Semalam aku ada baca satu entri bertajuk ‘perempuan harus akuinya’ yang di post oleh rakan blogger kita, Fazreen.. entri dia menarik perhatian aku dan membuat aku terfikir sejenak sejauh manakah kebenaran itu..
berdasarkan maklumat yang beliau dapat, beliau mengkonklusikan post dengan satu ‘quote’:
“Semua perempuan memandang pada duit walaupun sehebat mana mereka menafikannya”
setelah aku berfikir sejenak, lalu aku pun mengomen dekat post beliau..
sebenarnya dalam kepala aku terfikir macam-macam.. nak luah dekat komen panjang berjela-jela seolah-olah tak praktikal pulak.. hurm..padahal boleh tahan jugak panjang bebelan aku disitu.. lagipun aku bimbang jika fazreen salah erti kalau-kalau aku seperti tidak bersetuju,namun alhamdulillah beliau tak salah erti..hehe.. bukan apa dalam dunia cyber ni, perkataan nak kena jaga kerana takut timbul perselisihan faham dek kerana secebis ayat.. al-maklum, sekadar coretan ayat tanpa intonasi suara risiko salah faham amat tinggi.. makanya beringat sebelum kena..oh bebel perkara lain pula daku.. baiklah stop isu salah faham.. ngeee
aku tidak membidas quote beliau malah tidak menyokong 100%..
Pendapat beliau sememangnya benar, tanpa kita sebagai kaum perempuan sendiri sedar, walau betapa hebat kita nafikannya, kita tidak dapat lari bahawa duit penting dalam dunia masa kini. Statement ini bakal mengundang banyak spekulasi dan pendapat tersendiri dari setiap individu Pasti ada yang kata;
“ wah materialistik betul wanita zaman sekarang”
“tak semua wanita macam tu”
“harta setinggi gunung tapi perangai macam setan tak guna juga”
“perempuan ni mata duitan”
“ee pisau cukur”
dan pelbagai lagi lah,
semua pendapat ini kita tidak boleh nak kondem atau nafikan..
kerana pendapat dan luahan yang dinyatakan atau disampaikan adalah berdasarkan pengalaman dan individu terbabit. Kita mungkin mempunyai pendapat kita sendiri..
bagi aku pula,
memang benar duit itu penting dan aku bersetuju dengan quote yang fazreen nyatakan. TAPI sejauh mana kepentingan itu dalam pandangan aku mungkin berbeza dengan saudara wanita yang lain..
mungkin ada yang bila tengok statement seperti ini beranggapan semua wanita terlalu mementingkan wang.dan kebiasaanya perkara ini dianggap negatif bagi segelintir individu. malah mungkin majoriti berpendapat seperti itu. Tapi pernahkah anda fikir kenapa ada yang terlalu pentingkan wang? Dinasihatkan janganlah terlalu cepat bertindak atas rasa negatif dalam diri, kajilah mengapa dia terlalu mementingkan dan cuba fahami. Jika mahu lebih faham apa yang aku cuba sampaikan cubalah hayati lagu gerenti beres yang dinyanyikan oleh KRU. tapi lelaki ada if pisau cukur, korang sila la angkat kaki cepat-cepat cabut. Itu yang pandang harta ke arah keburukan..hahahha.. if tak angkat kaki POKAI la korang..ngee~
Bagi aku, aku setuju wanita pentingkan wang, namun tahap kepentingan itu berbeza bagi setiap individu wanita. Ada yang sememangnya TERLALU mementingkan wang dan ada juga yang menggangap duit, harta atau pangkat itu cukup sekadar memenuhi syarat.
Dalam agama harta merupakan salah satu kriteria dalam memilih pasangan atau calon isteri atau suami selin daripada 3 kriteria yang lain seperti paras rupa, agama dan keturunan. Di mana pula kriteria cinta atau sayang? fikir-fikirkan (perkara ni, aku masih tengah nak memahami secara mendalam dan mungkin satu hari aku akan ulas dalam satu entri lain).
Pendapat aku, macam ni :
- mampu mencuri hati
- Perangai dan ikhlas
- Rupa
- Duit
- Keturunan
Bagi aku susah orang nak curi hati, mungkin sebab tu aku rasa tu kriteria utama. If tak pandai ambil hati ,baiklah seperti malaikat macam mana pun, sekaya billgates atau sehensem lee dong wook pun korang tetap bukan istimewa bagi dihati orang tu. Malah ape yang korang buat tu sespecial mana pun bagi perempuan lain, tapi bagi individu tu mungkin rasa meluat atau tiada rasa apa-apa. huhu dasat tak?
Perangai dengan keikhlasan ni berkait rapat dengan nak curi hati. Paling penting ikhlas la kot. Kalau tak ikhlas tiada lahir rasa tanggungjawab. korang nak ke suami yang tak bertanggungjawab?? uih aku taknak . tak ikhlas cane nak curi hati?? herk
Rupa ni takdelah perlu nak hensem macam lee dong wook, beckham, atau model-model terkenal. Sedap mata memandang sudah. Percaya tak yang ramai perempuan lebih mudah jatuh kepada si pengayat manis?? wah dengan ayat sudah cukup.HEBAT! hahaha.. but laki ade satu trick if nak nampak ada rupa, setting rambut ada style mesti jadi hensem or erti kata lain sedap mata memandang. Nak jadi hensem jaga kebersihan dan kekemasan pun dah memadai kot. yang penting mulut mau manis. eh betul ke? hahahaha..entah depends semua ni. Manusia rambut sama hitam, hati lain-lain. Mulut manis boleh tapi biar ikhlas jangan manis bawak penyakit je. lalalla~
Duit. ha baru masuk duit. hahaha ade perempuan sanggup suami tak berapa kaya janji hensem, Ada perempuan lebih pada duit. Depends pada individu la, tapi cam bagi aku, kalau nak kawen, mesti budak laki dah fikir kot nak bagi makan anak bini. Takkan nak kawin macam tu je?? walau tak kaya cam Datuk K pun takpa, janji cukup lah nak sara keluarga. lepas pada tu, if nak usaha jadi kaya, lagi manis kot kejayaan tu. Sebab tu bagi pendapat aku duit ni ranking bawah sikit tapi penting untuk berduit. if tak nak bagi aku makan ape weii??? lagi satu kebanyakan if muda-muda dah banyak harta kadang tu bukan atas usaha sendiri. Family punya. tapi if yang muda-muda dah banyak harta di atas usaha halal masing-masing. Aku tabik spring sat! HEBATlah! hehhe.
last keturunan, if boleh biarlah dari keluarga elok-elok. tu je kot..huhu
p/s:
bagi aku yang penting hati dan berjaya curik hati aku, if kaya+hensem mmg bonus la.. ahahhha.. rezeki jangan tolak..muahahahha (>.<)
2 comments:
ye duit tu penting
takde sape xnak duit
huhuhuh.
tp jgnlah smpi hati lgsg x ikhlas semata2 kerana duit.
:D
Post a Comment