“you dont get to 500 million friends without making a few enemies”
Movie ni menceritakan tentang permulaan facebook di ilhamkan dalam kehidupan seharian. Apa yang pasti movie ini banyak maknanya dan memberi peluang kepada penonton untuk judge tentang hakcipta facebook. Ada yang kata movie ini busan dan tidak cukup hebat.
Bagi aku pula, movie ini antara movie yang bermakna dan memberi banyak pengajaran dalam kehidupan sehari-harian kita.
Tron?
oh sudah pasti aku sudah menontonnya, movie tron ini antara movie yang aku tunggu-tunggu. Social network tidak pula aku tertunggu-tunggu. Graphic tron amat menarik namun jalan ceritanya kurang sedikit.Aku siap tonton 3D lagi tau. Agak kerugian disitu. Movie Tron tidak banyak scene 3D pun mostly 2D as si pembuat movie syorkan. Anyway cukup tentang tron dan lets sambung balik kepada kisah the social network ini.
Pasti ramai antara kita sudah pun mempunyai facebook, apa yang aku kagum tentang facebook ni bukanlah semata-mata keseronokan dan ketagihan melayan applikasi ni tetapi aku kagum dengan kisah disebalik penciptaan facebook. Dulu heboh sebentar dunia dengan dua pemuda yang sangat muda yang berjaya menembusi network pelbagai negara dan tentang kewujudan facebook. Pada masa itu, facebook masih belum lagi tiba di malaysia secara sepenuhnya. Pada waktu itu aku amat kagum dengan dua orang pemuda ni. Bagi aku mereka ni mengingatkan aku tentang bill gates.
Ramai yang gunakan facebook tidak tahu tentang cerita sebalik kewujudan facebook..
watak yang di bawa dalam the social network
Social network mengisahkan apa yang terjadi semasa seawal pengenalan facebook di harvard sehingga ke universiti termasyur lain seperti standford, sekitar eropah dan bagaimana mereka mula beralih ke amerika syarikat iaitu ke paolo alto di california.
Kisah ini mengisahkan tentang persahabatan, tentang status social di universiti, tentang sikap manusia, tentang ilmu dan pelbagai lagi yang cuba di bawa dalam satu movie. Movie ini bagi aku mengajar erti kehidupan. Movie ini tidak meng-judge atau menghakimi salah atau benar tindakan founder dan co-founder facebook ini. Movie ini lebih membiarkan penonton mentafsir sendiri tentang perebutan hakcipta facebook adalah hak milik siapa.
Kisah ini mengisahkan bagaimana mark zuckerberg terpaksa berhadapan dengan 2 law suit atau dua pertuduhan. Salah satu tindakan undang-undang yang disabitkan kepadanya diambil oleh rakan baiknya sendiri iaitu eduardo saverin (co-founder facebook). Manakala yang lagi satu lagi pihak yang terdiri daripada pelajar di harvard juga pula menuduhnya meniru atau memplagiat idea dan konsep harvard.net dan diperkenalkan sebagai facebook.
Mungkin ada yang lihat cerita ini akan mentafsirkan bahawa mark zuckerberg adalah seorang pencuri idea dan mementingkan diri sendiri, manakala ada sesetengah tidak akan berfikir sedemikian.
Sejauh mana kebenarannya, hanya diri mereka yang terlibat dalam proses penciptaan facebook yang tahu kisah sebenar.
Namun movie ini berjaya memaparkan, bahawa padangan setiap manusia berbeza-beza biarpun rambut sama hitam. Jika kita duduk di tempat mark, apakah yang kita rasa dan anggap tentang apa yang terjadi? bagaimana pula kalau kita di tempat eduardo saverin? atau di tempat orang sekitar mark zuckerberg sewaktu pengenalan facebook pada awal-awal dahulu?
seperti lagu beautiful by eminem ini,
you’d have to walk a thousand miles
In my shoes just to see
What it’s like to be me
I’ll be you, lets trade shoes
Just to see what it be like to
Feel your pain, you’ll feel mine
We’ll go inside each other’s minds
Just to see what we find
Look at shit through each others eyes
Kalau korang tak lihat lagi movie ni aku cadangkan korang tengok. Bagi aku movie ni cerita realiti life terutama sewaktu kita kerja nanti dan macam-macamlah ragam manusia yang kita akan lihat once kita melangkah keluar dari universiti. Di universiti pun sudah banyak perkara pelik-pelik kita lihat bukan.
so hope you guys would think the same way..hehe
but if not also pun takpe.. as i said, different people different shoes rite?
bagi aku, Mark zuckerberg mungkin ada silapnya, eduardo ada alpanya, dua beradik winklesoff itu pun ada egonya. Cuma kadangkala, sukar jika kita cuba mempertahankan salah atau benar sesuatu jika ia bermakna bertikam lidah tanpa penghujung, kadang-kadang cara yang terbaik adalah salah seorang mengalah dan beri sahaja apa yang pihak sebelah lagi mahukan. Tentang soal hak penciptaan, ini bagi aku idea mereka bersama yang dikumpul.
yang membezakan mereka adalah, seorang sahaja yang betul-betul bertindak mengejar dan melaksanakan ideanya manakala yang lain tidak benar-benar nekad. Tetapi dah tengok idea itu jauh berjaya perginya mulala semua baru nak mengaku idea itu..
hidup kadangkala we cannot just wish and hope but we need to have the courage to make it happen.
sekian.
p/s:
i love stories about how people become successful from scratch..i mean from nothing and they build their own empire such as, facebook, Justin Bieber, Bill gates dan aku yakin tokoh di malaysia pun ada juga.. cuma malas aku nak sebutnya..
ramai orang sekarang buat aku jatuh expectation dekat malaysia ni, bukan nak pandang negara orang tinggi..banyak jugak corrupts dekat negara luar, tetapi aku lebih concern dalam negara dan tanah air aku sendiri ;p
huhuhuhu~
9 comments:
aku tengok cerita ni sebelum dia keluar kat malaysia lagi.
cerita dia best walaupun mark ade ulas yang ade jalan cerita dalam cerita ni tak betul.
aku rasa manusia semua ada sifat dengki walaupun sedikit. tak boleh tengok orang berjaya sedikit. ada je cara nak nak jatuhkan orang lain.
jalan cerita memang best...tapi ramai member2 zuckerberg komplen, jalan cerita tak sama ngan kehidupan sebenar dia
suka ayat last dia
ingat?
@cik tipikal
setuju2..hehehe.
@solehan
memang ramai tak setuju and cakap tak sama..but i think the basic is sama just the way diorang buat the story akan ada tambah2 untuk tarik minat orang tgk.
@joegrimjoe
ayat yang ni ke?
trying so hard to be cool ape ntah.
ehehe..dah tgk lame dah cite neh..sumpah style! :)) cite2 sejarah n benar neh la org nak ckp bosan kann?haishhh >.<
daniel adie dh singgah..jemput la follow blog adie...
Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/merry-xmas.html
tak tertengok lg cite ni
hohoho
Cerita ni besh & saangat menarik. Cuma ada la certain part aku xpaham. Maybe sbb aku xde fb kot.Hehe..
Kalau la Zuckerberg tak gaduh dgn awek dia, sure fb xde kan.Kn3..
Cuba yang ini pula..http://suarasendiri.blogspot.com/2010/12/forum-perdana-penuh-hiburan.html
as salam. menarik, nanti nak cuba tengok la.
Post a Comment