UBAT TAHAN SAKIT SEMULAJADI?

Wujud ke ubat tahan sakit semulajadi?




Kalau difikir fikirkan semula, zaman purbakala sebelum wujudnya perubatan moden, macam mana ye orang dulu dulu berubat?

Zaman dulu dulu semua mana wujud lagi Naproxen ke, Ponstan ke , mefenamic acid ke or apa apa la ubat tahan sakit.

Jadi macam mana orang dulu dulu kurangkan masalah sakit sakit ni, nak nak sakit sakit sendi, urat , otot semua 🤔

Korang tahu tak masa zaman Ayuverda dulu ada satu pokok ni di panggil Boswellia Serrata.



Haaa pokok ni la, yang banyak kegunaan dia tau zaman dulu dulu. Alhamdulillah, hebat kan kuasa Tuhan, pada pokok pun ada penawarnya.

Boswellia ni sebenarnya ekstrak herba dari pokok Boswellia Serrata yang mana resin yang diekstrak tu dah digunakan sebagai ubat tradisional sejak beberapa abad dulu khususnya di Asia dan Afrika.




Ekstrak ni dari Boswellia Serrata ni dipercayai boleh mengurangkan atau merawat masalah kesihatan melibatkan keradangan.

Banyak sangat kajian klinikal terhadap Boswellia Serrata ni dalam merawat sakit sakit seperti;

Osteoarthritis
Rheumatoid Arthritis
Asthma
Inflammatory Bowel Disease (IBD)

And kegunaannya sebenarnya banyak sebagai ‘natural pain killers’...

Tapi persoalannya bagaimana?
Macam mana sebenarnya Boswellia Serrata ni boleh kurangkan sakit orang orang zaman dulu tu.

Haaaa tu InsyaAllah next post El explain ok?

Stay Tuned 💐

#ElEducate #WellnessByElyanaYazmin

Comments

Popular Posts