCHA!
Ya Allah selama ni sejujurnya El ingatkan matcha ni green tea tapi macam ada pewarna tiruan.
Rupa-rupanya matcha dan green tea atau teh hijau ni sama cuma tak serupa! Eh? Macam mana tu?
Malahhh, matcha ada kualiti serta zat yang lebih daripada green tea. Ya Allah, berdosa fikir negatif dekat matcha kan 😂
Sebenarnya kedua-dua teh hijau (green tea) dan matcha ni berasal dari spesis tumbuhan yang sama iaitu;
Camellia Sinensis
Yang berbeza adalah pada proses penghasilannya serta beberapa ‘feature’ lain.
Jom kita tengok dimana letak perbezaannya!
CARA TANAM
Untuk menghasilkan matcha, pokok camellia sinensis di tanam di kawasan terlindung daripada cahaya matahari. Hal ini dapat membantu penghasilan klorofil yang lebih tinggi. Manakala teh hijau pula ditanam dikawasan panas sehingga proses penuaiannya.
PROSES TUAIAN
Matcha diproses dengam menuai hanya daun muda yang terpilih. Daunnya selepeas itu dikukus sebelum di hancurkan menjadi serbuk.
Teh Hijau atau green tea pula diproses menggunakan semua daun, kemudian dikeringkan menggunakan ketuhar pengering sebelum dibungkus di dalam bag/uncang teh.
WARNA & TEKSTUR
Matcha mempunya warna hijau yang lebih cerag dan terang berbanding teh hijau atau green tea. Warna yang terang itu sebenarnya kerana kandungan klorofil yang tinggi.
Tekstur Matcha lebih ‘rich’ atau kaya dan serbuknya lebih halus dan lembut rasanya.
RASA
Dari segi rasa, matcha dan juga green tea atau teh hijau ini ada ‘hint’ rasa pahit. Matcha rasanya lebih kompleks berbanding teh hijau yang ‘ringan’ ketika di minum. Matcha selalu ya di sediakan dengan susu sebagai latte.
HARGA
Matcha harganya jauh lebih mahal berbanding teh hijau atau green tea kerana prosesnya yang lebih kompleks serta pemilihan daun muda yang terpilih sahaja digunakan berbanding penghasilan teh hijau yang jauh lebih ringkas.
Sekarang pasti anda semua pun rasa teruja bahawasanya teh hijau ( green tea ) atau matcha ini SAMA TETAPI TIDAK SERUPA!
Jadi yang mana menjadi pilihan anda?
Nak tahu apa khasiat serta manfaat Matcha? —> Klik Sini.
4 comments:
While simple SEO chores can be completed on your own, specialist knowledge is frequently needed to achieve the best results. An SEO firm contributes knowledge and strategic awareness.
korean skin care hydration and nourishment. The innovative ingredients like snail mucin, hyaluronic acid, and ginseng set these products apart, promising not just a routine but a ritual for self-care and skin health
Jorge Masvidal's net worth, estimated at $6 million by CelebNetWorth, showcases the undeniable financial prowess of this UFC veteran. Beyond his fighting prowess, Masvidal's business ventures, brand endorsements, and savvy investments have all played pivotal roles in accumulating this impressive wealth. Delving into the intricacies of Masvidal's financial portfolio reveals a diversified strategy that goes beyond the octagon. For fans and financial enthusiasts, understanding the multifaceted elements driving Jorge Masvidal's net worth is a fascinating exploration. Learn more about Jorge Masvidal's net worth at Celebnetworth.net
Go above and above on Fathers Day by giving Dad personalised presents and sincere notes to let him know how much you appreciate him. Our selection of personalised presents, which includes engraved items and custom photo frames, will make Dad feel genuinely valued. Honour the relationship between a father and his kid with heartfelt presents and enduring memories.
Post a Comment